kerja GRA pun merana juga..

hello guys~
ehem ehem.. sorry la ye terlupe nak sambung ape yang tak best jadi GRA ni. sebelum ni oshinz dah cerita pasal faedah. panjang lebar i describe ape faedahnye. tak tau la larat ke tak korang nak bace. konon-konon pas dah story pasal kebaikan terus nak cerita pasal keburukan. tu yang berkobar-kobar letak title 'pro & cons jadi GRA'. hehe. tapi time tu mata dah layu. idea pun semput je nak datang. dah tak boleh tahan nak tido. at last, i decide nak sambung kat next entry. tapi hari ni baru tunaikan janji. sorry again.

*kali ni ulasan sepantas kilat ye.

mari kita lihat ape yang tak best bila dah kerja sebagai GRA:
  1. tak dapat balik umah selalu. ini paling merana bila rindu masakan mak yang sedap tu. terpaksa juga la telan ape jua makanan yang ade depan mata. T_T jangan mimpi lah nak lepak cuti kat umah lama-lama. paling lama pun boleh cuti empat hari je. kalo lecturer tu baik hati, bleh la die bagi cuti seminggu. tapi naik cuti tu, mengadapla kerja yang menimbun-nimbun. hamik ko.. stress okeh!
  2. insiden sesak nafas akan sentiasa berlaku. hihihi. bukan sakit betul-betulla. maksudnye tak cukup masa nak buat assignment. cuak gila la weh bila due date untuk submit assignment tu dah dekat dan time tu bebanan kerja juga banyak. balik kerja dah penat. otak penat dan nak rehat. bila rehat pulak tak hengat. last-last assignment pun akan buat last minit. dan kesudahannya, buatpun lebih kurang je. asal siap. ehehe.. sangat tak bagus untuk orang yang jenis idea mencurah-curah bile tinggal lagi sehari dua submit assignment. memang parah!
  3. penat dan terlebih-lebih stress. stress la bila bos tu tau mengarah-"awak buat ini dulu, pastu awak buat yang ini plak, pastu ni dan ni dan ni. pastu ni juga." ha.. berderet punya arahan. pastu nak hari ni plak tu. pergh.. memang stress! walaupun kerja macam ni tak perlu nak kerah keringat macam kena cangkul tanah ke, cabut rumput ke.. dan tak perlu pun nak menadah muka bawah matahari. tapi penat juga sebab otak penat fikir pasal kerja.. huh.. sungguh tak best!
  4. terpaksa buat benda yang kite tak suka. contoh: pergi meeting, buat minit & buat report. paling parah bila kite plak yang kena tolong GRA lain settlekan kerja dia, walhal die tak pernah pun dapat arahan untuk tolong kite handle projek yang kite kena jaga. faham ke ni? tak faham takpe sebab tak semua lecturer ade banyak projek. sebab selalunya, setiap projek akan ada 1 GRA yang akan jaga. so, better mohon la kerja kat lecturer yang tak brape nak banyak projek. at least selamat. takdela insiden hari ni kena tolong si A & lusa kena tolong si B.. bukan nak berkira.. tapi bos fikir la sendri!
cukup la kot setakat ni je. actually, takde la buruk sangat kerja GRA ni. cuma kalo tak biasa tu.. susah sikit la. hope info ni dapat membantu sape-sape yang fikir nak kerja dalam universiti sambil study. yang ini part last. promise!! takde sambungan lagi dah ye. bubbye~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments :

Raihanna said...

hurmmm...
banyak juga nye cabarannya...

oshinz said...

Raihanna:
memang sangat tercabar okeh. kena sabar banyak-banyak. kalo tak confirm jadi hulk da.