bride and her bridesmaid

 kate middleton's dress is quite simple right?
pengantin kat malaysia punya pakaian lagi meriah kot.
baju simple tapi dia tetap cantik manis.
sekali pandang, mesti nak pandang terus muka dia ni.
sangat manis dengan dimple die tu.
mekap dia pun cantik.
setuju?

masa mengadap wedding kate & william semalam,
saya perasan ada pelbagai jenis topi yang diperagakan.
masing-masing tak nak kalah.
ada yang cantik.
ada yang pelik.
dan yang paling annoying adalah:
saya sangat kasihan dengan dia.
kenapa dia mesti pakai topi yang annoying macam ni?
ya ampun.. sangat annoying kot.
annoying ah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nurulism.com

 klik gambar untuk lawat belog cik puan chika.

saya pembaca tegar belog beliau.
 entri ini bukan mahu promote.
sebab beliau kan blogger otai.

best oh life beliau ni.
umur 25 tahun sudah ada nur medina yang comel.
suri rumah pulak tu.
emm well.. saya sangat mudah cha-ir melihat wanita zaman moden menjadi surirumah.
menjadi surirumah even berkelulusan degree.
serius tabik spring toinktoink.
tu je nak cakap.

till then, take care guys~

p/s: semoga Allah permudahkan segala urusan hidup kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

inspirasi

saya suka berkawan dengan orang-orang yang dewasa. sebab saya akan dapat kesedaran tentang susahnya menjadi dewasa. haha. betul kan? orang dewasa kena fikir banyak benda. tapi saya jenis tak memilih kawan. senang kata, dalam dunia blog ni, saya tak memilih bulu. semua blog saya terjah. tak kira tua ke muda.

dan lately saya suka melawat blog-blog bakal pengantin. bakal pengantin sekarang dah maju okeh. sudah ada blog! daripada mereka saya dapat ilmu. macam-macam ilmu. daripada sekecil-kecil perkara macam tutorial DIY sehingga perkara yang besar-besar macam bajet perkahwinan ke atau vendor mana yang highly recommended atau kedai cincin mana yang tak patut anda terjah sebab mau untung lebih. hihihi. majoriti bride-to-be atau mantan pengantin akan provide banyak info sampai kadang-kadang saya kena copy paste info dalam microsoft word. takut terlupa di kemudian hari.

antara beberapa blog yang menjadi sumber info saya adalah:




sis yanie
*tapi kan, tetibe saya tak boleh akses blog sis yanie*

dua daripada mereka di atas adalah surirumah. dan mereka semua buat bisnes sendiri. miss x dengan theweddingheaven, sis nahwal ada FierNawal studio, sis lynda pula menguruskan Creative by Lynda, sis yanie dengan emm kalau tak silap saya thecraftportion kot.

ok bai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

rockstar

mood untuk cari idea photoshoot is ON!!
serius takde idea okeh..

puas korek sana-sini.
tapi nan ado!
haisyo..

tapi kalau kamu jenis yang kuat nyanyi.
masa bergayut pun nyanyikan lagu untuk pasangan kamu.
atau selalu terjah ke konsert artis kegemaran bersama.
atau selalu together-together berlatih vokal dalam bilik karaoke.

hah.. nah ini tema untuk kamu:

rockstar bebeh!!

tak main ah berkelah romantik bawah pokok besar lagi.
kite naik atas stage pulak.
baru gempak!!

ok bai.
saya nak pergi cari idea lain.

pic credit to: link
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

eh menang?!!!!

 sumber: [link]

ehem ehem ehem!!! pertama sekali, saya nak berterima kasih kepada kamu, kamu dan kamu sebab sudi tolong tolong komen dan klik link ke page mr ahmad fairus. kalau ada yang tolong klik setiap kali kamu singgah blog ni, terima kasih sangat-sangat. kerana dengan kerajinan kamu, kamu dan kamu itu membantu saya untuk tersenarai dalam list pemenang kepada contest yang saya join sampai akhir bulan tiga tempoh hari. kepada yang terlupa contest ape tu sila click link ini. thanks a lot guys~ =) alhamdulillah.

kepada mr ahmad fairus.. terima kasih yang tak terhingga sebab pilih saya sebagai pemenang. walaupun saya ni tak berapa nak ade ciri-ciri bakal pengantin atau ciri-ciri bloggers famous. thankssssss sangatttttt!!! hehehe. 

tahu benda ni pun sebab tengok kat blog sis kina. kalau tak memang tak tahulah sebab senarai yang berkaitan wedding macam photographers, fashion designers tu semua saya dah pindahkan ke love links. sebelum ni pun sis yuyuyang yang ucap tahniah sebab menang. tapi tahu je la yang saya ni jenis blur amat sangat. so pada awalnya saya bajet maybe sis yuyuyang salah komen kot. sambil dalam hati cakap: mane ade saya menang? mane ade saya menang? saya cume join contest je, tapi saya bukan pemenanglah. haha. pastu terus ignore komen tu. sengal betullah saya ni. dasar minah blur. hish.

adakah ini petanda rezeki nak kahwin ke?

atau petunjuk Allah supaya en. pakwe kena kahwin dengan saya cepat-cepat?

atau.. emm atau ape eh?

hahaha.

apekah?! geli tak? geli tak?

okeh fine. only GOD knows what is best for us.

tapi saya kena bagi idea yang unik untuk photoshoot tu nanti. idea yang belum ada kat malaysia. emmmpphhh?! guys, please give me a brilliant and feasible idea ya. plissss! thanks ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cantiknya lelaki dan gagahnya wanita

i just want to share this info with u guys~
kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.

lelaki yang cantik adalah lelaki:
-yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan.
-yang sedia menerima segala teguran.
-yang memberi madu, setelah menerima racun.
-yang tenang dan lapang dada.
-yang baik sangka.
-yang tak pernah putus asa.

kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati,
seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi,
adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan
tetapi pada kekuatan perasaan.

perempuan yang gagah adalah:
-yang tahan menerima sebuah kehilangan.
-yang tidak takut pada kemiskinan.
-yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
-yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan,
adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
sumber : [link]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sebelum penat


berterima kasihlah
kepada kesayangan kamu
sebelum dia penat
dan berlalu pergi meninggalkan kamu

cinta bukan untuk kira-kira
siapa buat lebih
siapa buat kurang
siapa bijak
siapa bengap

bukan setakat meminta itu dan ini
bukan setakat menghalang itu dan ini
 bukan setakat lelaki mengarah
dan perempuan menurut

perempuan juga punya suara
lemparkan ego kamu
dengarkanlah rintihannya
kerana kesayangan kamu itu juga manusia
bukan mesin penjaga rasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

thanks

thanks for cheering me up beb!
walau pun dah macam orang gila yang kuat dan tabah dan bersemangat.
jadikan tangan lenguh dan kaki kejang sebagai kenangan.
eccehhhh ayat tak boleh blah.

hugs kamu erat-erat.
nah.. dua puluh dozen thanks buat kamu my dear friend!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

if u ever come back: the script

If you're standing with your suitcase
But you can't step on the train
Everything's the way that you left it I still haven't slept yet

And if you're covering your face now
But you just can't hide the pain
Still setting two plates on the counter but eating without ya

If the truth is you're a liar
When you say that you're okay
I'm sleeping on your side of the bed going out of my head now

And if you're out there trying to move on
But something pulls you back again
I'm sitting here trying to persuade you like you're in the same room

And I wish you could give me the cold shoulder
And I wish you could still give me a hard time
And I wish I could still wish it was over
But even if wishing is a waste of time
Even if I never cross your mind

I'll leave the door on the latch
If you ever come back, if you ever come back
There'll be a light in the hall and a key under the mat
If you ever come back
There'll be a smile on my face and the kettle on
And it will be just like you were never gone
There'll be a light in the hall and a key under the mat
If you ever come back, if you ever come back now
Oh if you ever come back, if you ever come back

Now they say I'm wasting my time
Cause you're never coming home
But they used to say the world was flat but how wrong was that now

And by leaving my door open
I'm risking everything I own
There's nothing I can lose in the break in that you haven't taken

And I wish you could give me the cold shoulder
And I wish you could still give me a hard time
And I wish I could still wish it was over
But even if wishing is a waste of time
Even if I never cross your mind

I'll leave the door on the latch
If you ever come back, if you ever come back
There'll be a light in the hall and a key under the mat
If you ever come back
There'll be a smile on my face and the kettle on
And it will be just like you were never gone
There'll be a light in the hall and a key under the mat
If you ever come back, if you ever come back now
Oh if you ever come back, if you ever come back

If it's the fighting you remember or the little things you miss
I know you're out there somewhere, so just remember this
If it's the fighting you remember or the little things you miss
Oh just remember this, oh just remember this

I'll leave the door on the latch
If you ever come back, if you ever come back
There'll be a light in the hall and a key under the mat
If you ever come back
There'll be a smile on my face and the kettle on
And it will be just like you were never gone
There'll be a light in the hall and a key under the mat
If you ever come back, if you ever come back now
Oh if you ever come back, if you ever come back now

And it will be just like you were never gone
And it will be just like you were never gone
And it will be just like you were never gone
If you ever come back, if you ever come back now
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

off

Rasulullah bersabda: "Jangan sekali-kali seseorang kamu bercita-cita hendakkan mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah dia memohon dengan berkata: 'Ya Tuhanku, hidupkan aku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)-sumber

wish i am strong enough to face this circumstance

p/s: away for some time.
will be back soon.
take care guys.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

hati kosong

 
 menyesal untuk berjuta tahun pun tak guna.

benci!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

aku sedang ingin bercinta

tiba-tiba teringat time lagu dewa sembilanbelas ni tengah top. tiap hari mesti layan. lagu rancak, buat penghilang ngantuk masa mengadap buku. padahal sendiri pun tahu, kalau layan lagu rancak, tak boleh fokus. mulut kumat-kamit lagaknya macam menghafal isi penting. mula-mula tu concentrate bukan main, mulut tekun menghafal ape yang patut, tapi lama-lama, mulut makin rancak mendendang-setiap ada kamu otak ku berfikir bagaimana caranya untuk berdua bersama kamu.. lalala~ haish.. sudahlah suara macam radio rosak. koir katak menyeru hujan rasenye seratus kali sedap oh.

okeh.. kite tinggalkan katak. kite tinggalkan radio rosak. sebab hari ini saya mahu share nasihat untuk orang yang tengah syok bercinta tapi belum mampu nak kahwin. ehem.. macam saya. so entri ini untuk peringatan kepada diri sendiri juga sebenarnye. =)
  • jangan biarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum confirm dapat kahwin dengan 'si dia'.
  • cintai si dia secara sederhana, sebab takut nanti 'si dia' yang dicintai sepenuh hati tu bukan dicipta untuk kamu.
  • jika mahu bahagia seumur hidup, tahan dirimu untuk berbahagia sebelum kamu sah menjadi milik 'si dia'.
  • jika kamu menyintai 'si dia', binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariatNYA.
  • kebahagiaan yang sebenar-benarnya adalah selepas kamu diijabkabulkan, kebahagiaan sebelum perkahwinan itu bersifat palsu.
  • jika kamu inginkan pasangan hidup yang terbaik untukmu, kamu perlu menjadi yang terbaik dahulu.
  • membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar kamu tahu apa yang perlu kamu tahu.
  • bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
  • jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima Allah, takut Allah akan menarik kebahagiaan darimu kelak.
  • jika kamu masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
    aiseh.. serius dah tak ingat kat website mane jumpe benda ni.
    mungkin dekat iluvislam kot. hehe.

    *sambung nyanyi*
    kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
    kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
    hantarkan rombongan meminang dengan segera
    lalala~

    till then, take care guys.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    cakessssssssss!!!!!

    haha. over gitu.

    tolonglah.. saya dah separuh nak pengsan tengok cakes kat bawah ni:
    tak mampu nak pakai beg LV, dapat cake LV pun jadilah. haha. gediks oh.

    Chanel? sayang nak makan oh. comel!!

    kek untuk hari raya pun ada. yang ni mesti makan sebab die kek lapis tipis-tipis tu.

    cute!!! rasa macam nak simpan dalam almari kaca.

    moden kan? no need flower-flower lagi dah. too common.

    macaroon sangat in kan sekarang?

    suka bunga kecik-kecik yang melekat kat sekeliling kek tu. jatuh hati.

    selalu tengok kek macam ni wujud kat negara omputih.
    gigit jari.
    hihihihihihihi.
    tapi sekarang ade rakyat malaysia yang produce cake macam ni.
     nama dia su-yin. boleh panggil die su.
    die tokei kedai kek namanya:
    .d.e.t.e.c.t.a.b.l.e.

    mungkin kamu dah tahu dan saya yang ketinggalan.
    muda lagi dah ade kedai kek lepas tu jadi tokei lepas tu buat kek comel.
    bahagianya hidup! haha.
    she inspired me.
    sebab ape?
    sebab mula-mula kelulusan die takde kena mengena dengan dunia makanan pun.
    lepas tu dia ikut kata hati dan minat die terhadap Art of Cake Decorating.
    fuh.. saya mahu bagi tabik spring!!

    bakal brides area kL sila terjah kedai dia.

    pic credit to: su-yin's blog
    more details: delectable

    p/s: kalau minat, ape pun boleh jadi. do what u love guys!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    lelap


    ciptakan aku satu puisi
    agar aku bisa lena malam ini

    pic credit to: weheartit
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    confident

    sabtu dan ahad lepas takde aktiviti.

    hari ahad pun, pukul 10lebih baru tahu ade Anugerah Bintang Popular. tu pun sebab roomate baru balik cafe dan bagitahu. kalau tak, sumpah saya tak tahu. haha. kasihan ini budak. tapi bila roomate tanye agak-agak sape orang hebat boleh menang ABP tahun ni, saya confident je jawab: "shaheizy sam, confirm punye!" haha. lepas tu roomate gigih dengar kat radio handset. saya? saya tengah gigih apply kerja kat internet. hilang nafsu nak berhibur.

    mula-mula saya kenal shaheizy sam ni time die berlakon cerita "Pa'e". serious kesian tengok die punye hidup. susah. lepas tu.. emm lepas tu ape ntah. terlupe. cume ingat cerita ni buat saya meleleh air mata. dasar perempuan cengeng. hihi. lepas berlakon drama ni shaheizy terus senyap je kan?

    lately, die buat comeback. berlakon filem. ha amik ko. sekali buat comeback, berderet kot filem-filem yang ade muka die. kalau tak dulu, mase terserempak dengan shaheizy sam kat KLCC, susah oh mau explain dekat en. pakwe. bila cakap kat die, shaheizy tu adik zizie ezzette, die tanye kite balik yang mane satu zizie tu. haha. kan susah nak explain tu. nasib baik sekarang die dah kenal siapa shaheizy sam. so senang sikitlah nak bergosip. ahaha. apekah?! ajak pakwe sendiri bergosip. biol kan. tapi nak bergosip apelah sangat pasal shaheizy sam ni. die bukan artis kontroversi der!

    tak sabar okeh nak tengok movie ni.
    ingatkan keluar mac.
    sekali tu mei.
    kenape perap cerita ni lame sangat?! 

    suka part lagu nirmala.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    kalau cinta

    buang ego
    kutiplah tanggungjawab

    buang khianat
    kutiplah setia

    buang curiga
    kutiplah percaya

    buang benci
    kutiplah sayang

    buang bengis
    kutiplah kelembutan

    buang magika
    kutiplah realiti

    buang kepentingan diri
    kutiplah perkongsian bersama

    :: peace ::
    i am still learning how to be loved

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    haha

    super duper love this dress!!
    less is more

    sila spot bahagian yang flowy itteeww!!

    .s.i.m.p.l.i.c.i.t.y.
    cantik hokeh!

    p/s: kahwin lambat lagi. tapi kite berangan dululah.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    rindu

    rotan dan aku sinonim
    memori pokok getah
    zaman permainan waktu kecil
    persetankan rotan halus
    alah.. rotan?! ape ade hal
    lainlah kalau tak dapat makan seminggu.

    tangan kebal angkara kepala batu
    nakal macam hantu
    lelaki itu mahu aku patuh
    mahu aku belajar
    yang dunia ini punya undang-undang
    yang berjaya, kesenangan datang melayang
    yang gagal, orang tak pandang.

    aku rindu
    ketika aku cemburu
    kamu, kamu dan kamu
    punya waktu bersama ayahmu
    harapanku juga begitu.
     
    sepuluh tahun berlalu
    aku tetap merindu.
     
    T_T
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    bertukar lutsinar

    ehem.. awak perasan tak? *senyum* emm.. perasan tak kite dah tukar kite punye kepala. ihiks.. bukan kepala kite lah. tapi kepala blog. *senyum lebar* yelah yelah.. yang ni pun tak cantik. hehe. tau dah. tau dah. tak yah cakap.

    ni header lama.
    ada kasut merah comel dan carpet hijau.

    kite tukar kepada yang baru.

    header lutsinar yaw!!
    simple and matured.
    kahkahkah.
    okehlah. okehlah. simple je. tak matured pun.
    haha.
    ok bai!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    dalam sedar

    jangan pernah menyerah
    jalani dan panjatkan
    kelak syukur kau ucapkan
    pada diriNya

    kumohonkan
    mudahkan hidupnya
    hiasi dengan belaimu
    sucikan tangan-tangan yang memegang erat harta
    terangi harinya dengan lembut mentariMu
    buka genggaman yang telah menjadi hak mereka
    -so7-
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    muhasabah diri

    saya ada satu soalan. yang mungkin sedikit peribadi. yang mungkin tidak mahu dikongsi bersama. tidak mahu kongsi takpe. i am okay with it. soalan yang satu ini mungkin membuat kamu mengingati kembali zaman muda remaja, sewaktu kamu belum berjumpa kekasih hati sehidup semati. ataupun mungkin kepada yang masih mencari cinta. satu soalan mudah buat kamu: apa ciri-ciri yang telah kamu tetapkan untuk membuatkan kamu jatuh cinta pada si dia?

    mungkin stok berkulit-putih-gebu atau hitam-manis-pandang-tak-jemu.
    mungkin stok hensem-badan-tinggi-lampai atau kecil-molek-muke-comel.
    ha mane satu pilihan hati?


    kadang-kadang, ade juga kawan perempuan saya yang beri jawapan cliche macam ni:
    cukuplah yang sedap mata memandang, baik budi pekerti.
    aku bukannye cantik nak demand lebih-lebih.

    ah.. tu jawapan dekat mulut. dalam hati takde siapa yang tahu. mungkin dalam hati mahu lelaki yang boleh menjadi imam ketika solat. atau mungkin lelaki yang boleh membimbing kita menjadi lebih baik. namun, ciri-ciri itu cuma tersemat dalam hati. tak terucap dek mulut kerana sedar diri juga tidur lewat pagi dan terlajak waktu subuh. terleka dengan internet sampai terlepas solat maghrib. oleh itu, kepada yang masih mencari cinta, dengan rasa senang hati, saya mahu share satu petikan ini:
    didalam hadis Nabi berpesan, pilihlah pasangan dari segi rupa, pangkat, harta dan agama, akan tetapi pilihlah agama dan kamu tidak akan rugi (Sahih Bukhari). rupa, pangkat dan harta adalah ciri-ciri fizikal duniawi yg boleh dilihat dan dinikmati akan tetapi keimanan adalah sesuatu yg terlindung. kita boleh nampak si dia itu kelihatan baik tetapi bagaimana pula dgn isi hatinya? tanamkan niat memilih agama sebagai pilihan utama dan berbahagialah dunia dan akhirat.-sumber
    dan kepada yang dalam bunga-bunga cinta tu. mungkin pesanan di bawah lebih sesuai untuk kamu:
    layakkah kita bersama insan yg baik dan jujur jika kita sendiri tidak? sebelum menyenaraikan ciri-ciri pasangan yg ingin dimiliki, senaraikan juga sifat-sifat diri sendiri, berusaha mengubahnya agar menyamai ciri-ciri pasangan yang diinginkan dan ini lebih memberi jaminan untuk kekal bahagia.-sumber
    pendek kata, dalam percintaan kena banyak toleransi. dan jangan selalu main ngelat. haha. maksudnya, kalau kamu mahu si dia setia, kamu pun kena beri kerjasama, iaitu sama-sama setia. bukannye si dia setia tapi kamu main kayu tiga belakang dia. hoi hoi.. sape ajar ni? tak bolehlah macam tu. kan tak adil namenye. sangat tidak adil!! saya  tak suka orang yang macam tu. ingat kau dah bagus sangat ke ha? eh.. tetibe emosi pulak. sebelum emosi ni terlebih-lebih.. baik saya tamatkan entri ini dulu. till then, take care guys~

    p/s: lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.. itu janji Allah.

    photos credit to: mukhriz latif & udey ismail
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    unique centerpiece

    kalau pergi majlis kahwin, bunga mesti bersepah-sepah. almost everywhere kan? toleh kiri, bunga. toleh kanan, bunga. tengok depan, bunga. pusing belakang pun, bunga. bunga, bunga dan bunga. paling best bila dapat decorate keseluruhan majlis tu dengan fresh flower. dari pelamin sampai ke meja makan. best okeh. nampak macam ape eh.. macam emm close to nature kot? hahaha. okeh. main hentam saja. kalau nak pakai bunga artificial pun, bukan ade orang kesah, kan? pada saya, tak kisahlah nak guna bahan yang macammane pun as wedding centerpiece, kalau kena gaya, idea anda akan menjadi inspirasi kepada tetamu yang datang.

    dan kalau mahu tampilkan kelainan,
    ape kate jadikan ikan sebagai salah satu bahan centerpiece kamu.
    comel kan?

    yeay.. ikan pelaga. merah mantop!

    ha.. takde lilin pun still cantik.

    lepas majlis, boleh kumpul semua ikan, dan bela. 
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    sifat wanita

    hi beautiful ladies,
    kalau dalam hati sudah ada keinginan mahu berumahtangga,
    mari sama-sama kita hindarkan sifat-sifat yang kurang bagus.
    dan di antara sifat-sifatnya adalah seperti yang dipesan oleh Rasulullah SAW.
    pesanan Rasulullah SAW untuk kaum Adam:
    "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
    ape itu ananah, mananah, hananah, hadaqah, basaqah & syadaqah?
    wanita ananah
    [wanita yang banyak komen itu dan ini. apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahtangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati]

    wanita mananah
    [wanita yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangunkan rumahtangga. dia suka mengungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga]

    wanita hananah
    [menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya]

    wanita hadaqah
    [melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. wanita mempunyai sifat ini suka ikut nafsunya dan memeningkan kepala lelaki. dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain, suka menunjuk-nunjuk. wanita macam ni berpotensi besar menjadikan suami yang handsome bertukar jadi botak]

    wanita basaqah
    basaqah ada dua makna:

    i.  wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. melawa bukan untuk suaminya. wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. wanita begini suka dipuji-puji. kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

    ii. dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

    wanita syadaqah
    [banyak cakap, tidak menentu lagi bising. kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja]

    -dicatat oleh Imam Al-Ghazalli. Wallahu'alam.
    credit to: toro

    p/s: mari kita sama-sama belajar untuk menjadi yang terbaik. =)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...