Showing posts with label kegemaran. Show all posts
Showing posts with label kegemaran. Show all posts

tiada cinta

cinta Beta janganlah pergi.
hilangnya Tuan tiada ganti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KhadimulQuran

membaca setiap kata-kata dalam tumblr beliau beri saya kekuatan, ketenangan & kesedaran.
nah link-nya:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ar tu de ow tu de e

ingat lagi si cantik kak roe punya gambar dalam post ministryof moment tempoh hari?
hari ini saya mahu bercerita pasal kakak cantik ini lagi..
bukan nak cerita banyak pun. cuma nak share tentang belog beliau.

click picture to go to her blog.

kak roe ni pemurah hati dan penulis yang sangat best.
hampir setiap entri yang dia tulis tu buat saya gelak sorang-sorang.
that's why i am addicted to read her blog.
baru-baru ni, setiap hari rabu kak roe akan tulis about tazkirah.
dua entri yang lepas, beliau tulis pasal kisah nabi.
kalau mahu kutip pengetahuan itu, sila baca dekat belog kak roe.
ok bai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

farahin lee

saya: awak, ally iskandar dah kahwin. lepas tu, isteri dia muda 13 tahun dari dia. muda kan?
dia: habislah ade orang tu frust menonggeng.
saya: empphh?! eit.. kite minat kat awak sorang je. mane ade minat orang lain. haha.
dia: eleleleh..
macam pinang dibelah dua!!

isteri ally iskandar ni ada blog. saya suka penulisan beliau. sebab beliau pandai menulis terutama sekali berkaitan agama. umurnya muda.. baru 23tahun. tapi penulisan beliau banyak memberi saya ilmu. takdelah macam belog saya yang banyak merepek ni. haha. jom sama-sama baca blog isteri ally iskandar ni: -kunfayakun-

ok bai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terfaktab

Nilai Hantaran Kahwin VS Maruah Seorang Perempuan

Aku tengok kat status fesbuk skang ni merata orang letak nilai hantaran kahwin terkini. Kononnya. Aku bukannya nak menentang ke ape. Cuma aku kurang bersetuju. Sebab benda-benda macam ni sbnanye hanya akan menambah masalah yang sedia ada. Apa masalah yang sedia ada? Masalah maksiat sudah tentulah, takyah cakap pon sume dah tahu. Masalah andartu dan buter (bujang terlajak) pon akan meningkat. Kadar perceraian dan poligami pon akan turut sama mencanak naik.

Eh, cakap pasal poligami, aku bukanlah tak setuju tapi harus kena pada cara dan kemampuan jugak. Hari tu aku ada jumpa sorang mamat ni, nak dijadikan cerita, aku borak la dengan dia. Dia terus terang je gtau yang dia dah ada dua anak, isteri je baru sorang. Dan biasalah, orang lelaki... Kalau bab-bab kawen lebih daripada satu ni memang cepat je keluar hukum tu hukum ni. Ikut sunah la, ikut hukum agama la, dan sebagainya. Memang fasih je dorang akan keluarkan segala macam fakta kan. Bak kata orang lelaki; "Kalau nak kawen dua ni, kawen je dulu. Sebab lagi senang nak mintak maaf daripada mintak kebenaran". Memang otak geliga kan bila masuk bab nak memadukan bini.

Ok, back to the main point. Penah tak korang dengar yang orang kate nilai hantaran kawen ni sbnanye menjadi indikator kepada maruah dan nilai seorang perempuan tu? Korang setuju ke? Dulu-dulu, dulu-dulu la kan, aku pon penah rase macam tu. Rase macam kalau laki tu bagi hantaran sikit je, ape kelas kan? Kita perempuan-perempuan masa kini, zaman millennium, zaman pijak menara gading gajah, mane main kalau setakat dua tiga ribu macam zaman mak-mak kita dulu. Sekarang paling koman pon kalau takde doploh ribu, boleh jalan la.

Tapi bila aku dah dapat akal sikit untuk digunapakai, aku rase mende-mende ni sume ngarot je. Serius. Sape yang tetapkan nilai hantaran kawen ni aku nak tanya korang? Sape? Ada ke Allah nyatakan dalam Al-Quran nilai hantaran kawen seorang perempuan hendaklah berdasarkan tahap pelajarannya? Ada ke? Kalau memang ada, bak datang tunjuk kat aku. Tapi setakat yang aku tahu, takde. Yang memandai letak nilai haram j sume ni, kita sendiri. Manusia ni kan memang suka kesusahan dan menyusahkan. Itulah namanya manusia.

Kekadang aku kesian tengok pasangan muda mudi skang ni yang kalau nak kawen tu, aralnya adalah nilai hantaran yang melampau-lampau. Kita ni kalau nak kawen, aku nak tanya korang la kan, nak bahagia sehari ke nak bahagia sepanjang hayat? Ape guna buat majlis meriah bagai nak gila, pastu korang pulak yang take turn jadi gila? Baiklah korang buat secara bersederhana tapi mengharapkan keredhaan dan keberkatan, lagi bagus. Tapi bukan bermakna takyah kumpul duet langsung. Kena kumpul. Tapi bukan untuk dihabiskan untuk majlis perkahwinan tapi sebagai simpanan masa hadapan selepas berumahtangga. Cewah, aku tules pampung pampung macam dah ada pengalaman kan. KAHKAHKAH!

Sbnanye, aku harap sangat ramai mak-mak (termasuk mak aku. HAHA) akan baca entri ni. Sebab kadang-kadang anak-anak tak kesah pon tak tinggi sangat nilai hantaran tu, tapi aku tengok orang tua pulak yang galak letak tinggi-tinggi nilainya. Jual anak ke hape? Buatlah ikut kemampuan kita. Buat apa nak menyusahkan diri dan ornag lain. Dah elok-elok boleh suap makanan lalu depan, nak jugak pusing tangan tu lalu belakang kepala baru nak suap makanan. Manusia... Manusia...
ni salah satu entri daripada belog terfaktab.
dalam belog ni ada banyak penulis.
malas nak cakap banyak, korang terjah sini kalau nak baca entri lain.
ok bai..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sebelas sebelas dan sebelas lagi

11.11.11 dan Jumaat.
Selamat Pengantin Baru kepada sesiapa yang melangsungkan pernikahan pada hari ini.
saya doakan semoga bahagia mengiringi kamu semua sehingga syurga.
*senyum*

i am here just want to share zahiril's entry with u guys:
Andai ada seorang manusia yang melakukan dosa dengan Allah, lalu kita kutuk. Hina, caci. Kita lemparkan kata - kata kesat padanya dan kemudian, kita ajak manusia lain untuk bersekutu dengan kita untuk mencacinya.

Kita keji, dari rupa paras fizikalnya, sehinggalah ke peribadi serta keluarganya. Kita betul - betul jelek melihat dia bangga melakukan dosa dengan Allah.
(sedih aku tengok)

Dan sekarang, semakin lama semakin ramai yang bersetuju untuk mengkeji manusia itu. Keji berjemaah. Sekali lagi, kerana kita jelek dan tak tahan melihat dia bangga dengan dosanya.

Sampai suatu hari, manusia yang dikeji itu, bertaubat dan memohon ampun dari Allah Ta'ala. Jika dia benar - benar insaf, dan mahu bertaubat, kemungkinan besar, taubat dan ampunnya diterima Allah. Maka selesai sudah, dan dia sudah insaf, sudah berubah. Bukan kerana dikeji, tetapi kerana dia mendapat hidayah. Alhamdulillah.

Apa yang tak selesai.

Dosa kita dengan dia, yang selama ini kita maki caci, keji. Juga mengajak manusia lain untuk mengkeji dia.

'Kalau berdosa dengan manusia, kita kena mintak ampun dari manusia"

Habis.

Manusia tadi sudah bertaubat dan insyaallah Tuhan ampunkan doa. Tapi kita akan terus berdosa dengan manusia itu.

Ada terfikir?

p/s: mari kita bersama-sama kurangkan percakapan yang sia-sia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

empunya kata: zahiril adzim

fond of reading his blog:

tunangan shera ayob.
 
presented to you the quotations that i like the most:

"Manusia ialah satu proses yang berterusan yang memainkan peranan penting bagi melahirkan pengalaman."
Tidak ada kehidupan yang kuangankan, cuma kental meredah kehidupan yang ada sambil menggalas cita-cita. Walau macam mana celakanya kehidupan itu, ia tetap kehidupan.
Jika aku diberi peluang menjadi orang tua, maka aku berdoa agar tidak mahu menjadi orang tua yang menunjuk pandai kepada orang muda.
sumber: klik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kipas-susah-mati

kalaulah saya reti menjahit..
dah lama saya pergi mintak kerja dengan mr. rizalman.
hahaha.. ade sesiapa mahu upah saya jadi tukang sembat tak?
 *berdarah hidung*

sumber: rizalman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

=)

kepingin sangat!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nurulism.com

 klik gambar untuk lawat belog cik puan chika.

saya pembaca tegar belog beliau.
 entri ini bukan mahu promote.
sebab beliau kan blogger otai.

best oh life beliau ni.
umur 25 tahun sudah ada nur medina yang comel.
suri rumah pulak tu.
emm well.. saya sangat mudah cha-ir melihat wanita zaman moden menjadi surirumah.
menjadi surirumah even berkelulusan degree.
serius tabik spring toinktoink.
tu je nak cakap.

till then, take care guys~

p/s: semoga Allah permudahkan segala urusan hidup kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

inspirasi

saya suka berkawan dengan orang-orang yang dewasa. sebab saya akan dapat kesedaran tentang susahnya menjadi dewasa. haha. betul kan? orang dewasa kena fikir banyak benda. tapi saya jenis tak memilih kawan. senang kata, dalam dunia blog ni, saya tak memilih bulu. semua blog saya terjah. tak kira tua ke muda.

dan lately saya suka melawat blog-blog bakal pengantin. bakal pengantin sekarang dah maju okeh. sudah ada blog! daripada mereka saya dapat ilmu. macam-macam ilmu. daripada sekecil-kecil perkara macam tutorial DIY sehingga perkara yang besar-besar macam bajet perkahwinan ke atau vendor mana yang highly recommended atau kedai cincin mana yang tak patut anda terjah sebab mau untung lebih. hihihi. majoriti bride-to-be atau mantan pengantin akan provide banyak info sampai kadang-kadang saya kena copy paste info dalam microsoft word. takut terlupa di kemudian hari.

antara beberapa blog yang menjadi sumber info saya adalah:




sis yanie
*tapi kan, tetibe saya tak boleh akses blog sis yanie*

dua daripada mereka di atas adalah surirumah. dan mereka semua buat bisnes sendiri. miss x dengan theweddingheaven, sis nahwal ada FierNawal studio, sis lynda pula menguruskan Creative by Lynda, sis yanie dengan emm kalau tak silap saya thecraftportion kot.

ok bai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sw33t c0upL3 !tu..

arini bukannye oshinz ade ape-ape nak crite pun..
tetibe teringatkan crite 'Full House'.
hehehehe~

so let's view some pictures together..
*cuci mate sajork la yerk*

pic di sisi yang sopan..
-the cute hero-
*wohoo.. kulit muke yg licin.. bagos2!!*

-the sweet heroin-
*set baju yg chantek.. die ayu btul kan?*

pic di sisi yang.. emm~
+the hot+sturdy Rain+

+the sexy+gorgeous Song Hye Kyo+

then..
the combination of them~

i think they were a compatible partner..
don't u ever think so?

p/s: full house akan ade season 2 kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...