tiba-tiba teringat time lagu dewa sembilanbelas ni tengah top. tiap hari mesti layan. lagu rancak, buat penghilang ngantuk masa mengadap buku. padahal sendiri pun tahu, kalau layan lagu rancak, tak boleh fokus. mulut kumat-kamit lagaknya macam menghafal isi penting. mula-mula tu concentrate bukan main, mulut tekun menghafal ape yang patut, tapi lama-lama, mulut makin rancak mendendang-setiap ada kamu otak ku berfikir bagaimana caranya untuk berdua bersama kamu.. lalala~ haish.. sudahlah suara macam radio rosak. koir katak menyeru hujan rasenye seratus kali sedap oh.
okeh.. kite tinggalkan katak. kite tinggalkan radio rosak. sebab hari ini saya mahu share nasihat untuk orang yang tengah syok bercinta tapi belum mampu nak kahwin. ehem.. macam saya. so entri ini untuk peringatan kepada diri sendiri juga sebenarnye. =)
- jangan biarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum confirm dapat kahwin dengan 'si dia'.
- cintai si dia secara sederhana, sebab takut nanti 'si dia' yang dicintai sepenuh hati tu bukan dicipta untuk kamu.
- jika mahu bahagia seumur hidup, tahan dirimu untuk berbahagia sebelum kamu sah menjadi milik 'si dia'.
- jika kamu menyintai 'si dia', binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariatNYA.
- kebahagiaan yang sebenar-benarnya adalah selepas kamu diijabkabulkan, kebahagiaan sebelum perkahwinan itu bersifat palsu.
- jika kamu inginkan pasangan hidup yang terbaik untukmu, kamu perlu menjadi yang terbaik dahulu.
- membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar kamu tahu apa yang perlu kamu tahu.
- bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
- jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima Allah, takut Allah akan menarik kebahagiaan darimu kelak.
- jika kamu masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
aiseh.. serius dah tak ingat kat website mane jumpe benda ni.
mungkin dekat iluvislam kot. hehe.
mungkin dekat iluvislam kot. hehe.
*sambung nyanyi*
kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
hantarkan rombongan meminang dengan segera
lalala~
till then, take care guys.
kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
hantarkan rombongan meminang dengan segera
lalala~
till then, take care guys.
8 comments :
ai itu love.
like3x..
Alhamdulillah :)
semakin hebat kawanku ini sekarang! hehehe..
dear....
pesanan2 tu sgt bermakna buat i okey...
thnx for sharing :)
thanks for the share! ;D
memang anda sedang punnn!
takut nak bercinta.
Weyhh kebetulan I pun nyanyi lagu ni semalam. Macam tiba tiba nyanyi tau.. DEWIII KAU LAH HIDUPKUUUU!! AKU CINTA PADAMU SAMPAI MATI..
nur choki choki:
yeah.. mau bicara apa lagi selain cinta. ehehehe.
SyAfaWaNi ♥‿♥:
kihkihkih. ehem!!! u nganjing i la tu. macam i tak tau.
~ NANA ~:
ye ke dear? ha.. same-samela kite semat dalam kepala ye. otak i ni dah la berkarat. selalu senget. hihihi.
r3bL:
=) u are welcome! thanks singgah sini.
Fifi Rahmat:
yes yunk!! i hope u pun ye.
Encik Psychopath:
kenape takut?!!!! perempuan tak gigit oranglah dik.
Ainee Cumi:
kan.. sangat comel je lirik die. i suka muzik die yang rancak tu.
Post a Comment