sifat wanita

hi beautiful ladies,
kalau dalam hati sudah ada keinginan mahu berumahtangga,
mari sama-sama kita hindarkan sifat-sifat yang kurang bagus.
dan di antara sifat-sifatnya adalah seperti yang dipesan oleh Rasulullah SAW.
pesanan Rasulullah SAW untuk kaum Adam:
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
ape itu ananah, mananah, hananah, hadaqah, basaqah & syadaqah?
wanita ananah
[wanita yang banyak komen itu dan ini. apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahtangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati]

wanita mananah
[wanita yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangunkan rumahtangga. dia suka mengungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga]

wanita hananah
[menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya]

wanita hadaqah
[melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. wanita mempunyai sifat ini suka ikut nafsunya dan memeningkan kepala lelaki. dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain, suka menunjuk-nunjuk. wanita macam ni berpotensi besar menjadikan suami yang handsome bertukar jadi botak]

wanita basaqah
basaqah ada dua makna:

i.  wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. melawa bukan untuk suaminya. wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. wanita begini suka dipuji-puji. kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

ii. dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

wanita syadaqah
[banyak cakap, tidak menentu lagi bising. kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja]

-dicatat oleh Imam Al-Ghazalli. Wallahu'alam.
credit to: toro

p/s: mari kita sama-sama belajar untuk menjadi yang terbaik. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments :

shazika said...

erkk..saya wanita jenis apa yek..mmm

oshinz said...

shazika:
ehehehe.. saya pun tak tahu. nilai diri anda sendiri.