Showing posts with label percintaan. Show all posts
Showing posts with label percintaan. Show all posts
kompromi
secara dasarnya, satu perkara terpenting diantara banyak perkara yang penting dalam hubungan cinta teruna dan dara adalah kompromi. orang putih kata: give and take. orang tua-tua kata: bertolak ansur. pendek kata: bersepakat. kalau tidak sepakat, pasti susah di kemudian hari. kuasai ilmu ini sampai lali. supaya sesalan itu tidak pernah singgah di hati walau pun sekali.
Labels:
percintaan
pilihannya dan saya terkesan
source: nikaizu
Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.
Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
"Seganlah. Nanti orang kata apa."
"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.
sumber : iluvislam
saya terkesan membaca artikel ini. mudah sungguh proses mereka berkahwin. tidak perlu benda yang tidak penting. simple dan senang. apa komen anda?
Labels:
percintaan
lelaki dan tarikh penting
hai guys.. macammane raya? weekend ni dah plan nak pergi open house yang mana satu ke? raya saya tahun ni biasa je. al-maklumlah, bila dah dewasa sikit ni macam kekok pulak nak ambil duit raya. malu lah. tapi rezeki jangan ditolakkan? hikhikhik. enough said about raya eh. let's talk about men and important dates..
kerapkali juga, kawan perempuan saya sentap bila kekasih hati mereka tidak alert tentang satu-satu tarikh. hemmm.. lelaki. sebelum dapat tackle hati, semua tarikh dia ingat dan mahu ambil tahu. tahun pertama couple, si lelaki sanggup tahan mata untuk jadi yang pertama wish happy birthday, happy anniversary, happy itu, happy ini, tapi makin lama tu makin turun carta. daripada menjadi yang pertama, turun jadi yang ke-sepuluh, ke-duapuluh dan lama-lama tu jadi macam ni:
makwe: u tak nak wish birthday i ke? dah pukul sebelas malam ni. dari tengah malam tadi i tunggu. u lupe eh?
pakwe: eh taklah.. i ingat. i cuma nak jadi orang yang paling last wish u.
makwe: eceehh.. ayat cover baik punye eh. u lupe kan? i kecik hati dah ni.
pakwe: eh mane boleh i lupe. i saje je bagi chance kat orang lain pulak jadi yang pertama. happy birthday sayang.
ehem!! nampak tak? nampak tak? ayat cover baik punye kan.. entah betul entah kan tidak. hihi.. tapi tidak semua lelaki begitu kan? kepada perempuan yang kekasih hatinya peka, tahniah kepada kamu. tapi kepada yang tidak bertuah tu, janganlah cepat sangat nak emosi. cepat sangat nak clash sebab dalam kepala otak tu automatik fikir yang si dia sudah berubah. hey.. tak cool la macam ni. tarik nafas dalam-dalam dan bertenang.. benda kecil usah lah dibesar-besarkan ye.
menurut seorang ahli psikologi iaitu Dr Herb Goldberg :
men forget important dates because they are wired to focus on the external threats and pressures of the world outside of their "safe" relationships... Men can become so focused on things outside of the relationship - work, sport, hobbies/interests that they become "blind" to everything else.
baca lanjut: klik
kalau si dia selalu lupa, belikan saja kalendar besar untuk si dia dan tandakan setiap tarikh yang kamu rasa penting. pastu pesan kat si dia macam ni; " u kena tengok kalendar ni hari-hari kalau tak i cubit u sampai u koma!" haha.. kejam kan? ha.. padan muka. siapa suruh cari penyakit.
kepada budak kecik ini;
dan perempuan ini;
happy belated birthday!!
till then, take care guys~
Labels:
percintaan
true love: rahsianya adalah..
kita perlukan seumur hidup untuk belajar tentang cinta.
life long learning bak kata orang putih kan?
life long learning bak kata orang putih kan?
I once had a friend who grew to be very close to me. Once when we were sitting at the edge of a swimming pool, she filled the palm of her hand with some water and held it before me, and said this: "You see this water carefully contained on my hand? It symbolizes LOVE."
This was how I saw it: As long as you keep your hand caringly open and allow it to remain there, it will always be there. However, if you attempt to close your fingers round it and try to posses it, it will spill through the first cracks it finds.
This is the greatest mistake that people do when they meet love, they try to posses it, they demand, they expect, and just like the water spilling out of your hand, love will retrieve from you. For love is meant to be free, you cannot change its nature. If there are people you love, allow them to be free beings.
Give and don't expect. Advise but don't order. Ask but never demand.
It might sound simple, but it is a lesson that may take a lifetime to truly practice. It is the secret to true love. To truly practice it, you must sincerely feel no expectations from those who you love, and yet an unconditional caring.
please click here to read till the last dot!
maaflah saya tidak blogwalking ke blog kamu. tidak punya masa. later okeh?
Labels:
percintaan
tukar persepsi
pesanan: entri ini saya cuma copy paste. artikel ditulis oleh Ustaz Muhammad Isa dan beliau merupakan pemegang Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat daripada Darul Quran, JAKIM. Kini beliau merupakan mahasiswa Syariah (Usul Fiqh) di Mu'tah University, Jordan.
Di hujung tahun sebegini sememangnya para 'bujang senang' mahupun 'bujang belum terlajak' mengambil kesempatan untuk mengadakan hari yang mungkin paling bahagia dalam sejarah hidup iaitu perkahwinan.
Mudah-mudahan dengan harapan sanak saudara dapat menjadi saksi akan pernikahan mereka disamping mengeratkan silaturrahim. Maklumlah masing-masing sibuk, menjadikan sanak saudara jarang bertemu. Setidak-tidaknya setahun sekali di kala hari raya. Itu pun seandainya ada cuti.
Walau bagaimanapun tidak ketinggalan masih ada yang tidak berkesempatan untuk meraikan hari bahagia tersebut dek kerana ketidakcukupan dana yang terkumpul untuk merealisasikannya. Mahu tidaknya sekarang semua barang naik. Kenapa barang naik? Saya tidak mahu jawab. Masing-masing tahu sebabnya. Masih belum terlambat untuk menurunkannya pada masa akan datang.
Kini mahar atau belanja perkahwinan menjadi bualan.
"Anak mak cik Limah tu SPM je, RM10k."
"Anak pak seman pulak RM1k je, murah kan. Tak patut betul ustaz tu."
"Anak saya kawin RM7k, tu pun dekat sepuluh kali minta diskaun."
Macam-macam orang cakap. Macam mahu jual barang. Hukum adat dan sifat berlumba-lumba di kalangan masyarakat hari ini semakin menjadi-jadi. Masing-masing ingin mengumumkan dan mengisytiharkan.
Anak Aku Paling Mahal
"Anak aku la paling "mahal" setakat ni dalam kampung kita, " dengan penuh bongkak dan takabur berbicara, tanpa menyedari hakikat mahar yang disyariatkan.
Masyarakat menjadikan Islam itu semakin sukar untuk diamalkan. Menyukarkan untuk melaksanakan tuntutan Islam sekali gus membuka pintu maksiat yang dilakukan oleh pasangan kerana sukar untuk berkahwin. Inilah barah yang kian melanda dewasa ini.
"Mak tak payah la letak mahal-mahal sangat, dia bukan keje tetap lagi," kata Lina.
"Hang gila ka apa? Aku bagi hang belajaq sampai MA, hang nak bagi kat dia RM2k jer. Baik hang cari orang lain yang lebih kaya kalau macam tu," balas Mak Andak pada Lina.
Anak hanya menunduk diam. Tidak berani membantah cakap ibu. Dikhuatiri akan terderhaka.
Kadang-kadang si anak memahami apa yang dikehendaki dengan perkahwianan, namun niat terhenti atas keinginan ibu bapa.
Macam-macam tanggapan masyarakat tentang belanja, mas kawin mahupun mahar. Terkadang seperti menjual anak pula. Kita lupa akan hakikat diri seorang insan yang bergelar wanita. Yang mana nilainya tidak ternilai dengan RM10k, RM100k dan sebagainya.
Martabat Wanita Di Sisi Agama
Sesungguhnya nilai seorang wanita itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Islam meletakkan martabat seorang wanita itu terlalu tinggi. Tidak dapat dibeli dengan segala jenis harta. Mahar yang diberikan hanyalah sebagai penghargaan dan kehormatan dari pihak lelaki kapada wanita tersebut kerana sudi menjadi teman hidupnya, berjanji berkongsi suka duka bersama hingga ke akhir hayat.
Mazhab Syafie dan sebahagian ulama tidak menetapkan kadar yang terendah dalam meletakkan nilai mahar. Selagi mana mempunyai nilai ia diterima sebagai mahar.
Kita kembali kepada sejarah yang mana Rasul s.a.w bertanya kepada sahabat yang ingin berkahwin berapakah mahar yang mampu diberikan kepada pihak perempuan. Kerana apa, kerana ia mengikut kemampuan si lelaki. Seandainya ditanya kepada pihak perempuan, sudah pasti ia akan menyukarkan pihak lelaki.
Suami Akan Lakukan Yang Terbaik
Kepada kaum muslimah tidak perlulah risau, kerana bakal suami anda akan memberikan yang terbaik untuk anda.
Pemberian yang lahir dengan penuh keikhlasan dalam hati lelakilah sebenarnya membawa keberkatan dan kebahagian dalam sesebuah keluarga.
Bilamana lelaki memberikan mahar yang diminta oleh pihak perempuan dalam keadaan tertekan, penuh bebanan dan sebagainya, inilah yang akan membawa kemudaratan di masa hadapan, nauzubillah min zalik.
Mungkin dengan mahar yang tinggi itu, si lelaki akan mengungkit itu dan ini di masa hadapan.
"Aku bayar sampai RM11k, ingtkan serba boleh. Goreng ikan pun tak masak betul, lipat baju pun tak pandai., masak kari pun masin dan bla bla bla...."
Pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.
Pesan Rasulullah S.A.W.
Kita lupa akan pesan Nabi S.A.W yang mana Nabi menyebut;
"Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya"
"Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya"
"Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah"
"Berilah mahar sekalipun sebentuk cincin daripada besi"
Ini menunjukkan Islam tidak mahu menyusahkan umatnya dalam melaksanakan syariat kerana dengan itu akan timbul pelbagai masalah yang lain.
Sedarlah kita bahawa kita perlu mengubah kembali persepsi masyarakat yang mengatakan, lagi tinggi harga mahar lagi tinggi darjat seseorang wanita. Ini salah sama sekali.
sumber klik sini
p/s: belajar tinggi-tinggi bukan satu tiket untuk minta hantaran beribu-riban, bukan tiket untuk memilih lelaki yang bergaji enam tujuh ribu satu bulan. sebelum demand jejaka yang perfect serba-serbi, duit dalam bank berkepuk-kepuk, baik hati budi & ilmu agama penuh di dada, ukur dulu baju di badan sendiri. till then, take care guys~
Labels:
percintaan
perempuan dan emosi
ini entri copy paste dari blog carl samsudin. terpaksa publish blek sebab ilang. ngeng betul tau!!! ibu mengandung sila ambil perhatian!! =) eh tapi semua orang pun kena baca juga, terutama kaum lelaki.
Readers tak kira lelaki atau perempuan. Tak kira bangsa apa sekali pon. Kali ini aku nak buat satu entry yang amat berguna untuk korang semua. "BUKAN SALAH PEREMPUAN". Ecehh.. dah macam tajuk drama TV3 kan? Haha. Sebenaqnya aku nak share dekat korang kenapa perempuan suka buat hal, suka buat perangai, suka merajuk tak tentu pasal bila tiba masanya dan keadaanya. Kadang-kadang tengah happy-happy dia nak buat perangai lah pulak! Ini bukan salah kaum hawa. Habis tu salah siapa? Salah kaum adam? Tak jugak! Ini salah ESTROGEN! Kenapa nak salahkan estrogen? Apa benda estrogen itu? Apa kene mengene perempuan-marah-estrogen? Ni aku nak cerita lah ni, sabar boleh tak?
Estrogen merupakan satu binaan atau hormon yang membezakan hangpa ni lelaki or perempuan. If hangpa perempuan hangpa mesti banyak estrogen dalam badan hangpa dan sekiranya hangpa lelaki hangpa kurang bende alah ni, hangpa lagi banyak hormon testosteron. If hangpa kunsar? Hangpa boleh pikir lah mana satu ada dalam badan hangpa.
Menstrual Cycle
Tau pasal menstrual cycle? Kitar haid? If kaum hawa tak tahu aku rasa better korang tak payah jadi kaum hawa. Better korang jadi alien pon lagi bagus. Haha. Dan aku yakin tak ramai kaum adam yang nak amik tahu pasal ni. Bukan kerja diorang pon kan. Bukan ada keluaq darah pon dekat kemaluan diorang nih. Takde point pon diorang nak amik tau. Ye dok? Tapi kali ini aku nak suruh korang semua amik tahu pasal nih. Bende ini terjadi kat adik beradik perempuan hang termasuk mak hang and nenek hang dan kawan-kawan perempuan hang dan jugak awek hang.. HARUS ambil tahu!
Menstrual cycle ini merupakan satu perubahan physical yang berlaku terhadap kaum hawa yang subur. If tak subur susah sikit dia nak berlaku dengan betol cycle ini. Menstual cycle ini lah yang menyebabkan berlakunya haid pada kaum hawa. Keluaq darah dekat bawah sana. Tau kan? Aku nak explain details-details kang aku takut kene kutuk dengan budak-budak blajaq medic. Tapi aku nak tekankan lah. Bila nak berlakunya ovulation masa menstrual cycle ini, hormon estrogen akan dirembeskan dengan banyak masa ini. Hangpa tengok diagram yang aku kasi tu, ada satu peringkat dimana hormon estrogen graf dia menaik. Ha!! kat situ lah selalunya perempuan akan buat ragam kerana hormon estrogen ini lah yang mempengaruhi mood kaum hawa ini. Hangpa lelaki susah nak faham sebab hangpa kurang hormon ini. Seriously hormon estrogen ini lah yang membuatkan kaum hawa selalu nak beremosi. Diorang bukan sengaja nak beremosi pon. So hangpa jangan lah salahkan dia. Nak buat camna bila tuhan dah kasi kaum hawa ini dengan banyak hormon estrogen ini. Bukan depa nak pon.
Apa pulak kene mengene kacang soya dengan hormon estrogen pulak ni? Ha! ini lah aku nak kabar kat hangpa semua. Kacang soya yang orang selalu duk kata baguih sangat ni takda lah baguih mana pon. Hangpa tahu tak kacang soya ini merupakan salah satu makanan yang tinggi kandungan hormon estrogen dalam ini? Hangpa tau tak hormon estrogen yang berlebihan dalam badan hangpa boleh menyebabkan hangpa lemah? Boleh mendatangkan pelbagai penyakit termasuk kanser payudara? Hangpa tahu tak? Hangpa tahu tak kenapa matsaleh galakkan kita minum sangat air kacang soya keluaran diorang ini? Depa nak kita ni lemah! depa nak kita ni sakit! Depa nak bunuh kita. Hang tau tak walaupon depa duk galak-galakkan kita duk minum air kacang soya ini sebaliknya depa sikit pon tak sentuh air kacang soya ni? Hang tahu tak? Hang tahu tak depa duk minum coffee! depa duk minum teh! tapi duk canang satu dunia teh and coffee tak baguih untuk kesihatan? Hang penah fikir dak kenapa?
Mak-mak hangpa mesti cakap if mengandung elok minum kacang soya ni. Nanti anak kulit putih macam matsaleh? Itu semua bohonglah belaka. Hang tahu tak bayi yang mak depa minum banyak kacang soya ini selalunya akan mengalami masalah kulit? Hormon terlebih dalam badan. Sekarang hang tau tak kenapa banyak lelaki bersifat macam wanita? Hang tau tak? Sebab mak-mak menggalakan anak depa minum air kacang soya masa anak depa mengandung. Hebat betol matsaleh musnahkan benih-benih manusia akan datang. Hang tak percaya apa aku tulih ni, hang boleh google and hang research. TRY lah!
Dah melalut pulak aku rasa sekarang ini. tapi takpa lah. Aku nak kasi hangpa sekalian sedaq sikit tentang bahayanya hormon estrogen ini. Makin banyak hormon estrogen dalam badan kaum hawa makin ladies dia and makin sensitive. Makin kurang, makin ganaslah dia umpama tomboi. Ini betol. Aku tak tipu.
thanks carl sebab bagi share this info.
Labels:
percintaan
tips mencari jodoh.. ehem!!
hello readers..
sekali lagi saya share satu artikel buat panduan saya sendiri dan kamu juga ya.. =)
beberapa tips yang dikongsikan oleh Fatimah Syarha Muhammad Nordin untuk dimanfaat oleh para wanita dalam mendapatkan jodoh yang terbaik adalah:
1. Berusaha menyediakan diri sebagai produk solehah yang diidam-idamkan. Kalau dulu selalu solat bersendirian, belajarlah untuk solat berjemaah pula. Supaya nanti boleh mengimamkan anak-anak di rumah. Kalau dulu kurang pandai memasak, rajin-rajinkan diri untuk turun membantu ibu di dapur. Kalau dulu bangun setelah matahari tegak di atas kepala, belajarlah untuk tidak tidur selepas subuh. Biasanya produk solehah yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya akan mendapat sambutan tinggi di pasaran dunia dan akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serahkanlah kesediaan hati anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.
2. Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya mudah dimiliki oleh lelaki yang kurang berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki(hanya dengan sedikit SMS, call dan puji-pujian), senang pula untuk dipersia-siakan. Fitrahnya, sesuatu yang sukar untuk dimiliki akan lebih dihargai dan dipelihara dengan baik. Begitu jua hati dan dirimu wahai saudariku. Serahkanlah kepada yang benar-benar layak sahaja.
3. Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin di kalangan abang mereka, saudara mereka, dan sebagainya yang soleh-soleh juga. Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat, hanyalah sekadar wasilah semata-mata. Bila kita menghampiri penjual minyak wangi, tempias wanginya mengharumi kita. Sebaliknya pula bila kita rapat dengan tukang besi, baju kita mungkin terbakar terkena tempias api yang membakar besinya. Begitulah kesannya pemilihan kawan yang betul dalam membentuk peribadi diri kita.
4. Jika anda terpikat dengan agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan ‘malu’ anda di matanya.
5. Minta ibu bapa, abang atau saudara-mara yang mencarikan jodoh untuk anda. Pengalaman dan restu mereka insyaAllah menjamin kesinambungan keluarga bahagia yang anda impikan.
6. Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik ,mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia, iaitu terus melibatkan ibubapa atau orang tengah.
semoga saat kita merindu, Allah kurniakan kita kekuatan untuk memperbaiki dan menyediakan diri kita ke arah yang lebih baik. semoga Allah SWT yakin dengan kesungguhan yang kita tunjukkan, dan mempermudahkan segala urusan kita. tak salah untuk merindu dan mengharap yang terbaik, cuma bergeraklah seiring dengan segala yang kita doakan, tanda kesungguhan kita dalam meminta kepadaNya. semoga Allah SWT makbulkan doa-doa kita.
baca artikel penuh tekan sini ya.
p/s: kalau yang dah berpasangan tu, doakanlah pasangan kamu juga berubah menjadi insan yang terbaik untuk kamu. percayalah, manusia boleh berubah jika diberi peluang dan kena pada caranya. InsyaAllah.
bila berjauhan, hati tidak pernah putus merasakan rindu itu.
Labels:
percintaan
cantiknya lelaki dan gagahnya wanita
i just want to share this info with u guys~
kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
lelaki yang cantik adalah lelaki:-yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan.-yang sedia menerima segala teguran.-yang memberi madu, setelah menerima racun.-yang tenang dan lapang dada.-yang baik sangka.-yang tak pernah putus asa.
kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati,seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi,adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan
tetapi pada kekuatan perasaan.
perempuan yang gagah adalah:-yang tahan menerima sebuah kehilangan.-yang tidak takut pada kemiskinan.-yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.-yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan,adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
sumber : [link]
Labels:
percintaan
sebelum penat
berterima kasihlah
kepada kesayangan kamu
sebelum dia penat
dan berlalu pergi meninggalkan kamu
cinta bukan untuk kira-kira
siapa buat lebih
siapa buat kurang
siapa bijak
siapa bengap
bukan setakat meminta itu dan ini
bukan setakat menghalang itu dan ini
bukan setakat lelaki mengarah
dan perempuan menurut
perempuan juga punya suara
lemparkan ego kamu
dengarkanlah rintihannya
kerana kesayangan kamu itu juga manusia
bukan mesin penjaga rasa
Labels:
percintaan
aku sedang ingin bercinta
tiba-tiba teringat time lagu dewa sembilanbelas ni tengah top. tiap hari mesti layan. lagu rancak, buat penghilang ngantuk masa mengadap buku. padahal sendiri pun tahu, kalau layan lagu rancak, tak boleh fokus. mulut kumat-kamit lagaknya macam menghafal isi penting. mula-mula tu concentrate bukan main, mulut tekun menghafal ape yang patut, tapi lama-lama, mulut makin rancak mendendang-setiap ada kamu otak ku berfikir bagaimana caranya untuk berdua bersama kamu.. lalala~ haish.. sudahlah suara macam radio rosak. koir katak menyeru hujan rasenye seratus kali sedap oh.
okeh.. kite tinggalkan katak. kite tinggalkan radio rosak. sebab hari ini saya mahu share nasihat untuk orang yang tengah syok bercinta tapi belum mampu nak kahwin. ehem.. macam saya. so entri ini untuk peringatan kepada diri sendiri juga sebenarnye. =)
- jangan biarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum confirm dapat kahwin dengan 'si dia'.
- cintai si dia secara sederhana, sebab takut nanti 'si dia' yang dicintai sepenuh hati tu bukan dicipta untuk kamu.
- jika mahu bahagia seumur hidup, tahan dirimu untuk berbahagia sebelum kamu sah menjadi milik 'si dia'.
- jika kamu menyintai 'si dia', binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariatNYA.
- kebahagiaan yang sebenar-benarnya adalah selepas kamu diijabkabulkan, kebahagiaan sebelum perkahwinan itu bersifat palsu.
- jika kamu inginkan pasangan hidup yang terbaik untukmu, kamu perlu menjadi yang terbaik dahulu.
- membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar kamu tahu apa yang perlu kamu tahu.
- bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
- jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima Allah, takut Allah akan menarik kebahagiaan darimu kelak.
- jika kamu masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
aiseh.. serius dah tak ingat kat website mane jumpe benda ni.
mungkin dekat iluvislam kot. hehe.
mungkin dekat iluvislam kot. hehe.
*sambung nyanyi*
kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
hantarkan rombongan meminang dengan segera
lalala~
till then, take care guys.
kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
hantarkan rombongan meminang dengan segera
lalala~
till then, take care guys.
Labels:
percintaan
kalau cinta
buang ego
kutiplah tanggungjawab
buang khianat
kutiplah setia
buang curiga
kutiplah percaya
buang curiga
kutiplah percaya
buang benci
kutiplah sayang
buang bengis
kutiplah kelembutan
buang magika
kutiplah realiti
buang kepentingan diri
kutiplah perkongsian bersama
:: peace ::
Labels:
percintaan
beside you
i love this quote!!!!
sometimes in life there really are bonds formed that can never be broken. sometimes, you really can find that one person who will stand by you no matter what. maybe you will find it in a spouse and celebrate it with your dream wedding. but there's also the chance that the one person you can count on for a lifetime. the one person who knows you sometimes better than you know yourself is the same person who's been standing beside you all along. -bride wars-
appreciate everybody around you guys. PLEASE!!
Labels:
percintaan
flashback
i think this video is so sweetttttttttt!!!!
kenal dalam masa lapan tahun. dua tahun berkawan. dan couple selama enam tahun.
part ni yang paling saya suka:
memang kite sangat different, two different world..macam banyak different pun, tapi slowly he can understand me..
p/s: kenangan perkenalan anda pasti segar dalam ingatan sepanjang masa kan?
till then, take care guys~
till then, take care guys~
credit to: robot singing asmara
Labels:
percintaan
tangkap satu bom tangan untuk awak
gave you all i had . and you tossed it in the trash . you tossed it in the trash you did . to give me all your love is all i ever asked . cause what you don't understand is . i’d catch a grenade for ya . throw my hand on a blade for ya . i’d jump in front of a train for ya . you know i'd do anything for ya . i would go through all this pain . take a bullet straight through my brain. yes, i would die for ya baby . but you won't do the same . [bruno mars-grenade]
bile dapat tahu si pakwe kawan kite tu kadang-kadang sanggup datang menempuh satu jam perjalanan dengan stress terpaksa tersangkut dalam jem semata-mata nak teman si makwe makan dekat secret recipe. stress tapi sanggup juga datang. si makwe dah mengidam sangat. padahal dapat jumpe si makwe tak lebih dari tiga jam pun. makan-makan. borak-borak sikit. pastu si makwe terpaksa balik sebab ade group discussion. kite rase si pakwe die tu sayang die sangat. sebab ape? sebab pakwe kite tak berkesempatan nak buat macamtu.
bile dapat tahu si pakwe kawan kite tu kadang-kadang sanggup berhabis duit belikan sejambak bunga ros seratus kuntum pulak tu sempena valentine's day siap complete dengan teddy bear gebu besar sepemeluk tangan. mahal kot weh? teddy bear besar lebihkurang macam tinggi si makwe. sampai si makwe nak angkut naik tangga dari aras tiga ke aras lima pun dah termengah-mengah. kite rase si pakwe tu romantik lebih dari pakwe kite. sebab ape? sebab pakwe kite bagi bunga ros tiga kuntum je. tu pun untuk valentine yang dua tahun lepas.
bile dapat tahu si pakwe kawan kite tu kadang-kadang sanggup tahan mata daripada terlelap padahal si pakwe tu penat kerja dari pagi sampai larut malam siap lengkap buat OT sekali semata-mata nak jadi orang yang pertama yang call and wish si makwe happy birthday. pastu bagi ayat romantik dua-tiga kerat: kite sayang awak, semoga awak panjang umur, murah rezeki, cepat grad boleh kite kawen blablablabla~. kite rase beruntungnya die. sebab ape? sebab pakwe die tak pernah pun lupe nak wish birthday tapi pakwe kite tu kurang peka bab tarikh penting macam ni. anniversary aritu pun die terlupe.. camne nak kire tu?
tapi takpela kan..
kalaupun pakwe kite takde buat pengorbanan macam pakwe orang lain.
mungkin pakwe kite sanggup buat ape yang pakwe orang lain tak sanggup buat.
dan kalau kite dapat layanan macam pakwe orang lain buat kat makwe die.
mungkin kite tak dapat nak balas macam makwe orang tu balas kat pakwe die.
hoi ape ni ayat pening ni? hahaha.
biarkan orang lain. abaikan.
asalkan kite same-same rase bahagia dengan ape yang kite ade.
bersyukurlah.
Labels:
percintaan
setahun ade 365
boleh ke dalam tigaratus.enampuluhlima hari
kite tak bergaduh dengan pasangan kite?
=)
Labels:
percintaan
remaja kita tinggalkan
bila usia menginjak dewasa.
sang hati terpikat pada si dia.
sebulan dua. masih malu-malu mahu berjumpa.
setahun dua. minta restu keluarga.
tiba tahun kelima. janji sejati dibina bersama.
"awak bila nak pinang kita?" tanya si dara.
"tahun depan. awak tunggu ya?" ucap teruna.
target tu dah mula ada.
survey sini sana.
tapi.. andai kata impian tak dapat dilaksana.
hati terluka kita yang rasa.
perit pedih tak terjangkau pandangan mata.
sesal. merana. buang masa.
tak boleh nak buat apa.
lumpuh serta-merta.
kita cuma manusia.
pinjaman ini hanya bersifat sementara.
terimalah seadanya.
bahagia itu ada dimana-mana.
hilang dia bukan bermakna kita hilang punca.
famili masih ada.
kawan masih sayang kita.
lahirnya kita mungkin bukan untuk dia.
teruskan langkah mencari cinta.
seiring dengan cinta kita pada Allah Maha Esa.
wanita di dunia ini jika meninggal dunia akan dipertemukan Allah SWT dengan suami mereka, dan jika ia masih gadis akan dipersandingkan dengan lelaki ahli syurga dengan segala kepuasan dan keredaan hati, tanpa sesuatu kekurangan dan kekecewaan dan mereka akan mendapat sesuatu nikmat yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengar oleh telinga dan belum pernah terlintas di dalam hati. s.u.m.b.e.r-bharian
saya share lagi satu artikel ye. kisah si isteri takut suami ada bidadari.
peserta:
ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?
ustaz:
di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. tak perlu lah puan risau sangat. yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.
cekidout sumber-klik sini
p/s: jangan sedih-sedih ya.
Labels:
percintaan
makwe cemburu pakwe playboy
al-kisah di suatu petang.. ketika itu oshinz dan en. pakwe dlm kereta otw nak ke dot dot dot. hahaha.. bukan nak rahsia lokasi arah tuju tapi tak sure sebnonye nak ke mane time tu.. g umah abg kot. -back to the story- kitorg bergossipla. bergossip?? ape kesla makwe pakwe ni bergossip?! mcm tak sesuai je.. okeh correction! kitorg bersembang.. perbualan yg sempat dirakam dalam kepala oshinz lebih kurang tambah tolak.. macam ni la bunyinye:
T: Next week keng lepak kL..
O: Oh ye ke.. *sukela tu member kamceng dtg* Die still ngan awek tu lg ke?
T: Still lagi. Awek die turun kL dulu. Then dorg blek kedah sesame.
O: Ohh..
T: Awek die tu lecehla.. Kuat sgt cemburu.
O: Okla tu. Cemburu kan tandenye sayang.
T: Tapi masalah gak.. Awek die tu terlebih cemburu. Perkara yg sepatutnye org yg kuat cemburu tak cemburu pun die nak cemburu gak.. Ntah ape2 je. Kdg2 tu sampai buat orang rase x selesa lak.
O: Contohnye? *Sorryla dear.. I lambat pickup..*
T: Ala.. Susah nak cakapla. Kdg2, time ktorg lepak.. Awek keng ikut skali. Nnt klu ade ape2 yg x kena.. Awek die tros wat muke. So jd cam x bestla.. Kitorg automatically jd x selesa nak berbual sgt ngan keng. Keng pun x senang dudukla bile awek die camtu. Patutnye awek die tu cover2la.. nnt blek nak bergaduh tahap perang dunia pun takpe. Ni x.. Depan kwn2 keng pun nak wat muke camtu. Kan dah tak seronok.. Kali ni kalo ktorg nak lepak or ke mane2.. x yah cakap kat awek die.O: Nnt klu awek die tau dorg x gado ke? Kate awek die cemburu?
T: Ntahla.. Hehehe. Tapikan awek kwn sy slalunye x suke pakwe die klua ngan sy.. Contohnye cam awek syazwan..
O: Emm? Nape lak? Takkan cemburu kot? *It sounds weird..*
T: Sbb awek die bajet sy ni playboy..
O: Hahaha.. Eh bukan die ke yg playboy? Opss… *erk.. ade sesape ke kat sini makwe syazwan?*
hi aweks syazwan sekalian!! *ops..intro salah ni.. dush! dush!* hey gadis2 cantik manis semua.. dengar sini oshinz nak pesan.. hehehe. pesanan berbau ingatan n nasihat kot. tapi kalo para pembaca tak suke bau yg sedia ada ni.. bley je tuko bau lain.. nak bau ape ye? BURBERRY SUMMER? CK IN2U? DKNY RED DELICIOUS? ETERNITY? PARIS HILTON SHEER? DARLING by Kylie Minogue? ala wangian kegemaran tiada dalam senarai? erk.. ye ke? takpe2.. bley pilih semburan memane je ikut bau yg idung korg suke eh.. tuan blog tak kesah!
ehem2.. penulisan ni utk couple yg junior2 je.. yg senior tu tak yahla sibuk2 bace coz mesti korg more expert than me dalam hubungan dua hala korg kan? utk awek syazwan khususnya jgnla feeling gabra lak.. dan yg penting jgn nak melenting membelasah pakwe memasing tak tentu pasal.. coz oshinz pasti dan benar2 pasti syazwan yang ni bukan pakwe korg la. so jgn nak perasan!! *tapi kalo nak siasatpun x salah kot.. kan?*
pesanannya oshinz berbunyi begini ye adik2:
kepada sesape yg x bley nak masuk ngan geng pakwe kamu tu.. better x yahla menggedik nak join sesi lepak dorg yang biasenye darimalamsampaitengahmalamdankekadangtaksedardapagi.. sila sedar diri yg kdg2 tu kan pakwe kite bukannya satu kepala ngan kite. *satu kepala bukan bermaksud kembar siam satu kepala or sharing kaki tu ye adik2..* atau diformularingkaskan begini:
kepada sesape yg x bley nak masuk ngan geng pakwe kamu tu.. better x yahla menggedik nak join sesi lepak dorg yang biasenye darimalamsampaitengahmalamdankekadangtaksedardapagi.. sila sedar diri yg kdg2 tu kan pakwe kite bukannya satu kepala ngan kite. *satu kepala bukan bermaksud kembar siam satu kepala or sharing kaki tu ye adik2..* atau diformularingkaskan begini:
hubungan{pakwe+makwe}=K.O.N.T.R.A.
so automatically kwn2 die mungkin bukannye bley jadi kwn2 kite.. stakat jumpe or terserempak dua tiga kali then lepak sesame tu no prob la kan. nnt tak join geng kate 'apehal awek ko sombong sgt beb? tak sporting seh..' susahla camtu kan.. takpun geng kate camni 'si A tu, da ade makwe lupe kwn.. asik berkepit je ngan awek. takde awek baru pndai cari geng..' yg ni pun tak sedap nak dengar coz kite couple ngan die bukan nak jadi perampas..
oleh itu time pakwe kamu nak lepak ngan geng die. biarkan je dorg melepak.. asalkan tak buat benda yg bukan2, ingat jalan blek umah n jage kesihatan. tapi kalo lepak smpai abes tiga kotak rokok.. emm pandai2la korg nak handle camne. yg ni oshinz tak campur coz oshinz mmg tak suke smoker.. *en.pakwe jgn sesekali k.. siapla kamu kalo oshinz tau!*
kalo korg mmg bukan sejiwa ngan mereka si geng pakwe tu, korg x yahla nak berlakon kot buat2 bley masuk ngan dorg or buat2 kamceng ngan mereka utk buat bahan nak bangga depan kekawan sendri ala2 'eh.. i takde hal ngan geng pakwe i tu.. slalu je lepak sesame kat kedai mamak nun..' n at last sendri yg sakit ati bile ade yg tak kena. pastu kalo da sakit ati tu kena plak tenangkan diri sendri dulu.. coz takkan nak wat muke cencurut bibir muncung segala bagai kan? nnt sesia je kena kutuk ngan geng pakwe.. baik2 nak jadi konon2nye makwe yg d best tros dilabelkan makwe hampeh. kan imej x elok tu.. pastu klu geng tu komen kat awek memasing.. kan da tak best. tak pepasal jadi bahan entry publish kat blog. ops.. sorry!
so nasihat oshinz better gadis2 semua buat benda2 berfaedah drpd korg pretending cool. tolong mak lipat kain kat umah pun dapat pahala.. hehe..
ha lagi satu.. sblom bajet pakwe si A ke si B ke si E tu playboy, better spotcheck pakwe sendri dulu. mane tahu kot pakwe sendri lebih licik daripada pakwe org lain. playboy taraf profesional mmg susah mao detect woo.. be careful ladies!
kalo korg mmg bukan sejiwa ngan mereka si geng pakwe tu, korg x yahla nak berlakon kot buat2 bley masuk ngan dorg or buat2 kamceng ngan mereka utk buat bahan nak bangga depan kekawan sendri ala2 'eh.. i takde hal ngan geng pakwe i tu.. slalu je lepak sesame kat kedai mamak nun..' n at last sendri yg sakit ati bile ade yg tak kena. pastu kalo da sakit ati tu kena plak tenangkan diri sendri dulu.. coz takkan nak wat muke cencurut bibir muncung segala bagai kan? nnt sesia je kena kutuk ngan geng pakwe.. baik2 nak jadi konon2nye makwe yg d best tros dilabelkan makwe hampeh. kan imej x elok tu.. pastu klu geng tu komen kat awek memasing.. kan da tak best. tak pepasal jadi bahan entry publish kat blog. ops.. sorry!
so nasihat oshinz better gadis2 semua buat benda2 berfaedah drpd korg pretending cool. tolong mak lipat kain kat umah pun dapat pahala.. hehe..
ha lagi satu.. sblom bajet pakwe si A ke si B ke si E tu playboy, better spotcheck pakwe sendri dulu. mane tahu kot pakwe sendri lebih licik daripada pakwe org lain. playboy taraf profesional mmg susah mao detect woo.. be careful ladies!
en. pakwe..
kamu jgn mengade nak jd playboy eh!
kamu jgn mengade nak jd playboy eh!
Labels:
percintaan
Subscribe to:
Comments
(
Atom
)



















