peplum style memang tengah in sekarang ni kan. trend 2012 gitu. ape kebenda alah peplum ni? sedara buah plum tu kot. ataupun spesis buah yang kacukan antara pelam dan plum. hehe. mengarut. takde kena mengena dengan buah-buahan. tadi kan dah tulis style. pastu tulis trend. entri ni pasal busana. okeh.. kita teruskan.
kalau wanita sebut peplum ni, tak payah nak kerut dahi sangat eh jejaka sekalian. tengah hot. cubalah ambil tahu sikit untuk tawan hati pasangan anda. eh? takde kaitan. meh sini saya kasi cerita. peplum ni adalah: a flared ruffle attached to the waistline of a dress or jacket or blouse. cara pronounce dia camni: [pep-luhm] atau /ˈpɛp ləm/. kalau nak kasi lidah melayu sikit, saya sebut 'pelam' je senang.
saya syak selepas scha pakai masa wedding dia tu, makin ramai yang berani cuba fesyen ni. macam makin bersepah pula design peplum ni. peplum dress. peplum baju kurung. peplum blouse. peplum jacket. haih.. macam-macam. nasib baik kat bahagian kain takboleh ditambah peplum. kalau tak, satu set. masak. saya tak dapat bayangkan. anda bagaimana? modern ladies memang suka bereksperimen. tapi time scha pakai ni, saya tak rasa cantik pun. sebab nampak kejung. wah gitu! pada pandangan saya lah. saya-yang-tak-berapa-reti-nak-berfesyen ni ha. hehheh.
takde perasan.
tak suka pun.
tapi semalam, saya terjumpa satu design ni. black in colour. pastu kain die pun cantik. nampak classic dan expensive. wah gitu! dahlah warna hitam baju dia. iols suka okeh. terus save gambarnya. cuba tengok ni:
sumber: MM
cantik tak? smart kan. =)
harga: rm320.
masa 28nov aritu murah sikit, rm200. dah sold out. cheit.
kalau boleh custom, saya nak! eceh, confident je nak kan.. macamlah sesuai.. sedar diri.
tapi nak. tapi mahal. tapi membazir. tapi nak. tapi.. *sewel terus*
kalau awak terberkenan jugak, sila tanya MM sendiri.
nah email dia: mazlianulmaznan@gmail.com
saya lagi suka baju nikah scha berbanding baju kahwin dia yang lain.
hehe. ok bai.
8 comments :
Kalau KakWan yg pakai kompom jadi mempelam. Haha! Takat dok tgk sampai la ni org kcik2 ja chomey bila pakai peplum ni. Macam Arni, nampak cantiiiikkkk ja bila dia pakai.
pun suka peplum. tapi belum ada koleksi.. perasan tak, fashion baju mcmni macam kembali ke zaman dulula..(maaf kalau tersilap..hehe)
aah. musim peplum. mane2 je peplum.
aishh.. nak gak sekeping 2 keping letak dalam lemari ;p
Ah lawanya yg hitam tu. serius. Akak nak pakai mcm tak sesuai je. Buntut besar haha
Taktau sgt psl peplum ni *Buta fesyen kut*. Hahaha! Tp pas dah google baru paham sket2. Dea cam ropol2 sket ey kat bwh blouse? Aah, nampak yg Scha pakai tu macam kejung jek. Tak nampak comel sgt. Means, baju tu kut yg tak okey. Pastu yg hitam bwh tu, err nape nampak kaen dea yg peplum? Okeyy, dah konfius balek apa itu peplum #_#
ramai berpeplum skrg ni huhu
Na pun sukaa smuaa baju yg scha pakai mase wedding dyeee SEMUA means nikah skali taw ;D
haah mcm trend ka skang?mcm teringin tp alamak tkut nmpk mcm rendang sgt pulak nnt..hahaha..
Post a Comment