minggu ni minggu pertama persekolahan sesi 2012. adik-adik mesti seronok dapat jumpa kawan-kawan geng-tali-barut-sekolah. eh? no no no. gangster sangat dah bunyinya tu. emm maksud saya, geng-kasutsekolah-baru. masing-masing eksaited ya menggayakan kasut sekolah. bata. allstar. pallas jazz dan blablablabla.. ehem! saya pemakai setia kasut jenama bata masa sekolah dulu. pilihan makbapak. so redha dan pasrah. haha. bak kata lisa surihani; redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. emm.. ape-ape je lah ombak rindu hoi. yang penting bila naik cuti sekolah, mesti akan dapat set pakaian sekolah baru. masa itu, bahagia habis. terus semangat meloncat-loncat mahu pergi sekolah. tidur pun peluk beg sekolah. over tau~
tapi..
time sekolah ni, part paling diingati pasal kasut sekolah adalah bila tiba musim hujan. hujan pulak tak reti-reti nak stop. ya, saya tahu hujan kan rahmat. tapi kalau hari sabtu ahad, bayang matahari pun tak nampak walaupun sesaat, tu namanya mengundang masalah. T___T jenis saya pula, tak suka nak beli kasut sekolah banyak-banyak. kasut sekolah satu untuk satu tahun. kalau setengah tahun tu dah rosak teruk, baru pergi kedai beli yang baru. jimat.
selalunya, hari sabtu pagi memang jadi rutin saya sental kasut sekolah secara habis-habisan. kalau hujan, sendengkan kasut tepi dinding bilik air dulu. eceehhh.. sabtu boleh cool lagi. letak kasut menghadap kipas. dengan harapan bolehlah cepat kering sikit. bila ahad pun tetap hujan. masa itu sudah gelabah. terus sumbat kasut bawah peti sejuk. hehe. sebab dulu-dulu, peti sejuk dekat rumah tak letak terus atas lantai. mesti arwah abah akan letak atas batu bata. so, adalah ruang nak sumbat kasut bawah peti sejuk tu. berkesan okeh! tapi kadang-kadang lembap sikit. dan tak best bila ada kesan garisan merekah warna cokelat-kuning. even sudah letak kapur pun cela itu tetap terserlah. patut kena cipta satu jenis kapur kasut yang standard dia sama level macam BB cream-lah. kan?
dan lagi satu cara yang paling bengong sekali saya pernah buat adalah cubaan men-seterika alas tapak kaki dalam kasut dan men-salai-kan alas tersebut atas api dapur. nasib baik seterika tidak rosak. dan getah alas tapak kaki tidak cair. fuh selamat. haha.
saya rindu zaman sekolah dulu. ok bai!
6 comments :
"cubaaan menseterika alas tapak kaki"???? hahahaah unique! kudos to u! LOL
oo dats y la tanya jenama kasut kat i..haha..bawak bertenang la ye u..usah la nak kembali ke sekolah..abehkan sekolah sekarang ni ha dulu..wekss!
Yang nak seterika tu paling tak menahan. Muahahah. Tak pernah terfikir pungg nak saterika. HEHEHEH
bile baca entry ni terus teringat zaman pakai kasut sekolah..rindu sekolah!!
Mr.Clive:
begitu lah zaman gabra masa sekolah. desperate sangat nak keringkan kasut. haha.
SyAfaWaNi ♥‿♥:
i nak jugak.. *nangis guling-guling sambil hentak-hentak kaki* sekolah sekarang banyak monyet, sebab tu tak best. haha.
sarah mohamad:
hehe.. perkara paling bunguk pernah terbuat. sebab tak sanggup nak pakai kasut basah-basah.
Liza Razak:
yeay... sekarang pakai kasut putih mesti feel macam budak sekolah kan?
cakap pasal kasut.teringat pulak time aku teman adik aku cari kasut sekolah.nak line merah je.line lain tak nak.bila tanya sebab apa nk line merah, dia cakap pasal geng dia semua pakai kaler tu. choiiii
Post a Comment