mari kita sama-sama amalkan membaca ayat Kursi ketika:
1. selepas solat fardu, kerana sesiapa yang berbuat begitu, Allah akan mengampunkan dosanya.
2. sedang marah, nescaya perasaan marah itu akan hilang.
3. mahu tidur, maka terpelihara dari gangguan syaitan dan Allah mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
4. masuk ke rumah dan dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya, ia menjadi penjaga dan pelindung syaitan. InsyaAllah.
Syeikh alBuni menerangkan: sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka InsyaAllah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
1 comment :
jadikan amalan =)
Post a Comment