Kau nampak tidak anak itu sedang hampir-hampir terbunuh?
Iya, dia itu yang sedang menangis di tepi tangga batu,
Iya, dia itu yang sedang sendirian tersedu-sedu.
Dia tu sangat-sangat kasihan..
Di dunia ini dia rasakan;
“Aduh, aku sangat sendirian”
Tidak ada sahabat, tidak ada kawan,
Kerana baginya dia langsung tidak reti berteman.
Wahai bintang,
Aku ada bicara,
Mahukah kau dengarkan andainya aku mau untuk bersuara?
Janganlah jatuh dulu,
Nanti-nantilah dulu,
Ada pesan aku mau kirimkan lewat suara kamu.
Anak itu tidak tahu bagaimana untuk bangkit dan ketawa..
Kerana apa yang dilihatnya lucu tidak pula di mata mereka..
Dia percaya pada kisah pari-pari dan kayangan..
Dia sanggup percaya setiap perkara itu adanya kemungkinan.
Maka mana mungkin ada yang mahu mengerti..
Hatinya terlalu murni pastilah ramai yang akan benci..
Dia dihina kerana percaya akan sesuatu yang bernama cinta..
Dia diolok-olok,
Dia dibobrok-bobrok,
Dia dimain-main kerana cinta.
Lalu bintang jatuh,
Pergikan padanya dengan halus dan hati-hati,
Kisahkan ceritaku ini agar dia mengerti,
Yang sebenarnya bukan dia yang pelik dan songsang,
Cuma dunia yang bodoh kerana sudah berhenti memandang.
Bintang jatuh, perlahanlah!
Jangan sampai kau mencecah.
Bintang jatuh, kisahkanlah!
Ke matanya yang membasah.
Katakan padanya semua itu memang biasa,
Ceritakan juga tentang bundanya,
Juga suara ayahandanya yang dulu pernah diludah-ludah,
Mereka dibaling batu, dikeji-keji, dimarah-marah.
Hembuskan ke dalam hati anak itu yang sudah mula dingin..
Siulkan petik gitar ayahnya lewat suara angin..
Dan nyanyikan suara bundanya ini lewat guruh..
Bilang padanya;
“Teruskan yakin kamu anak, biarkan bergaduh!"
Kerana kalau difikirkan orang,
Sampai bila?
Kalau difikirkan hati orang,
Cis! Takkan kemana..
Sesungguhnya manusia itu bagaikan serigala,
Sekali kau suapkan jiwa kamu,
Sampai bila-bila mau selama-lamanya.
Bintang jatuh, perlahanlah!
Jangan sampai kau mencecah..
Bintang jatuh, kisahkanlah!
Ke matanya yang membasah..
-fynn jamal-
puisi ni best kan?
boleh sentap woo..
boleh sentap woo..
10 comments :
xpntg jatuh bape kali
yg pntg stiap kali jatuh
kene bngun
fynn jamal tu sape?oshinz ke?
mana ko curi?
hehehehe....
joegrimjow:
yeap.. kalo jatuh bangunla sendri kan?
helena's:
fynn jamal is not me. instead, she's somebody. hehehe..
ely:
kat bus stop seblah bengkel moto seberang parit depan umah. haa.. cari sampai jumpe tao. =P
kat bus stop sebelah bengkel motor seberang parit depan rumah kak ros ke...itu rumah pakcik pakwe ko lah...hahahahaa...
betul tak?
ely:
e'eh.. p cari kat seberang parit umah orang watpe? cari depan parit umah sendrila.. dush dush dush!!
ko ni dah nyanyuk ke nyonya...
dekat dekat rumah kita mana ada bengkel motor...huhuhuuu...
ely:
=P bakal didirikan..
hahahaha...
aku tahu ko tauke nya kan....
tauke sooh...
hahahahaha....
ely:
hahaha.. tau takpe.
nak join venture ke?
malas ah mao lyn k ely ni.
Post a Comment