tips mencari jodoh.. ehem!!

hello readers..

sekali lagi saya share satu artikel buat panduan saya sendiri dan kamu juga ya.. =)

beberapa tips yang dikongsikan oleh Fatimah Syarha Muhammad Nordin untuk dimanfaat oleh para wanita dalam mendapatkan jodoh yang terbaik adalah:
1. Berusaha menyediakan diri sebagai produk solehah yang diidam-idamkan. Kalau dulu selalu solat bersendirian, belajarlah untuk solat berjemaah pula. Supaya nanti boleh mengimamkan anak-anak di rumah. Kalau dulu kurang pandai memasak, rajin-rajinkan diri untuk turun membantu ibu di dapur. Kalau dulu bangun setelah matahari tegak di atas kepala, belajarlah untuk tidak tidur selepas subuh. Biasanya produk solehah yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya akan mendapat sambutan tinggi di pasaran dunia dan akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serahkanlah kesediaan hati anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.
2. Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya mudah dimiliki oleh lelaki yang kurang berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki(hanya dengan sedikit SMS, call dan puji-pujian), senang pula untuk dipersia-siakan. Fitrahnya, sesuatu yang sukar untuk dimiliki akan lebih dihargai dan dipelihara dengan baik. Begitu jua hati dan dirimu wahai saudariku. Serahkanlah kepada yang benar-benar layak sahaja.
3. Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin di kalangan abang mereka, saudara mereka, dan sebagainya yang soleh-soleh juga. Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat, hanyalah sekadar wasilah semata-mata. Bila kita menghampiri penjual minyak wangi, tempias wanginya mengharumi kita. Sebaliknya pula bila kita rapat dengan tukang besi, baju kita mungkin terbakar terkena tempias api yang membakar besinya. Begitulah kesannya pemilihan kawan yang betul dalam membentuk peribadi diri kita.
4. Jika anda terpikat dengan agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan ‘malu’ anda di matanya.
5. Minta ibu bapa, abang atau saudara-mara yang mencarikan jodoh untuk anda. Pengalaman dan restu mereka insyaAllah menjamin kesinambungan keluarga bahagia yang anda impikan.
6. Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik ,mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia, iaitu terus melibatkan ibubapa atau orang tengah.
semoga saat kita merindu, Allah kurniakan kita kekuatan untuk memperbaiki dan menyediakan diri kita ke arah yang lebih baik. semoga Allah SWT yakin dengan kesungguhan yang kita tunjukkan, dan mempermudahkan segala urusan kita. tak salah untuk merindu dan mengharap yang terbaik, cuma bergeraklah seiring dengan segala yang kita doakan, tanda kesungguhan kita dalam meminta kepadaNya. semoga Allah SWT makbulkan doa-doa kita.

baca artikel penuh tekan sini ya.

p/s: kalau yang dah berpasangan tu, doakanlah pasangan kamu juga berubah menjadi insan yang terbaik untuk kamu. percayalah, manusia boleh berubah jika diberi peluang dan kena pada caranya. InsyaAllah.

bila berjauhan, hati tidak pernah putus merasakan rindu itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments :

sarah mohamad said...

info yg berguna. :)

peyus said...

suka suka entri ini!

Anonymous said...

suke sgt dgn fatimah syarha ni! :)
pernah baca tautan hati tak? kalau tak pernah n takde try beli.. best.. kisah hidup dia pun saaangat best! =D

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

bila sampai kat num 5 trus i jadi buta huruf..hahahaha

oshinz said...

sarah mohamad:
hehehe. sebab tu share.

p.e.y.u.z.:
terima kasih..

N A N I:
belum baca kot. nanti kite selongkar almari buku kakak kite eh.

SyAfaWaNi ♥‿♥:
hahahahaha. awatnya?! takpe takpe. part tu u skip je. buat buat tak nampak.

oshinz said...

sarah mohamad:
hehehehehe. yeap!!

p.e.y.u.z.:
terima kasih!!!

N A N I:
kite tak kenal dia ni. tak pernah baca kot novel tu. nanti nak p selongkar almari kakak kite tangok ade tak novelnye. ehehe.

SyAfaWaNi ♥‿♥:
hahaha. weh skip je. i tak kisah. ehehe.