Showing posts with label kakiwayang. Show all posts
Showing posts with label kakiwayang. Show all posts

o'connor

no more brian o'connor.
1973-2013.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

now u see me

movie ni a bit tricky. dari mula saya tertanya-tanya siapa yang membuat keempat-empat magician ni berkumpul dan form a group called 'four horsemen'. setiap satu dari mereka ni ada skill masing-masing. saya paling suka magician yang selalu pakai topi tu. opss sorry lupa nama. hehe. sebab lelaki tu terror hypnotize orang. mereka ni buat kerja gila sebab merompak bank masa dorang buat persembahan. then, duit tu dorang bagi kat penonton. best kot. dan dari insiden tersebut, dorang diburu oleh FBI. mereka berjaya diberkas, but somehow dilepaskan juga. dan macam biasalah, mastermindnya adalah orang yang tidak disangka-sangka. hehe.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

furious 6

awesome movie!
ada lagi geng yang terkorban.
dan saya rasa movie ni akan ada sambungan.. hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ohoi!

yang mana satu, idaman kalbu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

fast 6

can't wait!
will be released in May 2013.
=D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

istanbul aku datang


masa movie ni release, saya siap-siap remind diri sendiri; "jangan nak gedik pergi panggung tengok cerita ni ya. nanti menyesal padan muka. tengok versi download je sudah." hehe. teruk betul. nampak sangat takde semangat sokong filem tempatan. tak patriotik langsung. eh, tetibe je tak patriotik. ape kaitan? haih.

tapi biasalah. orang degil memang tak makan saman. last-last, pergi juga tengok dekat wayang. ini semua gara-gara public holiday. hehe.

pandangan saya, filem ni lebih menarik daripada filem 'aku terima nikahnya'. ada duka dalam ceria. ada khianat bila berjauhan. wah gitu. dian [lisa surihani] ni tulis blog. apa sahaja perkembangan menariknya di istanbul, dia akan tulis dekat blog. gigih kan? macam kittew-kittew lettew. ahaks! tapi pengajarannya, confirmkan betul-betul info yang kita nak tulis dalam blog. kesian harris [beto kusyairy].. tak pepasal di-cop gay.

kesimpulan cerita ini; rancangan Allah tu memang cantik je tersusun. datang ke istanbul dengan plan A. plan A kantoi. buat plan B, tapi plan yang ni pula, chaotic. bila dah putus asa tu, Allah duga lagi sikit untuk Allah bagi reward. last-last, tercapai juga hasrat. tahniah dian.

tayangan filem ni dilanjutkan seminggu lagi di pagawam. ok bai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

legends


pelakon heibat kembali on august.
heyyo.. tak sabar kot.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

penuntut bela

Hulk

cakap

Loki ni..
'dewa lembik'

kahkahkah.

anyway, movie ni best okeh!!
bagi saya, sangat best kot!!


dan yang paling best mestilah iron man.

kali ni, si tony stark kena baikpulih stark tower pulak..
nak tahu kenapa?
kenalah pergi tengok cepat-cepat okeh?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

battleship


agagagaga~
looking forward to watch this movie in April.
liam neeson & rihanna in the house yaw!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hahhahhah..


release tension bila tengok dua movies ini. believe me!

can't wait for this: the avengers [27th April 2012].
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hindustan

siapa tahu filem paling latest shah rukh khan, sila kelip mata dua kali!! hihi.

serabai kan? tak suka tengok dia time ni. nampak benor muka penjahat.
masa ni shah rukh khan kat penjara malaysia.
tapi feeling-feeling macam penjara oversea pula.
sebab pakai uniform warna oren.
wah.. kelas u!

smart! time ni dah kat berlin.
don ada misi kat sini dan berjaya melepaskan diri dari penjara malaysia.

oh. kronologi filem ini adalah thailand-malaysia-switzerland-berlin.
masa di thailand, ridzuan hashim ade berlakon jap.
pastu di malaysia, adi putra jadi lawyer don.
adi punya scene ada dalam satuduatiga minit je.
muka adi sangat skema. rambut belah tepi dan bercermin mata.

hrithik roshan.
muncul menggantikan don masa menari dengan roma.
masa tu, don menyamar.
tapi macam tak kena pula, sebab shah rukh khan tu kan pendek. mamat ni kan tinggi.

so far, filem ini berbaloi tengok kat wayang.
lebih berbaloi daripada tengok ombak rindu. kihkihkih.
hanya ada satu lagu yang ada menari-menari dalam filem sepanjang dua jam lebih ini.

haih.. macam tidak percaya saya pergi tengok cerita hindustan di cinema. haha.

eh don, meh sini kasi i pinjam jap money plate yang u ambil dari dzb tu.
i pun nak jadi billionaire juga.

ok bai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh abang pendek!!


filem ini membuatkan saya mahu terjah pawagam sekali lagi.
tak puas tengok abang pendek ini panjat burj khalifa macam cicak man.
dan aksi jane menendang satu perempuan assassin keluar dari menara dubai itu.
dan aksi-aksi lain yang superbest gila!
ada anil kapoor hoi.

sumpah tak menyesal walaupun kena ubah plan berfoya dari oneutama ke cineleisure dan ikea.
sebab utama plan berubah: mission impossible ghost protocol di oneutama full house.
ok bai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

real steel: max kenton & atom

yeay.. berakhir satu penantian untuk movie bulan oktober. real steel in da house yaww!!! thanks to you-know-who-are sebab sudi temankan saya. *sengih sampai telinga* pendek kata, movie ni best. kalau tengok midnight pun, saya confirm kamu takkan terlelap punya. hehe. sebab movie ni penuh dengan excitement dan bermain dengan emosi. ia bukan berkenaan robot tinju semata-mata but berkisar tentang how a daddy deals with his 11-years-old son yang keras kepala dan tahu apa yang dia buat. gabungan pasukan si bapa dan anak ini dikenali selepas si anak terjumpa robot bertinju generasi kedua bernama Atom. best part pertama-bila max dan atom menari sebelum perlawanan bermula. best part kedua-masa perlawanan antara atom dengan robot-juara-bertahan-saya-tak-ingat-apebenda yang bernama zeus. anda boleh bayangkan tak macammane keadaan robot generasi kedua yang hanya layak dibuat sebagai robot untuk latihan berlawan dengan robot generasi ketiga yang dilengkapi sistem kawalan superhebat? gila cool okeh robot bertinju ni.

this is max kenton. anak charlie kenton. budak ni pandai dan keras kepala.

time ni max baru lepas program atom dan dia minta charlie set pergerakan tinju untuk atom.

charlie kenton & atom

ni time kemuncak sebab dorang berlawan dengan robot paling power bernama zeus

oleh kerana saya suka watak max kenton & robotnya atom, saya bagi 4.8/5 bintang for this film.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terbaik


two thumbs up for khabir bhatia!!!

setianya Nur mencari Adam ketika Adam pergi mencari cincin Nur yang tercicir.
setianya Aidil menjaga Nur ketika Adam tiada disisi Nur.

filem ni memang terbaik okeh.
penuh dengan mesej.

dan pesanan saya kepada kaum hawa,
jangan lupe bawa tisu..
serius sedih weh!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tak sabar

yes. yes. yes. yes. yessssssss!!!
sudah bulan mei.
rata-rata para penuntut tahun akhir universiti dah lapang dada.
bersedia membungkus segala macam buku rujukan masuk dalam kotak.
berkobar-kobar nak cari kerja.
suka okeh.
hehehe. tapi saya bukan suka sebab tu lah.
 takde maknenye saya boleh grad tahun ni.
anyway, saya nak ucapkan tahniah kepada sesiapa yang da habis study tu.
 hehe.

saya suka bulan mei ni sebab..
ehem!!!
emm sebab..
 
 lima.mei.duaribusebelas

 duabelas.mei.duaribusebelas

sembilanbelas.mei.duaribusebelas

yeay.. tak sabar okeh!!!!
haha.
bai~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khurafat

yeay.. saya dah tengok khurafat!
semangat nak pegi tengok sampai terlupa yang i am all alone kat bilik.
kawan-kawan semua pakat balik kampung minggu ni.

overall filem ni best.
sebab jalan cerita tak straight camtu je tros abes.
kena fikir sikit-sikit sebab ade part yang macam:
eh, ko ni kejap bernafas, kejap lagi ko dah meninggal.camne ni? cube cakap betul2?
haha.. okehla. takyahla layan orang blur ni.
pegi tengok kat wayang sane..

cume yang pelik sikit, kenapa hospital yang tempat johan keje tu malap je.
kat office suram.. kat bilik mayat pun same.
nak jimat bil letrik ke ape?
bai!!

p/s: thanks kepada uols yang suggest beberapa nama photographers tu. xoxo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAN 2

proudly present..
-IRON MAN 2-

-IP MAN 2-

kehkehkeh.. proudly present la sangat kan. as usual ye kawan-kawan. aktiviti movie marathon kembali lagi. al-maklum la.. bile cuti semester da start dan masa untuk balek kampung adalah terhad, cara terbaik untuk mengubat hati luka tak dapat blek kampung adalah dengan mengheret kaki sepantas kilat ke cinema terdekat dannnnnnnnnnnnn.. membeli tiket movie secara pukal! howwyyyeeaahh!! dapat plak pakwe yang sanggop nak teman-tido-kat-cinema-pun-bleh.. memang mantap! kehkehkeh..

hey guys~~
ape tunggu lagi tu?
pegi ah cinema cepat..
i guarantee uols tak menyesal beli tiket both movies ni.
believe me!!

p/s: kalaula dapat umah macam tony stark tu..
pergh heaven gilos kot!!
ok tv MUTE sekarang..
best!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

evolusi kL drift 2

hey hey hey..
movie ni best ke weh?

tengok trailer mcm best..
publisiti kat paper pun gile gempak kot.








ape pendapat anda?

hopely, taraf filem ini bukan
"indah khabar dari rupa"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

movie here movie there

-adnan sempit-



-the spy next door-



-tooth fairy-
release on 21/01/2010



ini adalah diantara filem wajib tonton yang oshinz rase mesti-kena-pegi-tengok untuk bulan ini. tak boleh tak tengok.. kalo tak tengok nanti mesti tak dapat nak wat esemen dengan baik. kalo tak dapat wat esemen ngan baik maka tak bleh dapat pointer yang baik gak. pastu nanti mesti tak tau nak cakap ape ngan sisters kesayangan. mesti nanti kena bebel pungpangpungpang tahap cair telinga ah.  [ishk.. kenape la pempuan suke membebel ye?] pastu.. emm pastu.. ishk malas mao fikir!

okeh.. mao pegi bodek en. pakwe sekarang..
i hope he will spend his time with me to do movies marathon together..

hope so..

[-_-"]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

H 0910


sape nak teka ape maksud kombinasi title entri ni? anda bijak? anda cantik? anda kacak? anda tak tahu? anda nak tahu? *jgn kepoci.. nnt Allah marah. =p* anda marah? *jgn marah2 nnt cepat tua.. =)* aiyork.. kan da serba salah.. lalalala tak tahu! hehe.. tak kisahla ape pun rupe bentuk anda. ape pun perasaan anda.. mehla sesame kite menggeledah *eit.. bersepah blog ni.. awas kamu!* ape kes tetibe timbul entri kombinasi misteri ari ahad camni.. jgn biarkan diri anda diselubungi misteri.. *kahkahkah.. misterila sangaaattt!*

cup cuuuup!! nak bagi intro lagi puitis sket..

“Kadangkala Allah sembunyikan matahari. DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi” (Syuhadah, 2009).

syuhadah? wah.. tetibe skema alam buat quotation daripada syurga cinta (SC). *ape ade hal?* kite da tengok filem arahan ahmad idham tu semalam pukul 2.50 pm.. tapi semangat woo kul 10 dah keluar rumah. apesal? sebab plan ngan member tu nak tengok 2 movies.. so sblom layan filem terapi perasaan (babak pelakon-dan-penonton-sehati-sejiwa-gigih-kluarkan-air-mata) kitorg decide nak layan filem yg gelak2 dulu. Sampai je mall dengan sepantas mungkin merebut tiket night at the museum 2 (NATM2) pukul 12.00 pm. eh, nape kena pantas? sebab kawan oshinz tu lambat siap.. sudahnya pukul 11.55 baru smpai depan kaunter GSC. naseb baek sempat.. phewww!!

both films amat memuaskan hati.. ye tak tipu..

NATM2 masih lagi funny. monyet yg bijak, nakal dan comel. *ceh, tetibe rindu nak tgk monyet UKM terkejut buat2 lari kena sergah.. HAHAHA* barang2 pameran kat musem di washington pun alive gak memalam.. ade sotong kurita yg garang bertukar menjadi friendly bile dapat air. ade kumpulan Einstein kepala goyang2.. tak lupe gak ade Abraham Lincoln yg besar lagi ensem. dan Cik Amelia yg cantik.. rambut die ade class! *oshinz suke..* die sgt passion weh.. picture dalam museum tu pun alive gak.. pastu Daley dan Amelia bley masuk dalam satu picture yg ade couple kissing-non-stop coz nak sembunyi daripada diburu.. kumpulan cupid yg comel menyanyi lagu titanic.. sumpah comel! tapi kan tetibe Daley kena slap ngan Cik Amelia.. nape ek?

dan untuk film ni oshinz bagi 4.46 out of 5 star. anda akan ketawa dan ketawa dan ketawa lagi dan sedar bahawa kerjasama itu penting! wonderpet.. wonderpet~~ lalala..

ape yg best dgn SC? sebab oshinz nak bagi 4.45 star utk film ni tu pasalla best.. okeh, slapla kalo mahu. hihihi.. ye baik oshinz jwb soalan.. pertama sekali, skripnya!! ye betul skripnya menarik. banyak pesanan yg patut diingati untuk dijadikan panduan menghadapi realiti hidup. kedua, gelagat lucu Ikmal si kecil lapan tahun pelajar pintar membantu abangnya Irham yg dicabar oleh Alex dan Zainal untuk mengurat Cikgu Syuhadah dalam masa sebulan. Irham terpikat dengan Cikgu Syuhadah tapi sanggup melukakan hatinya kerana ego. emm.. tak bley solat coz puasa berkhatan? bace Bismillah sblom minum arak? it sounds weird, right? jodoh ade 3 jenis ye kawan2.. 1.jodoh oleh syaitan. 2.jodoh oleh jin. 3.jodoh oleh Allah. ape bezanye?

hey guys, just stop wondering and go watch it.. pasti takkan kecewa! i promise you.. oshinz nak tutup entri ini dengan:

Irham: Apa yg awk buat kalo org yg awk syg lukakan hati awk?
Syuhada: Sy akn redha dan terima segalanya. Walaupun ia melukakan tapi sy bersyukur die pernah hadir dalam hidup sy walaupun seketika..

dan ini:

H 0910 tu actually nombor seat kitorg dalam 2 cinema berbeza untuk 2 cerita berbeza.. tu je. mane ade misteri sgt pon.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...