istanbul aku datang


masa movie ni release, saya siap-siap remind diri sendiri; "jangan nak gedik pergi panggung tengok cerita ni ya. nanti menyesal padan muka. tengok versi download je sudah." hehe. teruk betul. nampak sangat takde semangat sokong filem tempatan. tak patriotik langsung. eh, tetibe je tak patriotik. ape kaitan? haih.

tapi biasalah. orang degil memang tak makan saman. last-last, pergi juga tengok dekat wayang. ini semua gara-gara public holiday. hehe.

pandangan saya, filem ni lebih menarik daripada filem 'aku terima nikahnya'. ada duka dalam ceria. ada khianat bila berjauhan. wah gitu. dian [lisa surihani] ni tulis blog. apa sahaja perkembangan menariknya di istanbul, dia akan tulis dekat blog. gigih kan? macam kittew-kittew lettew. ahaks! tapi pengajarannya, confirmkan betul-betul info yang kita nak tulis dalam blog. kesian harris [beto kusyairy].. tak pepasal di-cop gay.

kesimpulan cerita ini; rancangan Allah tu memang cantik je tersusun. datang ke istanbul dengan plan A. plan A kantoi. buat plan B, tapi plan yang ni pula, chaotic. bila dah putus asa tu, Allah duga lagi sikit untuk Allah bagi reward. last-last, tercapai juga hasrat. tahniah dian.

tayangan filem ni dilanjutkan seminggu lagi di pagawam. ok bai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments :

cha said...

akak taknak tgk sebab ada tomok and biasa mmg taknak support cite tempatan bak kata oshinz la nanti membazir je duit haha

tp dgr org ckp best cuma part ada tomok je tak best muahahah. but still husband akak taknak tgk. download bole atau astro first haha

Liyaa Mf said...

Sama laa, mind set nak tgk download version je. Hahaha! Sebab dah lama kut tak layan movie2 dalam panggung ni #_#

Tp dah dengar bape ramai kata best ni. Takleh jadik. Nak cecepat download. Aku Terima Nikahnya tu da tengok. Gezed (camne eja?) cam best! Tapi bila tgk err bukan la tak best, tp agak longgar. Especially part ending. Macam suddenly terus jump pegi happy ending. Sedih stop tiba2 je. Huuu. Tak bape puas hati pun, still meleleh2 air mata masa tgk tu. Wahaha! :P

Unknown said...

nnti nk tgk dlm utube sbb ade beto !!!

oshinz said...

cha:
a.ah tomok tak best. time nak pujuk lisa tu, die nyanyi. pastu nyanyi punya la control suara. tak slumber langsung.

Liyaa Mf:
kite tak meleleh pun tengok aku terima nikahnya. lagi pulak ada pengkritik kat sebelah. terus tak feel. hehe. lagipun adi putra dalam tu kaku sangat kot. pastu macam tak logik sikit la ceritanya.

kite memang kaki wayang. kebetulan time cuti takde buat ape. tu yang terjah wayang tengok filem Istanbul ni. tak dapat pergi sana, tengok dalam layar lebar pun jadilah. kuikui.

Uchi kay-f @hmad:
oh.. peminat beto yang tegar ya?