saya pernah belog mengenai kempen TLC - Help Rumah Aman sebelum ini. saya cakap, saya mahu hulurkan bantuan, tapi diri saya pun cukup-cukup makan. haha. kasihan. jadi saya buat keputusan untuk tampal badge Help Rumah Aman di bahagian belah kanan belog tanda saya sokong kempen ini. kononnye, dengan harapan kalau ada jutawan masuk belog saya, dia bolehlah derma seribu dua kan. ececeh, menggunung betul harapan makcik ni, padahal belog ni pun semacam hidup segan mati tak mahu. haha. ye lah, saya tahu. tapi saya tidak peduli lah hoi. terima kasih kepada kamu yang tinggalkan komen. ada juga pembaca yang harap dia pun boleh bantu sama. *terharu*
dan sekarang, kita boleh sama-sama bantu adik-adik di rumah aman itu lah. tahukah kamu bahawa mereka memerlukan rm duapuluh ribu untuk upgrade mereka punya "electricity and lightning breaker system"? kalau tidak tahu, sila ambil tahu sekarang. cara nak donate tersangat-sangatlah mudah cik senah hoi. derma melalui akaun nuffnang sahaja. saya ulang sekali lagi. menderma melalui akaun nuffnang. ha.. nuffnang sudah bagi jalan yang senang untuk kita sama-sama buat amal kebajikan. cuma perlu klik klik saja lorh. bukan susah pun.. ni namanya klik sambil beramal gitu. haish.. tak payah banyak cakap, meh sini saya tunjukkan caranya:
pertama: klik link http://www.nuffnang.com.my/tlc-2011/ , pastikan masa ni awak semua sudah sign in akaun nuffnang. kedua: pastu pilih jumlah ikut sukahati. ada satu ringgit, ada lima ringgit dan ada sepuluh ringgit. ketiga: tekan butang submit. lepas itu selesai.. hoyeah hoyeah! gudgirl. gudboy.
sebenarnya, saya sudah lama perasan link Donate to Rumah Aman with just a Click! setiap kali singgah kat page nuffnang. tapi asyik terlupa saja mahu war-warkan. maaflah makcik dah tua. renung-renungkan dan selamat beramal. ok bai..
3 comments :
tolong-menolong amalan mulia...
do come, visit & be our follower at http://blurplediary.blogspot.com/
do keep in touch =)
smoga dpt membantu =)
BLuRpL3:
marilah kita sama-sama membantu. dah follow ya.
zOeY zAu YaH:
insyaAllah!!
Post a Comment