berbeza

benda alah bulat-bulat kecik ni nama dia macaroon. berasal dari negara perancis. ramai orang cakap; macaroon ni manis. crackly di luar dan chewy di dalam. sedap. sekali makan mesti nak makan lagi sekali. siap ada yang suggest macaroon kat sini sedap. kat situ super sedap. macam-macam feedback positif diberi oleh rakyat Malaysia, contoh:

delicious..

bestttt banget!

nyummyyyyyy!!!!

sampai.. emmmppphhh saya pun terpengaruh. dan rasa teringin. teringin sangat-sangat dan simpan hasrat itu selama beberapa bulan. haha. simpan hasrat sampai mempengaruhi kawan sekali pula tu. jahat ini orang. sebenarnya, keinginan saya dipengaruhi oleh dua faktor. wah.. skema kot siap ada faktor bagai.

faktor pertama:
sebab ada orang yang makan benda ni, dia akan jadi addicted. dan membuatkan saya fikir begini; satu macaroon berharga dua hingga tiga ringgit ni orang sanggup beli dua-tiga kali, mesti dia sedap. sedapnya yang undeniable. dan tekak saya mesti boleh terima juga.

faktor kedua:
sebab orang kahwin sepanjang tahun lepas, rajin sangat masukkan benda alah comel ni dalam senarai perkahwinan. maksud saya, mereka letak mecaroons ni dalam hantaran. dalam candy buffet. atau dalam favor gift. dan membuatkan saya fikir begini; fuhhhyyyoooo.. macaroon satu pun dah mahal. kalau beli banyak-banyak pun still mahal juga. mesti sedap ni! sebab orang takkan melabur kepada satu-satu barang yang tak berbaloi. 

ternyata dalam kepala ni dah set: macaroon = sedap! tang manis tu, boleh diabaikan dulu sebab lepas makan benda manis, boleh minum air masak banyak-banyak. haha. lepas tu, gigih saya survey kat internet. intip siapa yang boleh terima order yang sedikit dan boleh delivery atau saya ambil sendiri.

akhirnya, hasrat tercapai. hoyeaaahhh.. suka kemain. order sepuluh. lima untuk saya, lima untuk kawan. flavor lain-lain untuk setiap satu. tak mau share-share sebab benda kecil kan. nanti tak puas pula. hehe.. tamak!

bila macaroons sampai, saya dan kawan semangat oh. berkobar-kobar nak makan. sekali ngap.. terus eeerrrkkkk....!!! alamak, kenapa rasa tidak seperti yang digambarkan? memang macam ni ke rasa dia? kenapa tak rangup macam emmmm at least biskut crackers ke.. *hampa*

dan maaflah macaroons, awak tidak boleh masuk dalam list kegemaran saya. kita belum ada jodoh lagi. mungkin kita akan berjumpa lagi di suatu masa yang saya pun tak tahu bila. ok bai macaroons!

p/s: baru tahu macaroons ada macam-macam bentuk dan menggunakan bahan yang berbeza. nak resepi? sila terjah martha stewart sebab dia ada provide empatbelas resepi macaroons. woohhhooo!! selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments :

D said...

macaroon kalau mana yg sedap, memang sedap betul. luar dia tak patut crunchy mcm chipsmore..lembut sikit mcm kepingan gula..manissss la yg amat..kena cr yg betul2 pandai buat kot br kena dgn citarasa..hik3...tp mmg mahal laa..tak lalu la nk jd kan door gift..huhu

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

xleh ingat la kan tyme makan tu memang xsedap! and i bukan penggemar macaroon..sekian..tapi xtaw la kalau ada yg sedap..

Bushra Tajuddin said...

haha! i pun sama mcm u. xleh nak masuk dlm list mknn kegemaran. tekak xleh nak terima..

[z@ck] said...

jgn tertipu dgn luaran dan rupanya yang comel kerna rasanya tidaklah 'secomel' rupanya.HAHAHAHA.aku awal2 dah tolak macaroon ni.tobat tak makan dah.manis nak mampus