stylish ke?!


dah lame gile tak dapat award. serius! and sis nadyazahid bagi award kat kite beberapa hari yang lalu. but then, bile dah terima award kena reveal seven things tentang saya. that's why lah lambat publish award ni. tak tau nak reveal pasal ape. bile fikir punya fikir punya fikir.. hah dapat ilham dan tujuh perkara tentang saya adalah seperti berikut:

pemalu & pendiam
ini sebenarnya dua sifat. kombinasi sifat ni masih tebal dalam diri saya. yes i am. saya pemalu eh. silalah percaya. di blog kamu mungkin ingat saya ni jenis yang easygoing, yang kecoh. but then, cube jumpe face-to-face? hahaha. pemalu yang amat ye. kadang-kadang tu ade niat nak cakap. tapi macam tak boleh nak keluar suara. pemalu macam takde hidung. ha.. macam tu lah. kalau takde sape approach, memang saya akan diam seribu bahasa. dahlah diam macam dalam mulut ade emas, pastu buat muka serius. eh tak. muke serius tu tak perlu buat kot. memang muke jenis acuan macam tu. sebab tu tak sape berani datang mengurat. haha. eh tapi bile dah kenal dan dah boleh ngam tu, memang saya cakap non-stoplah ye.

cerewet
ha.. yang ni lagi satu perangai. agak cerewet. tapi tak semua perkara saya cerewet. yang paling tak best sebab cerewet bab makan. tapi kalau sedap macam contoh laksa homemade tu kan.. fuh saya boleh makan berpinggan-pinggan. time lunch dah sah-sah lah sental laksa. tea-time pun, saya melantak laksa. dinner pun laksa jugak. supper pun laksa jugak ke? hoit hoit.. buruk lantak sangat dah tu. haha. cube bawa saya pegi makan laksa kat laksa shake? ha.. confirm saya makan tak abis.

degil
perangai ni memang menyakitkan hati. malas nak cakap. harap-harap tahun ni, kuantiti degil tu boleh dikurangkan. ammiiiinnnnnn!!!!

simple
dari segi pemakaian, saya ni jenis yang simple. ape yang saya suka saya beli. takdelah saya masuk kedai zara ke, levis ke. memang taklah. tu tempat orang banyak fulus. pastu tahap simple saya sampai saya tak reti nak tenyeh maskara, eye-liner, blusher, eye-shadow blablablabla tu semua. simple kan?

complicated
eh dah simple pastu complicated pulak? hish.. it's complicated to explain. kihkihkihkih.

blur
ini pun lagi satu perangai yang memang double triple punye troublesome. lagi payah kalau tengah buat assignment. kena ada kawan tolong explain, baru faham. lampi lampi. nak kena pegi minum susu banyak-banyak sikit kot baru cerdas sikit. haha.

tujuh
saya suka nombor tujuh. sebab.. emm sebab ntah lah. sebab selain nombor satu, nombor tujuh kan senang nak tulis. haha. boleh?

okay dah abis..

award ini dimenangi oleh [drumrollllllll***]:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments :

Fifi Rahmat said...

ehe. yunk, insyaAllah nnt i buay yer. thank you

Fifi Rahmat said...

oh btw, bab laksa dan makanan homemade tu, mmg i pon mmc u la yunk.

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

Fifi Rahmat:
haaa... buat tau dear. u are welcome! kan kan kan? makan kat rumah lagi sedap dari makan kat luar. bersih pun bersih. jimat pun jimat. home sweet home gitu.

roe said...

hello dear,

saw my name. thank you. :) hows this thing work ya? kak roe kena buat apa2 ke?

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

yg complicated tu xyah letak kott..haha..eh eh i pon dapat? ha yala..nnt i gigih buat okeii =D tggu tawww..

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

roe:
dah terangkan kat blog sis. nanti sis buat okeh?

SyAfaWaNi ♥‿♥:
hahaha. eh saje lah i letak. u ni kan. hahaha. mesti lah u dapat. mane boleh tak dapat.