tersurat dan tersirat

yang tersurat:
"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."
yang tersirat:
"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tangannya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."
sumber: iluvislam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments :

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

ni alkisahnya wajib kawen dah u nih! haha..sila cepat..! nak tempah baju..*mauk bil u kayy! ekeke

cik helena said...

betulll..kite baru berbincang ngan officemate pasal dosan orang lelaki.takutnywe.so kite sebagai perempuan boleh mebantu :)