jaga solat bukan make sure cukup 5 waktu, tapi cukup awal untuk ready before masuk waktu. productive Muslim ready 5 minutes earlier sebelum solat. a GOOD leader is someone who never delay his prayers.
source: salt & pepper
jaga solat bukan make sure cukup 5 waktu, tapi cukup awal untuk ready before masuk waktu. productive Muslim ready 5 minutes earlier sebelum solat. a GOOD leader is someone who never delay his prayers.
barang siapa berwuduk lalu memperindahkannya, kemudian ia menghadiri solat Jumaat, mendengar dan meneliti (khutbah), maka diampuni dosanya yang terjadi antara Jumaat pada hari itu dengan Jumaat yang lain dan ditambah lagi tiga hari. [riwayat Muslim]
bukanlah orang gagah itu, orang kuat bertinju. akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah [Riwayat Bukhari dan Muslim].
jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah.jika dia tidak sabar dengan sikapmu itu, maka jauhilah dia.
hikmah kejadian di Gaza adalah: signal dari ALLAH. supaya umat Islam sedar, walaupun kita ramai, tapi kita lemah. kita tak bersatu. tak caya? cuba masuk mana2 kampung, lihat di kampung tue katakan ada 14 orang veteran, sekurang-kurangnya mesti ada 3 puak di kalangan 14 orang veteran. yang ni orang tok sidang, yg nie orang penghulu, tak ngam dengan tok sidang, yang tok sidang punya geng tak ngam dengan timbalan pengerusi surau yang ke-3. yang di jabatan2 tiap2 hari khamis pakai baju batik pula, ada 20 orang dalam satu organisasi, tetapi ada 4 team! team A baik dengan ketua pengarah, team B pula baik dengan timbalan ketua pengarah 1, timbalan ketua pengarah 1 tak ngam dengan ketua pengarah, ketua pengarah pula baik dengan timbalan ketua pengarah 2, maka team timbalan ketua pengarah 1 tak baik dengan team timbalan ketua pengarah 2. sumber: link
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga"-iluvislam
"Pada pagi hari setiap tulang (persendian) dari kalian akan dihitung sebagai sedekah. Maka setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaha Illallah)adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, memerintahkan kebaikan (amar ma’ruf) dan melarang dari berbuat kemungkaran (nahi mungkar) adalah sedekah. Semua itu cukup dengan dua rakaat yang dilaksanakan di waktu Dhuha."
"awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu satu pembohongan besar. janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu bersaudara." (Riwayat Bukhari & Muslim)