pertama untuk pertama kali


yeay.. berjaya menempuh waktu setahun yang pertama dengan jayanya untuk kerja yang pertama selepas secara rasmi melepaskan status pelajar yang dipegang selama 19 tahun. hahhah. ketawa bangga dan tepuk bahu sendiri. eh, takpayah nak bangga sangat la.. loser. yeap, dalam hati terasa juga macam sedikit loser, tapi tidak mengapa, at least ada rezeki kerja dan tidak menganggur. better late then never. syukur Alhamdulillah.

untuk orang yang pertama kali bekerja secara serius.. serius dalam erti kata tidak berfoya-foya main game-zombie-vs-plant macam zaman bekerja part time pembantu penyelidik dulu tu.. rasanya, banyak ilmu yang dapat saya serap, hadam dan kadang-kadang terlupa. eheh. bermula dengan jawatan covering je.. then, diberi peluang untuk terus bekerja di sini. cantik sungguh perancangan Allah.

saya akan terus belajar dan serap seberapa banyak ilmu selagi mampu untuk menjadi pekerja yang dedikasi. wah.. berazam sangat nampak gaya nya makcik ni. hikhik. okeh.. untuk setakat ini dulu. menyampah dah nak taip sebab skrin kecik nau. seksa nak edit dan selalu typo lak tu.

assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...