Showing posts with label busana. Show all posts
Showing posts with label busana. Show all posts

batikabyhudaa

siapa kat rumah suka pakai kain batik.. angkat tangan!! oh hari ini saya bukan nak blog pasal kain batik yang kita pakai main selit-selit kat pinggang tu. ini story pasal kain batik yang boleh dipakai time nak pergi formal function ke, nak pergi shopping ke.. eceh, macam ayu sangat je nak pergi shopping pakai kain batik. ihiks.

without further ado, i would like to introduce batikabyhudaa. tadddaaaa..

suka yang merah biru putih tu.

basically, design kain batik ni adalah kain kipas depan. dan ada yang terbelah sikit, maybe untuk memudahkan langkah kot. owner batikabyhudaa ni kawan baik lisa surihani. ala yang jadi pengapit masa lisa kahwin tu.. hehe. meh sini nak kasi tengok some of the batik designs:




cantik kan? tapi semua yang kat atas ni dah habis dijual. harga semua sama. tak kisahlah corak banyak ke, corak sikit ke. second batch is coming soon. mana tahu korang dapat grab satu. bolehla bergaya untuk raya nanti. nak tengok new update, klik sini weh: batikabyhudaa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

memuja



suka zip detailing tu. smart kot.. hehe.
hanya memuja dari jauh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

atelier rinaldi

 
[source: ricorinaldi]

it's rico rinaldi.
bridal collection for 2013.
simple, beautiful yet amazing.
this design is definitely suitable for solemnization.
brilliant rico!

and this veil was from the previous collection, if i am not mistaken. hehe.
melting!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

happy

i am happy to have you in my wardrobe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

for bride


statement jewelry
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sibuk woi

 saya mulakan entri pertama tahun baru dengan cerita pasal kasut.
meh kasi test sejauh mana anda tahu tentang kasut yang wujud atas muka bumi ni.
kalau saya, saya cuma tahu sedikit. maklumlah, bukan fashionista.
thanks to bloggers yang singgah sini dan tinggal komen.
saya sibuk sikit menguruskan hal dunia. 
sebab tu tak sempat nak reply komen dan baca entry kamu orang semua.
nanti-nanti lah ya?
take care guys..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

inspirasi busana

sederhana tapi confirm mahal ni.

sumber: link
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

peplum

peplum style memang tengah in sekarang ni kan. trend 2012 gitu. ape kebenda alah peplum ni? sedara buah plum tu kot. ataupun spesis buah yang kacukan antara pelam dan plum. hehe. mengarut. takde kena mengena dengan buah-buahan. tadi kan dah tulis style. pastu tulis trend. entri ni pasal busana. okeh.. kita teruskan.

kalau wanita sebut peplum ni, tak payah nak kerut dahi sangat eh jejaka sekalian. tengah hot. cubalah ambil tahu sikit untuk tawan hati pasangan anda. eh? takde kaitan. meh sini saya kasi cerita. peplum ni adalah: a flared ruffle attached to the waistline of a dress or jacket or blouse. cara pronounce dia camni: [pep-luhm] atau /ˈpɛp ləm/. kalau nak kasi lidah melayu sikit, saya sebut 'pelam' je senang.

saya syak selepas scha pakai masa wedding dia tu, makin ramai yang berani cuba fesyen ni. macam makin bersepah pula design peplum ni. peplum dress. peplum baju kurung. peplum blouse. peplum jacket. haih.. macam-macam. nasib baik kat bahagian kain takboleh ditambah peplum. kalau tak, satu set. masak. saya tak dapat bayangkan. anda bagaimana? modern ladies memang suka bereksperimen. tapi time scha pakai ni, saya tak rasa cantik pun. sebab nampak kejung. wah gitu! pada pandangan saya lah. saya-yang-tak-berapa-reti-nak-berfesyen ni ha. hehheh.

takde perasan.

tak suka pun.

tapi semalam, saya terjumpa satu design ni. black in colour. pastu kain die pun cantik. nampak classic dan expensive. wah gitu! dahlah warna hitam baju dia. iols suka okeh. terus save gambarnya. cuba tengok ni:

sumber: MM
cantik tak? smart kan. =)
harga: rm320.
masa 28nov aritu murah sikit, rm200. dah sold out. cheit.
kalau boleh custom, saya nak! eceh, confident je nak kan.. macamlah sesuai.. sedar diri.
tapi nak. tapi mahal. tapi membazir. tapi nak. tapi.. *sewel terus*
kalau awak terberkenan jugak, sila tanya MM sendiri.
nah email dia: mazlianulmaznan@gmail.com

saya lagi suka baju nikah scha berbanding baju kahwin dia yang lain.
hehe. ok bai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TSAR

yes TSAR. bukan typo nak eja STAR. but it is really TSAR.

kat TSAR ni ade bags & shoes.
dan available items adalah seperti kat bawah ni:


paling heart yang ini:

kalau dapat sambar dan jadikan ini sebagai wedding shoes memang melatops!

agreed?

kalau ada fulus, terjah aja sini dong. limited edition!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

drama dan trauma

i used to love his work..

contoh macam ni:

dan macam ni:
simple and sweet je kan?

but according to his blablabla..
i am so sorry.

thanks sis renee for the info.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

busana pengantin setengah juta tu

masa dengar busana memey direka khas oleh vera wang, saya terus ternganga dan telan air liur.. pergh vera wang kot!!! emmmmppphhhhh.. siapa tak kenal vera wang oi. otak saya terus imagine outcome yang superb. superb macam elie saab punya baju wedding. contohnya macam ni:

 kalau nak sopan, add lengan panjang dan perincian kat depan tu tukar kepada mutiara.

 atau gaun kembang macam ni.. serupa princess habis kot!

kalau buat macam ni pun still nampak mahal expensive kan?

tapi the outcome adalah serupa ini:

mak kecewa noksssss..

tapi apa boleh buat. memey mesti pakai baju tu dengan perasaan yang redha je kan. dan saat ini saya rasa busana pengantin dato' siti nurhaliza yang beliau pernah pakai kat KLCC cuma untuk beberapa minit tu je lagi cantik dan sopan jika nak dibandingkan dengan baju memey.

baju ni rm tigaratus ribu je pun kan..

nurul syuhada kahwin lagi comel daripada memey.. kasihan memey.
ok bai!!

pic rekaan elie saab saya amik dari blog sis renee.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

bride and her bridesmaid

 kate middleton's dress is quite simple right?
pengantin kat malaysia punya pakaian lagi meriah kot.
baju simple tapi dia tetap cantik manis.
sekali pandang, mesti nak pandang terus muka dia ni.
sangat manis dengan dimple die tu.
mekap dia pun cantik.
setuju?

masa mengadap wedding kate & william semalam,
saya perasan ada pelbagai jenis topi yang diperagakan.
masing-masing tak nak kalah.
ada yang cantik.
ada yang pelik.
dan yang paling annoying adalah:
saya sangat kasihan dengan dia.
kenapa dia mesti pakai topi yang annoying macam ni?
ya ampun.. sangat annoying kot.
annoying ah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

haha

super duper love this dress!!
less is more

sila spot bahagian yang flowy itteeww!!

.s.i.m.p.l.i.c.i.t.y.
cantik hokeh!

p/s: kahwin lambat lagi. tapi kite berangan dululah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hatta dolmat : rizman ruzaini : zery zamry

hari ini macam hebat menderetkan nama fashion designers terhebat rebutan para wanita seantero malaysia. kehkeh.. betul tak saya cakap ni? terutama bakal-bakal pengantin. bakal-bakal pengantin yang punya ongkos yang banyak dong! bukan macam saya. tabung ayam pun tak penuh-penuh.. my bad la tu. haha..

sempena bulan febuari ni. ketiga-tiga pereka fesyen panas ini buat promosi bulan cinta. promosi perkahwinan gitu. sape yang tak perasan tu. mehla sini saya memperasankan kamu. alert beb alert!! kalau dah name promosi tu, ade diskaun okeh. rizman ruzaini bagi 25% diskaun. zery zamry pun nak bagi diskaun jugak. hatta dolmat? emm.. i tak pasti la pulak. kehkehkeh.

sape jatuh cinta dengan baju elyana dengan erra fazira macam kat bawah ni. sila la approach en. hatta dolmat.

[elyana]

[erra fazira]

ini la en. hatta dolmat yang saya maksudkan. eceeecehh~ cakap macam saya sorang je yang kena die kan? blah ar. choi! ahaha. beliau bersama salah seorang pelanggan.

kalo tak nak en. hatta, takpe.. kite ade en. zery zamry pulak. 
elyana selalu pakai baju rekaan en. zery ni ha. meh sini tengok..

[elyana]
*untung oh jadi artis ni kan?*

baju ni cantik tak?

ha yang ni pun simple je.

kalo berani.. tempahla baju wedding macam rozita che wan ni ha. ehehe. en. zery zamry in da house yaw!!

okeh.. last but not least adalah kolaborasi en. rizman dan en. ruzaini = rizman ruzaini.
lately, dato' siti nurhaliza selesa mengenakan rekaan mereka ni.
mase wat persembahan AJL baru-baru ni pun rizman ruzaini yang reka baju tu.

[ziana zain]

[dato' siti]
*suka baju yang biru. santik sangat oh..*

[alyah]
*i loooiiikkkkeeee!! ha.. cantik kot! simple. nice.*

ni pun saya suka.

sila spot headgear die. cantik oh!

hi ah die rizman ruzaini.
yang rambut pendek tu en. ruzaini. yang rambut panjang tu en. rizman.
saya pun kadang-kadang confuse mane satu en. rizman mane satu en. ruzaini. ihiks.
cepat uols.. pegi terjah rizman ruzaini.
nanti boleh la feeling diva bila orang tanye: 'sape buat baju u ni?'
uols bleh ah jawab camni: 'ala rizman ruzaini yang selalu reka baju untuk dato' siti tu.'
kehkeh..perlu ke?
ni nak kawen ke nak berlagak ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...