Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

harapan

oh bumi.. please get well soon.

jumlah kes positif Covid-19 semakin meningkat walaupun hampir tiga bulan duduk rumah. hari ni 20k, semalam pun 20k.. pffttttttt. virus dah semakin naik pangkat, dari alpha, kemudian beta, lepastu gamma, jadi delta pulak. entahkan bila mahu berkesudahan. 

kalau dulu, malas nak mengulang rutin bangun pagi-pergi balik kerja.. kita berangan bestnya kalau boleh work from home. bestnya kalau jadi homemaker. takperlu menghadap kesesakan jalanraya, takperlu berebut thumbprint on time dan blablablabla.. tapi sekarang ni cabaran work from home pun boleh jadi mental. burnt out orang jawa kata. hihi.. pergi office lapan hingga lima pun mengeluh, duduk rumah duapuluhempatjam pun tak tenteram. serba serbi la tak kena. walau apa jua cabaran yang kita perlu hadap sepanjang pandemik Covid-19 ni, bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah beri. dalam pahit pasti ada manisnya.

semoga semua frontliners terus kuat.
semoga Allah permudahkan urusan orang yang hilang sumber pendapatan.
semoga proses vaksinasi seluruh rakyat malaysia settle cepat.
takziah kepada yang kehilangan orang tersayang, semoga roh mereka ditempatkan bersama orang beriman.
jangan jadi anti-vaksin guys.
stay home, stay safe & stay healthy. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sekerat dua

lama gilaaaaaaaa tak buka belog. oh rindunya. last post was in march. now dah hujung september. blog walking no more. blog posting no more. lama-lama belog mati terkubur begitu sahaja. sadis. huahuahua. taktahulah ada lagi ke orang baca belog ni ke tak.

daku bukan lagi penulis belog yang tegar. setiap hari pun sibuk. kalau tak sibuk pun, tak rajin nak menghadap pc dan menaip. zaman semua benda nak update dalam belog tu rasanya dah berlalu pergi. dah tak in lagi. haha. baik iols menghadap anak yang satu tu. hihi. mak mak sangat kan? zaman study dulu bolehla.. almost everyday menghadap laptop. takde idea buat thesis, dok merapu dulu tulis blog. hihi. what a moment.

now my son is 1year 6months. makin ligat. makin panjang akal. makin hensem. eh? haha.

ok bai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cry me a river

saya dah ada peminat cilik. haha.
sebabnya dia ni mampu menangis untuk saya sesungai banyaknya.
mak rasa macam artis puloklah noks.

till then, selamat tahun baru guys!
take care.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

songket di pergelangan


tempat jatuh lagi dikenang,
inikan pula tempat bermain.


terima kasih sahabat kerana masih di sisi,
gembira ini kita kongsi,
semoga jalinan kekal abadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pertama untuk pertama kali


yeay.. berjaya menempuh waktu setahun yang pertama dengan jayanya untuk kerja yang pertama selepas secara rasmi melepaskan status pelajar yang dipegang selama 19 tahun. hahhah. ketawa bangga dan tepuk bahu sendiri. eh, takpayah nak bangga sangat la.. loser. yeap, dalam hati terasa juga macam sedikit loser, tapi tidak mengapa, at least ada rezeki kerja dan tidak menganggur. better late then never. syukur Alhamdulillah.

untuk orang yang pertama kali bekerja secara serius.. serius dalam erti kata tidak berfoya-foya main game-zombie-vs-plant macam zaman bekerja part time pembantu penyelidik dulu tu.. rasanya, banyak ilmu yang dapat saya serap, hadam dan kadang-kadang terlupa. eheh. bermula dengan jawatan covering je.. then, diberi peluang untuk terus bekerja di sini. cantik sungguh perancangan Allah.

saya akan terus belajar dan serap seberapa banyak ilmu selagi mampu untuk menjadi pekerja yang dedikasi. wah.. berazam sangat nampak gaya nya makcik ni. hikhik. okeh.. untuk setakat ini dulu. menyampah dah nak taip sebab skrin kecik nau. seksa nak edit dan selalu typo lak tu.

assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27.0



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

run away

I really need a chill pill..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

questionable

gadis a : eh awak.. yang makan dengan awak tu pakwe ke?
gadis b : oh taklah. itu suami saya.
gadis a : la ye ke? korang tak macam dah kahwin pun.
gadis b : ehheeee.. [suara hati: kalau orang dah kahwin macammana pulak gayanya ek?]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lompat bintang


hey eh eh hey hey hey!!
ini bukan lompat bintang terpusing terbalik itu.
tapi aku mahu lompat sampai jari ini boleh cecah satu bintang.
kalau boleh mahu capai semua bintang.
mahu ambil. mahu ikat dan simpan dalam sangkar.
sebagai tanda ingatan berakhirnya satu perjalanan.
setelah sekian lama.
aku berjaya meletakkan noktah terakhir semalam.
aku gembira. tersangat gembira.


Alhamdulillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

berdikari

ya, ini pertama kali.
sejauh ini.
sendiri.
berdikari. eh?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

debau

ah debau..
mengalahkan orang nak naik pelamin oi.

wish me luck
*senyum senget*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

aidilfitri

yippie.. esok raya kan?
selamat hari raya guys.
saya mohon maaf kalau ada terkasar bahasa ya.
sentiasa berhati-hati di mana jua anda berada.
kalau nak drive, pastikan anda sihat dan bertenaga. 
kalau nak main mercun, berjaga-jaga tau. jangan sampai memakan diri pula.

saya tinggalkan anda dengan iklan ini:

semoga raya anda lebih bermakna tahun ini.
jangan asyik berkepit dengan smartphone je.
tinggalkan facebook, instagram, keek etc.
manfaatkan sepenuhnya masa anda dengan keluarga.

assalamualaikum!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

for good


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iktisas

semakin tinggi kelulusan yang kita ada,
expectation orang terhadap kita tu makin tinggi.
kalau kita tidak perform seperti yang dijangkakan tu,
rasa respect tu mungkin pudar sedikit,
kepercayaan tu pun mungkin juga goyah sedikit.

pada saya,
biarlah kelulusan tak tinggi mana,
asalkan kita sanggup belajar macammana nak survive kat dunia luar sana.
at least, takdelah down sangat kalau kau tak berapa reti nak buat satu-satu perkara tu.
sebab saya rasa,
orang luar ada perception yang macam;
kalau kau ada kelulusan tinggi,
kau mesti pandai cakap, kau mesti pandai buat kerja, kau mesti pandai buat itu ini.
ha macam tu la.

ini apa yang saya rasalah.
tapi, entahlah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

riang ria


ni namanya riang ria cuti sekolah. hehe.
berjaya menghabiskan semua tiles. yeay!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i am


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tidak mengapa


kamu hina. kamu cela.
lakukan hingga kepuasan hati itu terasa.
aku cerna semuanya.
tidak mengapa.
ceritera ini antara cebisan memori yang akan aku kenang bila tua.
terima kasih ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tango

it takes two to tango
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YOLO



hasil kerja gegendang telinga menapis satu demi satu lagu yang berkumandang di satu kedai selama hampir tiga jam. lagu ini yang paling melekat dalam otak. selepas tambahtolak.. yeay.. tiga jam bertapa dalam satu kedai. haha. berdiri. berjalan. mencangkung. membongkok. garu kepala. ke hulu. ke hilir. akhirnya ke kaunter pembayaran. phewww.. hadiah untuk saya adalah sakit belakang. orang tua sangat!! now, rasa memang nak kena minum susu semula. takut osteoporosis sebelum masa-lah pulak. nak kena fikir susu apa yang rasa dia sedap. yang rasa sekali nak minum lagi berkali-kali. taknak susu everyday, sebab rasa dia kalau solo mesti mirip-mirip rasa besi.

pesanan kepada diri sendiri: u only live once. so kenalah jaga kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tanah helang

lokasi hari pertama.

tenangkan fikiran sebelum mulakan kerja.

teka yang mana satu kaki saya?

lesap sekejap ke luar kawasan. menuju ke satu kawasan yang susah nak dapat line komunikasi. maxis masih okay. walaupun pada tahap masih okay, tapi susah nak dapat. derita hoi. untuk yang menggunakan digi atau celcom, mahu tak mahu pasrah je la. kalau malas mahu berdiri ditepi pagar, memang tak dapatla nak berhubung dengan sesiapa. tempat ni memang khas untuk bekerja katanya. hehe. bos kata, orang dulu takde telefon, boleh je hidup.. heh, baiklah bos, baiklah!

ternyata, semua entry minggu lepas adalah yang di-schedule. hari ini, yang berhormat akan turun kawasan. kihkih. blogwalking bermula yaw!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...