Nilai Hantaran Kahwin VS Maruah Seorang Perempuan
Aku tengok kat status fesbuk skang ni merata orang letak nilai hantaran kahwin terkini. Kononnya. Aku bukannya nak menentang ke ape. Cuma aku kurang bersetuju. Sebab benda-benda macam ni sbnanye hanya akan menambah masalah yang sedia ada. Apa masalah yang sedia ada? Masalah maksiat sudah tentulah, takyah cakap pon sume dah tahu. Masalah andartu dan buter (bujang terlajak) pon akan meningkat. Kadar perceraian dan poligami pon akan turut sama mencanak naik.
Eh, cakap pasal poligami, aku bukanlah tak setuju tapi harus kena pada cara dan kemampuan jugak. Hari tu aku ada jumpa sorang mamat ni, nak dijadikan cerita, aku borak la dengan dia. Dia terus terang je gtau yang dia dah ada dua anak, isteri je baru sorang. Dan biasalah, orang lelaki... Kalau bab-bab kawen lebih daripada satu ni memang cepat je keluar hukum tu hukum ni. Ikut sunah la, ikut hukum agama la, dan sebagainya. Memang fasih je dorang akan keluarkan segala macam fakta kan. Bak kata orang lelaki; "Kalau nak kawen dua ni, kawen je dulu. Sebab lagi senang nak mintak maaf daripada mintak kebenaran". Memang otak geliga kan bila masuk bab nak memadukan bini.
Ok, back to the main point. Penah tak korang dengar yang orang kate nilai hantaran kawen ni sbnanye menjadi indikator kepada maruah dan nilai seorang perempuan tu? Korang setuju ke? Dulu-dulu, dulu-dulu la kan, aku pon penah rase macam tu. Rase macam kalau laki tu bagi hantaran sikit je, ape kelas kan? Kita perempuan-perempuan masa kini, zaman millennium, zaman pijak menara gading gajah, mane main kalau setakat dua tiga ribu macam zaman mak-mak kita dulu. Sekarang paling koman pon kalau takde doploh ribu, boleh jalan la.
Tapi bila aku dah dapat akal sikit untuk digunapakai, aku rase mende-mende ni sume ngarot je. Serius. Sape yang tetapkan nilai hantaran kawen ni aku nak tanya korang? Sape? Ada ke Allah nyatakan dalam Al-Quran nilai hantaran kawen seorang perempuan hendaklah berdasarkan tahap pelajarannya? Ada ke? Kalau memang ada, bak datang tunjuk kat aku. Tapi setakat yang aku tahu, takde. Yang memandai letak nilai haram j sume ni, kita sendiri. Manusia ni kan memang suka kesusahan dan menyusahkan. Itulah namanya manusia.
Kekadang aku kesian tengok pasangan muda mudi skang ni yang kalau nak kawen tu, aralnya adalah nilai hantaran yang melampau-lampau. Kita ni kalau nak kawen, aku nak tanya korang la kan, nak bahagia sehari ke nak bahagia sepanjang hayat? Ape guna buat majlis meriah bagai nak gila, pastu korang pulak yang take turn jadi gila? Baiklah korang buat secara bersederhana tapi mengharapkan keredhaan dan keberkatan, lagi bagus. Tapi bukan bermakna takyah kumpul duet langsung. Kena kumpul. Tapi bukan untuk dihabiskan untuk majlis perkahwinan tapi sebagai simpanan masa hadapan selepas berumahtangga. Cewah, aku tules pampung pampung macam dah ada pengalaman kan. KAHKAHKAH!
Sbnanye, aku harap sangat ramai mak-mak (termasuk mak aku. HAHA) akan baca entri ni. Sebab kadang-kadang anak-anak tak kesah pon tak tinggi sangat nilai hantaran tu, tapi aku tengok orang tua pulak yang galak letak tinggi-tinggi nilainya. Jual anak ke hape? Buatlah ikut kemampuan kita. Buat apa nak menyusahkan diri dan ornag lain. Dah elok-elok boleh suap makanan lalu depan, nak jugak pusing tangan tu lalu belakang kepala baru nak suap makanan. Manusia... Manusia...
ni salah satu entri daripada belog terfaktab.
dalam belog ni ada banyak penulis.
malas nak cakap banyak, korang terjah sini kalau nak baca entri lain.
ok bai..
3 comments :
for me tak perlu nak ada nilai hantaran kawen tinggi-tinggi sebab kelulusan yg ada or nak compete dengan anak jiran depan umah or cmana ka..n nilai mas kawen pon tak perlu lah terlalu tinggi..dah la org lain xleh guna duit tu..kalau stakat nak beli brg kemas ribu riban utk diri sdiri agak membazir jugk..baek la spend utk lepas kawen..yg tu yes i setuju! kalau untuk hantaran + mas kawen tu tak perlu la sampai berpuluh puluh ribu..buang duit.
*peringatan utk diri sendiri jugak*
kl tgk pensyarah yg tua2 ramai xkawen lg & kl disebabkan hantaran mmg xpatut la..mak ayah pun kena bg toleransi la sebab nak kawen skg mmg byk pki duit..lepas kawen lg byk nk pki duit..patut share la duit kl nak kawen..sharing is sexy..
semalam baru mimpi suami terpoligami..:P..
itulah namanya manusia akhir zaman.
di dalam Al-Quran takde pun mnyebut tentang hantaran tp hanya ada mahar(mas kawin). mengada2kan sesuatu yg tdak ada..sama macam bersanding.hukumnya haram,tp tetap juga buat. yg susah sendiri sbb tak kawin2 krn hantaran tlalu tinggi.
yang penting,kembali la kpd Al-Quran & Sunnah.
Post a Comment