pros & cons jadi G.R.A.

ini entri sambungan. 
haa.. jangan nak buat muka terpinga-pinga pulak. 
sape yang tak tau ape tu GRA. 
sila amik tahu dulu dengan bace entri ini.

tanpa membuang masa, anda boleh mulakan pembacaan sekarang.

kebaikan menjadi GRA:
  1. of course la akan dapat duit poket. ini adalah alasan yang paling kukuh kenapa sebenarnye anda mau bekerja sambil belajar. malu-malu pulak nak ngaku. sambil belajar boleh kumpul duit. bolehla hulur sikit-sikit pada parents kat kampung tu. selebihnye boleh shopping untuk diri sendri dan buat simpanan untuk kawin. sape yang tak nak kawen kan?
  2. merasa la jugak lunch kat hotel. emm.. selalunye akan dapat makan sedap-sedap bile lecturer tu kena attend workshop ke.. seminar ke.. conference ke. kalo lecturer tu ketua projek, so anda sebagai GRA akan dapatla merasa tido otel.. otel 4stars ke. 5stars ke. depends pade lecturer la. tapi yang penting dapat makan percuma. haha. tu yang penting! *eh.. macam dah lari topik je ni. ade gak yang berpeluang untuk pergi oversea. tu pun atas dasar kerja la.
  3. boleh dapat experience macam-macam.. serius weh. time ni la nak kutip ilmu. ade ilmu bagus dan ilmu tak bagus. contoh ilmu tak bagus: taktik-taktik untuk mengelakkan diri daripada attend meeting yang sepatutnye bukan anda yang kena attend meeting tu. haha. camne eh? biarlah rahsia. kehkehkeh. okeh, bab ilmu tak brape nak sihat tu kite abaikan.. mari oshinz perincikan lagi ape experience yang akan anda dapat nanti. ini berdasarkan experience je okeh?
  • dapat pengalaman buat kerja lapangan sebab anda berpotensi untuk dikerah masuk kampung, pastu maniskan muka untuk kutip data dalam bentuk interview. pastu kena pergi kampung tu dua tiga kali untuk interview respondent yang same sebab kena observe mereka tu. tak pun kena lembutkan lidah untuk minta orang jawab questionnaire. time ni please ketepikan sifat malu anda. nampak mangse.. tros terjah. tak perlu cover cover lagi dah. asal dapat capai target data yang perlu dikutip tu dah kire selamatla. tak perlu nak pikir alasan ape nak bagi kat bos.
  • tau serba sedikit nak kendalikan SPSS. SPSS ni dalam bahase omputihnye ialah-Statistical Package for the Social Sciences. SPSS merupakan computer application yang sediakan analisis data secara statistik. haha.. macamtu la lebih kurang. fungsinye macam excel. anda key in data. pastu buatla ape yang patut sampai dapat graf. nak tau lebih lanjut sila lah google.

    -ni contoh SPSS ye-

  • dapat peluang jadi trainer. itu pun kalo lecturer tu ade buat penyelidikan berkaitan dengan training. kalo takde tu tak dapatla. dan anda sangat bernasib baik kalo lecturer tu sanggop bayar untuk anda pergi kursus untuk menjadi trainer. so dapatla certificate dan anda boleh guna certificate tu seumur hidup. alhamdulillah~ nilai tambah untuk resume anda nanti. mane tau senang nak dapat kerja bile grad.
  • tau serba sedikit cara-cara menulis report. report yang berjela-jela ye.. kepada sesiapa yang tak suke menulis tu tak yah gatal-gatal nak jadi G.R.A. tapi ini bergantung kepada budi bicara lecturer tersebut.
  • dapat pengalaman camne nak handle meeting. maksudnye, G.R.A. yang kena prepare benda-benda untuk meeting termasuk makanan, tempat meeting, bahan yang perlu digunakan untuk meeting, schedule meeting dan lain-lain benda yang berkaitan. after meeting pulak-kena tau camne nak settlekan pembayaran ape yang patut.
  • tau camne nak book tiket flight untuk bos sebab kadang-kadang bos sangat busy dan kite la yang kena buat benda tu. tapi jangan risau. ni kacang punye hal.
  • tau camne nak book bilik otel. tak kisahlah untuk penginapan lecturer atau pun meeting room. tapi ni pun kacang juga. mane tau nanti boleh demonstrate steps ni time temuduga ke. haha. okeh tipu. 
  • kalo tak bernasib baik, anda juga akan dapat ilmu camne nak tulis macam-macam surat. surat jemputan la, surat bayaran saguhati la, surat claim la. pastu tiba-tiba plak kena sediakan minit mesyuarat. hamik ko. tercungap kat situ.
  • dapat experience buat perincian kewangan. ni kena buat bile lecturer tu minta duit pendahuluan daripada duit projek. so die akan guna dulu duit tu untuk melancarkan proses pengutipan data. then, G.R.A yang kena perincikan berapa perbelanjaan tersebut. contoh: xerox questionnaire-brape ringgit. bayar enumerator-brape ringgit. macamtu la lebih kurang. experience ni yang pening-pening lalat sikit.  
alamak korang.. dah tiba masa untuk tido la. sok je oshinz cerita pasal negative side okeh? mata sudah ngantuk maa. sok pagi ade klas. till then. ZZzzzZzZZ [to be continued..]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments :

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

ohhh tidak...perincian susah ma..nak2 berpuloh2 ribu riban punya duwet..memang juling otak+mata..hoho..tp memang banyak jugak la pengalaman yang dapat dikutip..oihh..kawen xtinggal eh!haha..
neway alhamdulillah kan oshinz..banyak yang telah kita pelajari:)

oshinz said...

syafawani:
hahaha.. memang dapat pengalaman. tapi seksa nak ngadap. haisyo!