Photos by Ahmad Fairus : Enjoy Free Outdoor with AHMAD FAIRUS .. everyone can get the chances!!

STICKY POST ALERT:
please scroll down for latest entry but please read this entry first and CLICK!

ehem.. mari dekat. mari rapat.
anda mahu benda percuma? 
anda perlu cuba dan anda pun boleh dapat.
believe me!!
ehem.. tapi perlu bersaing sikitla.
sebab contest ini terbuka kepada bloggers dan facebookers.

without further ado..
saya dengan besar hati mempersembahkan barang baik punyeee...
tadddaaaaaaaaaaaaaaaa~


 ha tengok tu.. sape mao bagi kite free outdoor?
yea betul kawan-kawan.
nama mr budiman ni mr ahmad fairus.
sape tak tau die ni sape? meh sini saya nak kabo..
mr ahmad fairus merupakan salah seorang ahli dalam clickcouture family in which dalam family clickcouture tu ade mukhriz latif & udey ismail from MU photography. pastu ade fauzi naseer from Manggis Production. dan ramai lagi la photographers yang hebat-hebat kebabom ni. maksudnya kat sini, mr ahmad fairus ni antara barisan para jurufoto yang mempunyai idea creative tahap marvelous. undeniable kot!! tak percaya ke? nah amik ni satu bukti:
mr ahmad fairus ni juga berpengalaman orangnya. sebab beliau dah lebih tujuh tahun berkecimpung dalam bidang ni. fuh.. dah lama la tuh. orang tua-tua kata, jauh perjalanan luas pemandangan. tujuh tahun sebagai photographer, saya pasti mr ahmad fairus ni dah kumpul banyak pengalaman dan pastinya ilmu penuh di dada punya. ehehe. sebab tu banyak gambar yang dihasilkan oleh beliau mempunyai keunikan tersendiri.
antara lima gambar terbaik mr ahmad fairus adalah:
pre-wedding yang romantik tanpa perlu berpegang tangan. brilliant idea!!

tidak perlu cermin besar untuk membiaskan kecantikan pengantin. kreatif kan?

gambar empat dalam satu. dari satu gambar kite boleh tengok kasut, bunga tangan, inai dan sebahagian baju pengantin. jimat!!

unik kan?

funny. unique. beautiful moment.

dan lagi satu gambar extra. haha. sebab dah cantik. so kena jugakla letak.
pada anda mungkin biase je. but for me, couple ni nampak sweet. 
sengih dorang tu tak lebih tak kurang. just nice!!
kome ingat senang ke nak snap pic orang tengah sengih?
sekali salah snap.. hasilnya tak marvelous tahu?
additional info: 
mr ahmad fairus adalah husband kepada owner rumah kebaya malaysia.
untuk skodeng lagi gambar menarik sila tekan sini.
jom ah join contest ni ramai-ramai. syarat die kacang goreng je. meh klik sini untuk tengok syarat contest.
cepat grab this chance sebelum terlambat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

perlu ambil tahu perihal kanser

majoriti wanita sangat menitikberatkan soal kecantikan. cantik? oh siapa tak mahu kulit licin berkilat macam Dato' Siti Nurhaliza. cantik macam Erra Fazira ke. fuhhh.. saya mahu kulit licin cantik okeh. anda pun kan? hehe. biaselah perempuan. timbul satu jerawat dekat pipi. risaunya macam gunung berapi nak meletup. okay fine. saye lah tu. penternak jerawat yang berjaya. eh tapi hari ini kite tak mahu bercakap tentang kecantikan. sebab cantik tu kan subjektif. hari ini saya mahu anda fikir sejauh mane tahap kesedaran anda berkaitan perihal kesihatan. wah gitu.. 

dan hari ini, saya mahu share lapan tanda awal kanser. mungkin ada yang dah tahu, dan mungkin ada yang baru tahu, macam saya. so same-samelah kite share kan?
  1. mengalami perubahan habit di bahagian usus dan pundi kencing.
  2. pendarahan luar biasa daripada mana-mana bahagian tubuh.
  3. ketulan yang tak hilang-hilang.
  4. sakit yang tak sembuh-sembuh.
  5. perubahan kat tahi lalat atau skin spot.
  6. suara anda menjadi parau/batuk yang berlarutan lebih dua minggu.
  7. pendarahan hidung yang luar biasa atau kepekakan dalam telinga.
  8. rase susah untuk menelan sesuatu.
mari belajar tentang kanser di sini dan lebih info lagi di sini.

p/s: rajin-rajinkan bersenam untuk kehidupan yang lebih sihat.
love yourself guys!
till then, take care.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cari kerja

ade kerja, tapi malas nak buat.
cari kerja, tapi tak dapat-dapat.
kasihan okeh.

because of rase keciwa..
kite hiburkan hati dengan join satu quiz.
ini hasilnya:

kihkihkih..
saje suka-suka.
kamu pun boleh cuba.
klik sini untuk tahu what kind of bride are you.
bye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 30 : a pic from last year and a pic from now

how have you changed in the last year?

untuk last task ni saya main ngelat sikit la eh. well.. tahun ni saya macam takde lagi snap gambar sorang-sorang kot. relax ah.. baru bulan tiga kan. ape ke gelabah sangat nak snap pictures banyak-banyak. saya bukan artis. ehehe. time chinese new year aritu pun amik pic secara berjemaah. macam style family photo gitu. but then fikir balik macam malas nak  upload kat blog. gambar family tu macam sesuatu yang privacy. takkan nak publish kat sini. its not for public kot.

oleh yang demikian,
saya korek-korek balik entri 2009 saya.
dan upload semula gambar ini:
haha.. posing merpati dua sejoli gitu.

dan pic lagi satu ni:
ini posing tak ready namenye. hihi.
pic ni diambil masa dah nak dekat ujung-ujung 2010.
so cincai-cincai, ni kire macam pic yang latest la.

emm.. daripada dua gambar ni terbukti saya tak banyak berubah.
still lagi macam tu. badan tak naik. tinggi pun tak meningkat. muka tetap comot.
masih tetap dengan lelaki yang sama. alhamdulillah.
dan takde ape perubahan sangatlah senang cakap.
haha.

ade tiga task tertinggal. hehe. mengelat betul kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 29 : nicknames you have, and why you have them

oh saya tak banyak nicknames.
orang sekeliling saya panggil saya dengan satu nama sahaja.
oleh kerana nama saya terdiri daripada dua patah perkataan,
so saya lagi suka orang panggil nama kedua saya instead of yang nama pertama.
so majoriti orang lebih familiar panggil saya dengan satu nama tu je.

tapi kawan baik saya masa degree dulu panggil saya 'cu'.
hanya kawan saya yang bertiga tu je panggil saya macam tu.
maybe sebab saya anak bongsu dalam family kot.
dan i am okay with that nickname.

satu lagi nickname yang saya ada tentulah 'oshinz'.
bukan sebab muka saya macam minah jepun ke ape.
sajelah suka-suka nak guna nama tu.
sebab dalam name tu ade acronym nama saya dan my late father.

that's all.
explanation yang bosan kan?
haha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

stuck like glue

love is like a friendship caught on fire. in the beginning a flame. very pretty. often hot and fierce. but still only light and flickering. as love grows older. our hearts mature. and our love becomes as coals. deep-burning and unquenchable. -bruce lee-
pada tarikh ini jika tujuh tahun yang lepas,
saya dan dia setuju untuk bercinta.
mula-mula macam keliru.
am i really fall in love with him?
does he truly like me?
wahahaha.
*eh tibe-tibe jadi tak sopan pulak*
ehem!
bengong-bengong pun dah seven years.
we have done a good job together.
alhamdulillah!

my dear en. pakwe,
i hope u will stick like this forever.
be a good man.
if not, i will pinch u until u faint.
beware ha.
 i am happy to have you as my partner in crime, bro!

sempena tujuh tahun per'kasih'an kite ni. ecceeehh.
kite nak tujukan lagu ni kat awaklah en. pakwe.
tapi bile awak tekan play je, awak kena tutup mata, sebab perempuan ni sheksi sikit.


how did we stay so long together?
when everybody, everybody said we never would..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

beside you

i love this quote!!!!
sometimes in life there really are bonds formed that can never be broken. sometimes, you really can find that one person who will stand by you no matter what. maybe you will find it in a spouse and celebrate it with your dream wedding. but there's also the chance that the one person you can count on for a lifetime. the one person who knows you sometimes better than you know yourself is the same person who's been standing beside you all along. -bride wars-
appreciate everybody around you guys. PLEASE!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 28 : 10 ways to win your heart

SEPULUH?!
oh man.. banyak kot.
haha part ni memang tak reti sangatlah.
serius tak tau.
tapi saya tryla ye.

pertama: bagi perut saya kenyang. haha. angkut saya pergi makan roti canai mamak pun okeh. kalau takde mase takpe. bagi saya coklat ke, gula-gula ke. asalkan makanan. takde masalah punye. kalau bunga, saya tak layan. saya bukan kambing oh. saya tak boleh makan bunga. eh tapi kalau nak bagi, saya terima dengan hati terbuka. =)

kedua: bila saya cakap, awak kena dengar. walaupun cerita saya bosan macam ntah hape-hape je kan. tapi kena jugak dengar. haha. at least saya takdelah acting like i am a queen, so i want to control u bebeh. no no no. i am not that type of lady.

ketiga: senyum selalu. saya paling menyampah kalau saya nak beli makanan, pastu budak yang jaga kaunter tu ke, atau budak yang tukang buat makanan tu tak reti nak senyum. muke kelat semacam. monyok macam kat rumah takde air, pastu nak pergi kerja tak dapat mandi kan. kalau lelaki, saya fahamlah kenapa die tak senyum. kalau die senyum, belum tentu saya balas dengan ikhlas. haha. memang sumpah, lepas tu takkan datang lagi beli makanan kat situ. pangkah terus.

keempat: emm.. emm.. dah tak tau weh. emm.. selalu berterima kasih. bukan susah sangat nak sebut kan? orang berbudi, kite berbahasa. betul tak?

kelima: jangan hipokrit. kalau tak suka, cakap je. kalau saya comot pun, cakap je. saya takde masalah. kalau tak cantik pun, cakap je. terus-terang. kan senang macam tu.

keenam: emmm.. say sorry kot?! kalau buat salah, minta maaf. tak kisahlah kesalahan yang ke berapa ratus juta kali pun. kalau awak sudi minta maaf, insyaAllah saya pun rela hati memaafkan awak.

ketujuh: jangan merokok. sebab saya kurang selesa dengan asap rokok.

kelapan: oh maaflah. saya dah tak reti. okeh. saya surrender eh. saya dah tak taulah ape lagi. serius!! bai~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 26 : what’s the meanest thing anyone has ever said to you

emmmppphhh.. takde kot.
kalau ada pun malas nak ingat.
let's forgive and forget.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 25 : a picture that makes you laugh

ha.. pasni takdelah tercekik tulang lagi!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 24 : the month you were happiest this year and why

tahun ni belum ada lagi bulan yang saya gembira.
nak gembira macammane weh, kalau thesis tak siap lagi?
stressful macam tahap lagi sikit nak sewel.

so nasihat saya kepada sesiapa yang nak buat master, dan anda memilih untuk buat coursework & thesis tu. amik kelas Research Methodology atau Academic Writing awal-awal. sile ambil course yang berkaitan dengan penulisan proposal anda seawal mungkin. pastu terus pergi jumpe potential supervisor dan consult sama supervisor itu.

eh, dah lari tajuk plak.
haha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 23 : favorite area or room

kalau kat rumah, seharusnya ruangan depan TV.
masa anak sedara layan kartun pun saya join.
masa bibik layan sinetron pun saya tumpang sekaki.
masa takde sesape tengok TV pun saya layan sorang-sorang.
bahagia oh boleh tengok TV sentiasa.
tak caya?
cubelah try test.
ok saya nak pegi tengok TV.
tata~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 22 : tell your followers how you do your makeup

makeup?
oh.. saya bukan makeup person.
saya pun kekurangan ilmu.
buat masa ni belum terasa nak belajar.
nanti tunggu ade keperluanlah ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 21 : talk about your piercings or tattoos, if you have any

standardlah perempuan ada tindik telinga kan?
kalau tak macammane nak pakai ear-ring.
tak seksi la tak tindik.
tapi kan ade kawan saya cakap, kalau tindik tu cacat.
sebab cuping telinga berlubang.
hahaha.
ok bai!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 20 : 3 things you are proud about your personality

hahahaha aiseh.
tugasan ape kah ini?
serius saya tak reti nak jawab.
susah kot since saya tak tau apa yang nak dibanggakan tentang personaliti saya.
yang saya tau, saya cuma perempuan biasa.
yang mungkin sedikit independent kot?
sikit je lah. hehe. try to be more independent.
tu je kot?
biarlah orang yang kenal saya judge saya macammane.
kalau nak digebang lebih-lebih, takut orang menyampah nak baca, kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 19 : google the meaning of your name

sebahagian daripada nama saya bermaksud batu.
haha.
kalau daripada kisah sejarah Islam, nama saya sama dengan nama isteri seorang Nabi.
batu tu secara zahirnya keras.
dan mungkin secara tersiratnya bermaksud saya memiliki jiwa yang kental kan?
haha. kental ke?
so perasan!
bubbye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

syahdu


sebelum nafas terhenti.
sebelum roh terlerai dari jasad.
(",)
InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 18 : your zodiac sign & if you think it fits your personality

ini zodiac sign saya.
but then, saya dah lama gile tak baca pasal horoskop ni ha.
sebabnya:
walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad-sumber
so kalau perihal personaliti mengikut bulan kelahiran,
saya lebih suka refer pada kajian yang telah dijalankan oleh
Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Benci pada kongkongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 17 : a picture of your room

macam bosan je nak tunjuk pic bilik.
maklumlah duduk asrama..
anda boleh bayangkan sendiri keadaan asrama macammane kan?
ok bai..

hehe.. sorry ngelat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 16 : a song that reminds you of a best friend

masa sekolah dulu kan.. saya ada satu kawan baik.
die ni memang suka layan lagu jiwang-jiwang tahap membuai jiwa.
lagi parah bila die tengah putus cinta.
habis semua lagu jiwang die layan.
pastu yang kesiannya.. kawan baik saya ni suka request kawan saya lagi sorang nyanyi.
so sambil main kad uno tu atau daun terup tu kan..
kawan saya yang jadi tukang nyanyi tu pun nyanyilah as per request.
macam radio rosak. haha. kesian tau.
saya cube tolong dengar je.
padahal dah tak sanggup dah.
takpelah. demi kawan.
saya pasrah oh.
tadah je lah telinga.
dan lagu yang menduduki carta tertinggi time tu adalah 
lagu dari tomok dengan geng die tu.

alamak.. sape eh name geng die tu?
new emm new boyz ke ape tu kan?
lagu sejarah mungkin berulang gitu.
ha eloklah.. kawan baik saya tu pun minat giler ngan subjek sejarah.
so matching la lagu ni dengan die kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 15 : a problem that you have had

ha ha ha..
biaselah student's life ni kan.
mestilah bermasalah dengan pelajaran.
sampai rasa down gile gile punye gile.
hoi bosan okeh jadi student selama lebih kurang 18 tahun.
sape nak bagi saya kerja?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 14 : your first celebrity crush

first celebrity crush eh?
oh man.. sape eh.
ini problemo betul lah.
saya kan jenis pelupa. so saya macam dah tak ingat. dan saya rasa mungkin selebriti ni kot:

ha.. kenal tak siapa ni?
his name is takuya kimura.
dulu saya jenis yang suka layan cerita jepun, chinese and korea.
mula-mula saya ternampak die kat cerita-long vacation.
dan sekarang saya dah terlupa gile macammane jalan cerita long vacation tu.
haha. forgive me.

hensem kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 13 : a picture of where you want to honeymoon

tapi kenapa 'a picture' eh?
sebab kalau part honeymoon, saya nak pergi banyak tempat.
eceeeehhh, macam banyak duit.

kalau saya sempat kumpul duit yang banyak.
dan boleh dibazirkan sampai boleh bercuti ke oversea.
i would like to go to paris.
nak pegi ukur tinggi Eiffel Tower yaw!

tapi kalau duit tu tak berapa nak ade,
kite pergi tempat yang ade air jernih macam ni:
kalau tak dapat pulau sipadan,
kat krabi pun boleh.
haha.
kan air asia selalu ade promotion.
just go for it je lah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

songket

source: google




source: qippy
paling heart dengan persalinan pengantin ini. die pakai songket kan?

so guys..
please tell me, should the bride & groom wear songket for traditional theme?
ade option lain tak selain songket eh?
atau ade tak songket yang tak panas?
haha.
please give me good advice ya.
thanks guys!!

xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 12 : something that puts a smile on your face

food. food. foooddddddsssssss~

kan ade pantun macamni:
gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut senang hati.

ape lagi yang menyenangkan hati selain makan eh?
nope nope nope.
i like to nom nom nom.
haha.


okeh.. nak pegi korek fridge sekarang. bai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 11 : the meaning behind your Tumblr name

so sorry.
saya takde Tumblr.
does it sounds kolot?
saya cume ade blog sahaja.
no facebook and whatnot.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

satu-satunya wanita

korang confirm pernah dengar lagu rihanna kan?
ala yang tajuk die 'only girl' tu.
yang video die macam eewww euuuwwww perempuan ni kenapa macam tak mampu nak beli baju eh?
haha..

dan lagu rihanna ni ade versi lelaki kan?
yang lirik die more sopan santun.
pastu macam lelaki ni sangat menghargai giler si wanita yang dicintai tu.
wah.. so sweetttt~
first time saya dengar lagu yang versi lelaki tu masa dalam kereta en. pakwe.
pastu i was like 'eh, lelaki yang nyanyi? ni lagu si rihanna tu kan?'
die pun macam takde perasaan just cakap 'a.ah'
hish.. pakwe sape lah ni? [-_-"]
nevermind. nevermind.


haha.. lirik die mencha-irkan hati.

dan ini lagi satu yang lebih kreatif:
giler ah.. die boleh buat macam-macam bunyi. fuhh!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 10 : favourite book

i don't really read books.
hahahaha.. sangat mengecewakan right?

but i do enjoy reading novel.
sangat suka. sangat sangat suka!
u campak lah novel tebal 3inci pun. eh ade ke tebal 3inci?
i am willing to concentrate gile-gile punye gile baca novel tu walau macammane keadaan sekali pun.
eh tapi dengan syarat novel tu best lah. hihi.
lapar pun lupe nak makan.
time baring pun pegang itu novel.
time tengok tv pun pegang itu novel.
haha.

ok bai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

stylish ke?!


dah lame gile tak dapat award. serius! and sis nadyazahid bagi award kat kite beberapa hari yang lalu. but then, bile dah terima award kena reveal seven things tentang saya. that's why lah lambat publish award ni. tak tau nak reveal pasal ape. bile fikir punya fikir punya fikir.. hah dapat ilham dan tujuh perkara tentang saya adalah seperti berikut:

pemalu & pendiam
ini sebenarnya dua sifat. kombinasi sifat ni masih tebal dalam diri saya. yes i am. saya pemalu eh. silalah percaya. di blog kamu mungkin ingat saya ni jenis yang easygoing, yang kecoh. but then, cube jumpe face-to-face? hahaha. pemalu yang amat ye. kadang-kadang tu ade niat nak cakap. tapi macam tak boleh nak keluar suara. pemalu macam takde hidung. ha.. macam tu lah. kalau takde sape approach, memang saya akan diam seribu bahasa. dahlah diam macam dalam mulut ade emas, pastu buat muka serius. eh tak. muke serius tu tak perlu buat kot. memang muke jenis acuan macam tu. sebab tu tak sape berani datang mengurat. haha. eh tapi bile dah kenal dan dah boleh ngam tu, memang saya cakap non-stoplah ye.

cerewet
ha.. yang ni lagi satu perangai. agak cerewet. tapi tak semua perkara saya cerewet. yang paling tak best sebab cerewet bab makan. tapi kalau sedap macam contoh laksa homemade tu kan.. fuh saya boleh makan berpinggan-pinggan. time lunch dah sah-sah lah sental laksa. tea-time pun, saya melantak laksa. dinner pun laksa jugak. supper pun laksa jugak ke? hoit hoit.. buruk lantak sangat dah tu. haha. cube bawa saya pegi makan laksa kat laksa shake? ha.. confirm saya makan tak abis.

degil
perangai ni memang menyakitkan hati. malas nak cakap. harap-harap tahun ni, kuantiti degil tu boleh dikurangkan. ammiiiinnnnnn!!!!

simple
dari segi pemakaian, saya ni jenis yang simple. ape yang saya suka saya beli. takdelah saya masuk kedai zara ke, levis ke. memang taklah. tu tempat orang banyak fulus. pastu tahap simple saya sampai saya tak reti nak tenyeh maskara, eye-liner, blusher, eye-shadow blablablabla tu semua. simple kan?

complicated
eh dah simple pastu complicated pulak? hish.. it's complicated to explain. kihkihkihkih.

blur
ini pun lagi satu perangai yang memang double triple punye troublesome. lagi payah kalau tengah buat assignment. kena ada kawan tolong explain, baru faham. lampi lampi. nak kena pegi minum susu banyak-banyak sikit kot baru cerdas sikit. haha.

tujuh
saya suka nombor tujuh. sebab.. emm sebab ntah lah. sebab selain nombor satu, nombor tujuh kan senang nak tulis. haha. boleh?

okay dah abis..

award ini dimenangi oleh [drumrollllllll***]:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pffffftttt

life is not easy..
when it is hard to get it, it will be too hard to let it go.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 9 : friends

i think all my friends are amazing persons!
especially those that really close to me.
they are willing to lend me their shoulders to cry on.
they are willing to calm me down whenever i have problem.
be patient with me again and again.
thanks guys!!!
i love u very very very very very muchhhhhhhhhhhhhhh~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 8 : opinion on my body & how comfortable you are about it

whoaaa.. kakak JLo punye body sangat mantap.
mantap sebab takde babat. ehehe.
eh tapi hari ini bukan kite nak cakap pasal body orang lain.
kite kena cakap pasal body kite.
 
frankly speaking, saya sangat selesa dengan bentuk badan saya.
walau pun sekeping macam papan.
walau pun ade tulang bonjol-bonjol.
walau pun ade urat timbul-timbul.
wah.. macam hebat ade urat timbul-timbul kan?
ha.. jangan main-main. ini tulang besi urat dawai.
mari dekat mari rapat kalau nak kena siku lipat.
eceeehhh. saya gurau je.
jangan ah nak kagum sangat. urat timbul sebab takde daging yang nak cover.
ha ha ha.
 
tapi tu semua tak penting, as long as saya sihat.
as long as takde penyakit singgah.
i am happy with my body.
sebab saya boleh makan seenaknya.
alhamdulillah.
 
tapi kan, kalau boleh saya nak naikkan berat.
penat makan dah ni.
eh, out of topic plak.
hihihi.
till then, take care guys~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Day 7 - Bullet your day

only one bullet for today:
  • I don't feel like doing anything I just wanna lay in my bed

pen off.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

what are words

chris medina.

salah satu insan yang membuat saya kagum dengan personalitinya. saya tersangat-sangat kagum sebab die setia dekat tunang die iaitu juliana ramos. tunang die tu lumpuh selepas mengalami kecederaan otak yang dahsyat akibat daripada kemalangan yang dialami dua bulan sebelum mereka berkahwin. dua bulan okeh.. dua bulan tu bersamaan 60 hari. kalau orang melayu, time tu tengah darah manis kan. walaupun tunang die dah lumpuh, kena duduk dekat wheelchair, pastu dengan muka pun dah separuh lumpuh, tapi lelaki ini tetap setia menjaga tunang die tu. walaupun sebenarnye, die boleh je blah dan kahwin dengan perempuan lain tapi die tak buat macam tu. see people, true love is still exist! tak bagus oh bercerai-berai ni. =)


anywhere you are i am near
anywhere you go i’ll be there
anytime you whisper my name you’ll see
how every single promise i keep
cuz what kind of guy would i be
if i was to leave when you need me most

what are words if you really don’t mean them when you say them
what are words if they’re only for good times then they don’t
when it’s love yeah, you say them out loud those words
they never go away
they live on even when we’re gone

and i know an angel was sent
just for me and i know i’m meant
to be where i am and i’m gonna be
standing right beside her tonight
and i’m gonna be by your side
i would never leave when she needs me most

what are words if you really don’t mean them when you say them
what are words if they’re only for good times then they don’t
when it’s love yeah, you say them out loud those words
they never go away
they live on even when we’re gone

anywhere you are i am near
anywhere you go i’ll be there
and i’m gonna be here forever more
every single promise i keep
cuz what kind of guy would i be
if i was to leave when you need me most

i’m forever keeping my angel close
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 6 : a song that makes you cry

hish.. dengar lagu pun boleh meleleh air mata?
biar betik weh.
tak cool kan?
tak rock oh.
hehe.

well uols, saya ni memang sejak dolu kala kurang nak dengar lagu tangkap lentok.
bukan tak nak dengar. tapi mengantuk. serius cakap tak minat.
kalau lagu tu tak best. confirm tido.
so macam sangat tak updated gitu.

tapi lagu ost lagenda budak setan ni saya layan.
lagu ni memang kena sangatlah dengan filem tu.
walaupun filem die tak berapa nak best. hehe.

lagu ni ade dua versi.
satu versi perempuan which is filianti vlee punye suara.
yang versi lelaki pulak dinyanyikan oleh gio.
tapi saya lagi prefer yang versi perempuan punye. sebab lagi menusuk qalbu.
sebab macam kesian sikitlah bile dengar perempuan ni nyanyi.


lagu ni pun saya layan lepas die jadi soundtrack filem lagenda budak setan tu lah.
kalau tak, confirm takde dalam winamp saya.
thehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 5 : band i am dying to see LIVE

saya mahu pergi tengok konsert mereka-mereka secara live.
eh tapi tak tau la bile ade kesempatan.
sekarang ni asyik kesempitan je.
 
W to the S to the M yaw!!

mule-mule kite tengok yang local group dulu lah.
industri hiburan Malaysia kite ni kecik aje.
kalau tak kite yang support mereka, sape lagi nak sokong weh.
eceeehh. banyak cakap pulak.

mempersembahkan:

.w.i.n.g.s.

dan

.s.e.a.r.c.h.

kalau yang international plak:
maroon 5 yaw!!
vokalis die semart oh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 2 3 pose!

saya suka kombinasi warna macam kat bawah ni:
warna purple dia sangat menyerlah kan?
wah, i loiiikkkeeee~
purple+pink+gold+champagne
eh ye ke tu warna champagne? ke cream?
hish.. abaikanlah. yang penting cantik!

ini posing america's next top model kah?
apa di atas yaw!

ini pulak posing sehati berdansa!
eh.. tapi sorang tu takde pasangan lah pulak?
ah takpe takpe tu kite kire macam pengacara rancangan.
instead of feeling romantic merpati dua sejoli, kite pose la secara berjemaah macamni.
baru meriah, kan?

punggah cepat.. terbang ke bulan sekarang!
haha.
gambar ni membuat saya tersenyum sorang-sorang tau.

close to nature.
cha-ir enough tak?

here is the photographer!
she is a wanita.
nama beliau anna-rina.
anna cakap: wedding coverage begins at RM2300 for half day packages.
ha mengerti?

skodeng lebih kat anna-rina photography
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 4 : favorite quote

ini dikire macam quote tak?
hehe.
jangan nak omputih sangatlah oshinz oit.
padahal hari-hari pekena sambal belacan dengan ikan kering.
=P

satu quote yang jadi pedoman saya adalah daripada HAMKA:
kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik.

dan satu lagi:
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

 jiwa melayu tak?
kihkihkih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 3: first love

quotation:
"one could fall in love many times during the course of a lifetime,
but the first rush of love always holds a special place in our hearts."

cinta pertama saya? hahaha. oleh kerana saya tidak dibenarkan bercinta sebelum tamatnya sesi persekolahan yang normal, normal tu maksudnye dari tadika sampai SPM, maka saya tidak berani jatuh cinta secara serius. serius sampai madly in love ke hape tu takde dalam kamus idup lah kirenye. jangan main gila. kang kantoi nahas beb! first couple pun sebab terpengaruh dengan kawan. pengaruh rakan sebaya gitu! haha. maknenye, first couple saya tu untuk ade-ade je lah. so nanti takde lah rase kolot sangat kan. eceeehh.

kawan saya pernah cakap; first couple tak semestinya first love weh!

anda setuju?
saya pun tak tau.
pada saya first love tu bila kite betul-betul jatuh cinta dengan si dia.
saya kira first love saya terjadi selepas SPM boleh tak?


definisi first love anda macammane?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 2: a time period to be born at

hari ni meh kite berangan sikit. sebab tugasan hari ni ialah untuk memilih waktu yang sesuai bila sepatutnye kite dilahirkan. kalau mesin waktu doraemon benar-benar wujud kat dunia ni, saya nak lahir sebelum semua teori, model dan strategi berkaitan bahasa inggeris dikeluarkan.

ahaha. senang cerita.

tak yah lah saye kena baca pasal adult learning theory, tak payah nak faham pasal technology acceptance model. tak payah nak kerut-kerut dahi kena ingat pasal discourse strategies tu semua. keadaan-keadaan kritikal macam tu yang selalu buat student macam saya patah semangat nak belajar. kihkihkih. baik punye alasan! not good!

dah la selalu rasa nak terkincit bile lecturer sebut nama macam-macam scholars. bluwek! tak suke perasaan macam tu. pastu selalu blur bila tak faham. nasib baik time master ni dah takde final exam. fuh!

e'eh.. tetibe rase macam dah jadi sesi luahan perasaanlah pulak. maaf tak sengaje. okeh bai!

p/s: saya tahu other courses pun susah jugak. gud luck guy~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

fikir dulu


masa kecik-kecik dulu mak tak bagi tamak-tamak.
kalau ada makanan yang banyak, mak selalu suruh share.
sebab mak kate orang tamak selalu rugi.

orang perempuan mane boleh kahwin empat walaupun cantik tahap ratu.
kena pilih salah satu.
jangan tamak sebab orang tamak rugi selalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

day 1: one confession

kalau orang tak reti main bola kite panggil die kaki bangku.
kalau orang tak reti main bowling boleh tak kite panggil die tangan meja?
hehehe.
kalau anda setuju, anda boleh panggil saya si tangan meja.
sebab saya tak reti main bowling.
saya lagi teruja nak belajar main snooker daripada bowling.
nanti bolehlah lawan dengan en. pakwe.
sape kalah kena belanje cheesecake.
ehehe.
boleh tak macamtu?
ok lah bai~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 Things in 30 Days Challenge part two

dear kawan-kawan. ehem! instead of writing about wedding stuffs and all the geli-geli madah berhelah. saya mahu buat satu challenge ni. ini bukan kes cabar mencabar yaw! ini kes sendiri semangat mahu ikut cabaran sis akiss ferrero. kim-kardashian-pomboley ni telah melancarkan 30 Things in 30 Days Challenge Part II!

Day 1 - Post one confession/secret.
Day 2 - If you could chose a time period to be born at , which one would it be and why?
Day 3 - Your First Love
Day 4 - Post your favorite quote.
Day 5 - Band you are dying to see LIVE
Day 6 - A song that makes you cry
Day 7 - Bullet your day
Day 8 - Your opinion on your body and how comfortable you are about it.
Day 9 - What you think about your friends
Day 10 - Your favourite book
Day 11 - The meaning behind your Tumblr name
Day 12 - Something that puts a smile on your face no matter what.
Day 13 - A picture of where you want to honeymoon.
Day 14 - Your first celebrity crush
Day 15 - A problem that you have had.
Day 16 - A song that reminds you of a best friend.
Day 17 - A picture of your room.
Day 18 - Your Zodiac Sign & if you think it fits your Personality
Day 19 - Google the meaning of your name.
Day 20 - 3 things you are proud about your personality
Day 21 - Talk about your piercings or tattoos, if you have any.
Day 22 - Tell your followers how you do your makeup.
Day 23 - Favorite area or room
Day 24 - The month you were happiest this year and why
Day 25 - A picture that makes you laugh
Day 26 - What’s the meanest thing anyone has ever said to you?
Day 27 - Hand write your name.
Day 28 - 10 ways to win your heart
Day 29 - Nicknames you have, and why you have them.
Day 30 - A Pic from last year and A Pic from Now ... How have you changed in the last year?

bye february dan hai mac!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...