rotan dan aku sinonim
memori pokok getah
zaman permainan waktu kecil
persetankan rotan halus
alah.. rotan?! ape ade hal
lainlah kalau tak dapat makan seminggu.
tangan kebal angkara kepala batu
nakal macam hantu
lelaki itu mahu aku patuh
mahu aku belajar
yang dunia ini punya undang-undang
yang berjaya, kesenangan datang melayang
yang gagal, orang tak pandang.
aku rindu
ketika aku cemburu
kamu, kamu dan kamu
punya waktu bersama ayahmu
harapanku juga begitu.
sepuluh tahun berlalu
aku tetap merindu.
T_T
5 comments :
amboi. puitis.
tak terkejar entry2. slow2 la blogging.
10 tahun sudah berlalu....
tapi kenangan sentiasa dalam ingatan....
kenangan paling manis...
sepanjang perjalanan balik dari HUKM ke johor...
hanya diri ku...jenazah abah...dan pakcik driver...terima kasih pakcik driver....
Encik Psychopath:
hihihi. kadang-kadang ter-rajin plak update blog.
elymzz:
hihihi. T.T sepuluh tahun macam semalam je kan?
rindu juge...kamu!
dafFodiLs (",):
bila boleh ketemu? T.T
Post a Comment