oh bumi.. please get well soon.
jumlah kes positif Covid-19 semakin meningkat walaupun hampir tiga bulan duduk rumah. hari ni 20k, semalam pun 20k.. pffttttttt. virus dah semakin naik pangkat, dari alpha, kemudian beta, lepastu gamma, jadi delta pulak. entahkan bila mahu berkesudahan.
kalau dulu, malas nak mengulang rutin bangun pagi-pergi balik kerja.. kita berangan bestnya kalau boleh work from home. bestnya kalau jadi homemaker. takperlu menghadap kesesakan jalanraya, takperlu berebut thumbprint on time dan blablablabla.. tapi sekarang ni cabaran work from home pun boleh jadi mental. burnt out orang jawa kata. hihi.. pergi office lapan hingga lima pun mengeluh, duduk rumah duapuluhempatjam pun tak tenteram. serba serbi la tak kena. walau apa jua cabaran yang kita perlu hadap sepanjang pandemik Covid-19 ni, bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah beri. dalam pahit pasti ada manisnya.
semoga semua frontliners terus kuat.semoga Allah permudahkan urusan orang yang hilang sumber pendapatan.
semoga proses vaksinasi seluruh rakyat malaysia settle cepat.
takziah kepada yang kehilangan orang tersayang, semoga roh mereka ditempatkan bersama orang beriman.
jangan jadi anti-vaksin guys.
stay home, stay safe & stay healthy.
No comments :
Post a Comment