Prementrual Syndrome

pakwe: awak ni kenape?
makwe: kenape ape? [grrr..]
pakwe: tadi okeh je. saye ni tengah merajuk, bukannye nak pujuk. tibe-tibe saye plak yang kena marah. awak da tak reti nak pujuk saye ke?
makwe: saye takde mood la nak pujuk. kan da say sori td. awak nak ape lagi? dah la, saye nak balik.
pakwe: ha?! kan kite baru je keluar ni..
makwe: saye kate saye nak balik.. saye nak balik la. awak hantar saye balik sekarang.
pakwe: [-_-"]

kesian la si pakwe tu. baru nak merajuk. kunun niat dalam hati tu nak manje-manje ngan awek. tapi malang sunggoh naseb badan bile awek plak yang merajuk. dahla merajuk.. hangin lagi tu. emm.. anda yang lelaki tu sabar la sikit. mungkin dah sampai waktu die nak naik bendera merah. orang perempuan ni, kadang-kadang sakit tu bukan time period je. dua tiga ari sblom period pun ade sakit-sakit juge.. sakit yang termasuk dalam Sindrom Pra-Haid.

Sindrom Pra-Haid (SPH) tu ape eh?

Sindrom Pra-Haid atau dikenali sebagai Sindrom Premenstrual adalah gejala-gejala yang dialami oleh wanita sebelum kedatangan haid & ia akan berlaku berulangkali. Kajian menunjukkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 150 jenis gejala yang pernah dilaporkan oleh para wanita yang mempunyai kaitan dengan sindrom ini. Terdapat 85% daripada para wanita pernah mengalami satu atau kombinasi dari gejala-gejala SPH. Tapi, jangan khuatir, kebanyakan gejala adalah bersifat ringan dan tak memudaratkan. So awek anda takkan bleh bertukar jadi HULK punye. Don't worry!! 

Untuk pengetahuan anda...
SPH boleh berlaku seawal dua minggu sebelum kedatangan haid dan boleh berakhir tidak lewat dari tiga hingga empat hari sebelum perdarahan haid. Bile dah period tu, semua gejala yang dialami akan beransur  pulih dan hilang.

Apakah gejala-gejala SPH tu?

Gejala SPH terbahagi kepada:

1. Gejala tingkahlaku
  • Kelesuan dan hilang fokus
  • Kesukaran tidur (insomnia)
  • Kurang nafsu seks
  • Pening
  • Mengidam makanan-makanan tertentu
  • Makan secara berlebihan
2. Gejala psikologi:
  • Mudah marah
  • Kemurungan
  • Mudah menangis
  • Keliru
  • Pelupa
  • Kemurungan
  • Mengalami tekanan perasaan
  • Gelisah
  • Terasa kesunyian
  • Kurang keyakinan diri
3. Gejala Fizikal
  • Sakit Kepala
  • Sakit dan ketegangan pada payudara
  • Sakit belakang
  • Perut kembong
  • Kenaikan berat badan
  • Bengkak pada kaki dan tangan
  • Loya
  • Sakit otot dan sendi-sendi
kredit to: [Dr.Rushdan Noor]

para lelaki sekalian,
anda sudah faham sekarang kenape awek anda tu kadang-kadang berangin tak tentu pasal? so.. pendek kate, kena la banyak-banyak bersabar ye.. hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments :

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

woho..i memang mengalaminya..hik3

Cik Yanie (",) said...

yg part mkn lebey tu i sgt stuju..hikhik..

ravishingpeacock said...

huhu nk wat cane nsib ko la pakwe huhu

oshinz said...

syafawani:
ye.. i tau dah. u memang alami sindrom itu. da macam mangse dera pun ade. ihihi..

dafFodiLs (",):
eit.. makan lebih tu kan wajibulrunnah.. haha. kena ade zat untuk teruskan hidup!

ravishingpeacock:
haha.. ape ke malang sangat la naseb pakwe tu kan? harap semua pakwe dapat bertahan sampai forever.

enyheartsdiamond said...

dan sering dahaga :)

oshinz said...

a'ahla.. betul tu. memang akan selalu teguk air bergelen-gelen gak.