bila usia menginjak dewasa.
sang hati terpikat pada si dia.
sebulan dua. masih malu-malu mahu berjumpa.
setahun dua. minta restu keluarga.
tiba tahun kelima. janji sejati dibina bersama.
"awak bila nak pinang kita?" tanya si dara.
"tahun depan. awak tunggu ya?" ucap teruna.
target tu dah mula ada.
survey sini sana.
tapi.. andai kata impian tak dapat dilaksana.
hati terluka kita yang rasa.
perit pedih tak terjangkau pandangan mata.
sesal. merana. buang masa.
tak boleh nak buat apa.
lumpuh serta-merta.
kita cuma manusia.
pinjaman ini hanya bersifat sementara.
terimalah seadanya.
bahagia itu ada dimana-mana.
hilang dia bukan bermakna kita hilang punca.
famili masih ada.
kawan masih sayang kita.
lahirnya kita mungkin bukan untuk dia.
teruskan langkah mencari cinta.
seiring dengan cinta kita pada Allah Maha Esa.
wanita di dunia ini jika meninggal dunia akan dipertemukan Allah SWT dengan suami mereka, dan jika ia masih gadis akan dipersandingkan dengan lelaki ahli syurga dengan segala kepuasan dan keredaan hati, tanpa sesuatu kekurangan dan kekecewaan dan mereka akan mendapat sesuatu nikmat yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengar oleh telinga dan belum pernah terlintas di dalam hati. s.u.m.b.e.r-bharian
saya share lagi satu artikel ye. kisah si isteri takut suami ada bidadari.
peserta:
ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?
ustaz:
di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. tak perlu lah puan risau sangat. yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.
cekidout sumber-klik sini
p/s: jangan sedih-sedih ya.
6 comments :
huhhuhhuhu bila dah lama berkawan..tapi tak lagi jalinkan sebarang ikatan rasa risau. tapi nak buat macam mana kuasa ALLAH mengatasi segalanya. and kalau tak dapat bersama..memang rasa 'buang masa'. hukhuk. harap2 lah hubungan han tak jadi macam tu. sama2 kita usaha kekalkan hubungan kita. :)
huhuh dun wanna lose him....
insyaAllah dek..semoga cinta baru..cinta sampai SYURGA...amin...
*tak mo sedeh2....k..akak doakan yg terbaik utk kamo0....
saya sedih tapi saya perlu kuat.. doakan untuk kebahagiaan saya selamanya..
ni entry org dewasa eh u..huhu..
dah tggalkan zaman remaja kn..eh kene ke komen i?hik3
Anna Boleyn:
ye.. semoga hubungan yang ini diberkati Allah. amiiinnnn!
dafFodiLs (",):
me too!! ahaha.
✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿:
amiiinnnnnnnnn!! ehehe. adik doakan akak bahagia sampai syurga.
| RoziAhmad |:
ye saya doakan! happy kalo kawan-kawan pun happy sekali.
SyAfaWaNi ♥‿♥:
haha.. u kan dah dewasa juga. jangan nak perasan muda. ahaha.
Post a Comment