siapa mahu jadi pensyarah?

klik image untuk view

hehe. dah tahu ambil course english, menggatal pulak mohon.

ha.. kawan-kawan,
siapa mahu jadi pensyarah ni?
kelulusan seperti yang dinyatakan dalam gambar tu.
lokasi IPTA tu sekitar Kuala Lumpur.
if i am not mistaken, jawatan tetap ya.
kalau mahu, tinggalkan email kamu di ruangan komen.
nanti saya bagi email Dr. tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

little appreciation


saya mahu ucapkan ribuan terima kasih kepada individu-individu yang support fantasticpieces.
eemmm maksud saya, pelanggan yang shopping di blogshop fantasticpieces.
ohhhoooiii perlu ke ulang dua kali fantasticpieces tu?
okeh, tak perlu. (-____-")
walaupun saya dan kawan saya, masih baru. ehem.. masih baby lagi dalam industri ini. haha.
dan walaupun stok yang ada tu kadang-kadang takdelah fantastic sangat pun.
dan walaupun ada je pakaian yang tidak menutup aurat.
ehem.. kami tidak fokus kepada pelanggan melayu sahaja.
orang cina ke india ke, semua kami raikan. kitakan satu malaysia.
*senyum*

terima kasih atas kepercayaan kamu wahai pelanggan.
terima kasih awak.
terima kasih kerana shopping di fantasticpieces.
terima kasihhhhhhh!!!!!
*terharu*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ucapan selamat..

alhamdulillah.
awal muharram 1433 hijrah.
selamat tahun baru semua!

dua hati menjadi satu.
setelah bertahun menyintai si dia yang itu.
selamat pengantin baru
buat sis NHH!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kamu sudah?


saya pernah belog mengenai kempen TLC - Help Rumah Aman sebelum ini. saya cakap, saya mahu hulurkan bantuan, tapi diri saya pun cukup-cukup makan. haha. kasihan. jadi saya buat keputusan untuk tampal badge Help Rumah Aman di bahagian belah kanan belog tanda saya sokong kempen ini. kononnye, dengan harapan kalau ada jutawan masuk belog saya, dia bolehlah derma seribu dua kan. ececeh, menggunung betul harapan makcik ni, padahal belog ni pun semacam hidup segan mati tak mahu. haha. ye lah, saya tahu. tapi saya tidak peduli lah hoi. terima kasih kepada kamu yang tinggalkan komen. ada juga pembaca yang harap dia pun boleh bantu sama. *terharu*

dan sekarang, kita boleh sama-sama bantu adik-adik di rumah aman itu lah. tahukah kamu bahawa mereka memerlukan rm duapuluh ribu untuk upgrade mereka punya "electricity and lightning breaker system"? kalau tidak tahu, sila ambil tahu sekarang. cara nak donate tersangat-sangatlah mudah cik senah hoi. derma melalui akaun nuffnang sahaja. saya ulang sekali lagi. menderma melalui akaun nuffnang. ha.. nuffnang sudah bagi jalan yang senang untuk kita sama-sama buat amal kebajikan. cuma perlu klik klik saja lorh. bukan susah pun.. ni namanya klik sambil beramal gitu. haish.. tak payah banyak cakap, meh sini saya tunjukkan caranya:
pertama: klik link http://www.nuffnang.com.my/tlc-2011/ , pastikan masa ni awak semua sudah sign in akaun nuffnang.  kedua: pastu pilih jumlah ikut sukahati. ada satu ringgit, ada lima ringgit dan ada sepuluh ringgit.  ketiga: tekan butang submit. lepas itu selesai.. hoyeah hoyeah! gudgirl. gudboy.
sebenarnya, saya sudah lama perasan link Donate to Rumah Aman with just a Click! setiap kali singgah kat page nuffnang. tapi asyik terlupa saja mahu war-warkan. maaflah makcik dah tua. renung-renungkan dan selamat beramal. ok bai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#4: lesson learned

...Jangan biarkan satu perkara yang tidak best itu menutup mata anda terhadap banyaknya perkara best yang berlaku dalam hidup anda sebelum itu. Jadilah manusia yang bersyukur...
eh lesson ini semua orang pun dah tahu kan? tapi tidak mengapalah. peringatan untuk diri sendiri yang selalu lupa. *senyum* oh tapi quote diatas cuma suku daripada entri tulisan sis hannah johary. pergi baca lanjut di sini. cara macammana mahu kekalkan kemesraan dengan pasangan . untuk panduan kita bersama atau lebih sesuai untuk panduan kakak-kakak atau adik-adik yang sudah berkahwin sebenarnya. supaya nanti janganlah kita yang perempuan ini asyik mahu pergi pejabat agama failkan penceraian. emo terlebih. haha. ok bai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lagu duka lara

kalau tengah down, layan lagu ni mesti boleh nangis.
hahaha.
dasar perempuan cengeng. eh?
simple je video die. jalan-jalan sambil nyanyi.
nyanyi lagu untuk bekas kekasih pulak tu.

adele: someone like you.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

drama dan trauma

i used to love his work..

contoh macam ni:

dan macam ni:
simple and sweet je kan?

but according to his blablabla..
i am so sorry.

thanks sis renee for the info.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histeria betul

tadi bola. hehe. 

para juniors yang minat bola berkumpul di bilik tv tingkat tiga.

saya kira selipar yang ada tak sampai lima puluh pasang pun. tapi bila orang-orang ni menjerit, fuhlamak orang kat blok sebelah pun boleh dengar. dah macam histeria pulak. macam-macam stail mereka jerit. jerit sambil hentak-hetak kaki. jerit sambil tepuk-tepuk lantai. jerit bersahut-sahutan. hilang ayu terus.. haha. semangat gol dan gincu gitu.

eh tapi takpelah adik-adik. iols tak kisah.. ape yang penting malaysia dapat satu lagi emas.

harimau muda berjaya mengalahkan garuda. harimau lima, garuda empat.

cayalah skuad malaysia!!

oleh kerana malaysia sudah menang.. mari kita layan satu lagu bola.


lagu harimau muda belum ada, so kita layan lagu selamanya harimau malaya.
harimau muda kan harimau malaysia juga.
akhir kata dari saya, majulah sukan untuk negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

untuk anda

 barang baik dari FANTASTIC PIECES untuk november ini:

[ satu ]

[ dua ]

[ tiga ]

[ empat ]

[ lima ]

[ enam ]

[ tujuh ]

[ lapan ]

[ sembilan ]

[ sepuluh ]

[ sebelas ]

cup cup cup!!
bukan setakat sebelas item ini sahaja tau.
untuk maklumat lanjut, sila terjah FANTASTIC PIECES ya.
terima kasih. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

tersurat dan tersirat

yang tersurat:
"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."
yang tersirat:
"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tangannya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."
sumber: iluvislam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Scrapaperclip Giveaway: FREE GUESTBOOK

klik untuk view page

hei bakal ratu raja sehari 2012,
scrap@perclip mahu beri kamu satu buku tetamu percuma lah.
kalau join ini giveaway,
kamu boleh untung 180hinggit, simpan buat beli kasut kaca cinderella blink-blink lah.
tidak percaya?!
mari sini saya kasi lihat:
A FREE A5 SIZE WEDDING GUESTBOOK FOR 2012 WEDDING!!
worth RM180
buku tetamu oleh scrap@paperclip ini sangat manis di luar, kacak di dalam.
[ bahagian luar ]

[ bahagian dalam ]
bolehlah para tetamu cup sorang satu mukasurat untuk tulis ucapan nanti.

*Winners will be chosen via random.org. on Friday Morning!*
tarikh tutup esok.
sila join cepat-cepatlah hoi..

suka ini:
 rossettes brooch

cheque cover

birthday card

p/s: fuh kanan fuh kiri.. minta-minta nama naik. haha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

emm wednesday


how lucky I am to have something that makes saying goodbye so hard.
terima kasih ya Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

baru atau lama

dua video dibawah ini, intipatinya sama, cuma penyampaiannya berbeza.
kalau kamu, kamu prefer yang mana?

video satu:


atau

video dua:


kalau saya, saya lagi suka versi yang lama.
versi tan sri s.m. salim dan zainal abidin..
dorang nyanyi lagi style oh.
kalau tanya sama anak pak halim mesti die setuju sama saya.
lengkok suara tan sri tu yang mahal.
setuju?

apa khabar ya tan sri sekarang?
umur pun sudah 83 tahun.
mari kita doakan semoga tan sri sihat selalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terfaktab

Nilai Hantaran Kahwin VS Maruah Seorang Perempuan

Aku tengok kat status fesbuk skang ni merata orang letak nilai hantaran kahwin terkini. Kononnya. Aku bukannya nak menentang ke ape. Cuma aku kurang bersetuju. Sebab benda-benda macam ni sbnanye hanya akan menambah masalah yang sedia ada. Apa masalah yang sedia ada? Masalah maksiat sudah tentulah, takyah cakap pon sume dah tahu. Masalah andartu dan buter (bujang terlajak) pon akan meningkat. Kadar perceraian dan poligami pon akan turut sama mencanak naik.

Eh, cakap pasal poligami, aku bukanlah tak setuju tapi harus kena pada cara dan kemampuan jugak. Hari tu aku ada jumpa sorang mamat ni, nak dijadikan cerita, aku borak la dengan dia. Dia terus terang je gtau yang dia dah ada dua anak, isteri je baru sorang. Dan biasalah, orang lelaki... Kalau bab-bab kawen lebih daripada satu ni memang cepat je keluar hukum tu hukum ni. Ikut sunah la, ikut hukum agama la, dan sebagainya. Memang fasih je dorang akan keluarkan segala macam fakta kan. Bak kata orang lelaki; "Kalau nak kawen dua ni, kawen je dulu. Sebab lagi senang nak mintak maaf daripada mintak kebenaran". Memang otak geliga kan bila masuk bab nak memadukan bini.

Ok, back to the main point. Penah tak korang dengar yang orang kate nilai hantaran kawen ni sbnanye menjadi indikator kepada maruah dan nilai seorang perempuan tu? Korang setuju ke? Dulu-dulu, dulu-dulu la kan, aku pon penah rase macam tu. Rase macam kalau laki tu bagi hantaran sikit je, ape kelas kan? Kita perempuan-perempuan masa kini, zaman millennium, zaman pijak menara gading gajah, mane main kalau setakat dua tiga ribu macam zaman mak-mak kita dulu. Sekarang paling koman pon kalau takde doploh ribu, boleh jalan la.

Tapi bila aku dah dapat akal sikit untuk digunapakai, aku rase mende-mende ni sume ngarot je. Serius. Sape yang tetapkan nilai hantaran kawen ni aku nak tanya korang? Sape? Ada ke Allah nyatakan dalam Al-Quran nilai hantaran kawen seorang perempuan hendaklah berdasarkan tahap pelajarannya? Ada ke? Kalau memang ada, bak datang tunjuk kat aku. Tapi setakat yang aku tahu, takde. Yang memandai letak nilai haram j sume ni, kita sendiri. Manusia ni kan memang suka kesusahan dan menyusahkan. Itulah namanya manusia.

Kekadang aku kesian tengok pasangan muda mudi skang ni yang kalau nak kawen tu, aralnya adalah nilai hantaran yang melampau-lampau. Kita ni kalau nak kawen, aku nak tanya korang la kan, nak bahagia sehari ke nak bahagia sepanjang hayat? Ape guna buat majlis meriah bagai nak gila, pastu korang pulak yang take turn jadi gila? Baiklah korang buat secara bersederhana tapi mengharapkan keredhaan dan keberkatan, lagi bagus. Tapi bukan bermakna takyah kumpul duet langsung. Kena kumpul. Tapi bukan untuk dihabiskan untuk majlis perkahwinan tapi sebagai simpanan masa hadapan selepas berumahtangga. Cewah, aku tules pampung pampung macam dah ada pengalaman kan. KAHKAHKAH!

Sbnanye, aku harap sangat ramai mak-mak (termasuk mak aku. HAHA) akan baca entri ni. Sebab kadang-kadang anak-anak tak kesah pon tak tinggi sangat nilai hantaran tu, tapi aku tengok orang tua pulak yang galak letak tinggi-tinggi nilainya. Jual anak ke hape? Buatlah ikut kemampuan kita. Buat apa nak menyusahkan diri dan ornag lain. Dah elok-elok boleh suap makanan lalu depan, nak jugak pusing tangan tu lalu belakang kepala baru nak suap makanan. Manusia... Manusia...
ni salah satu entri daripada belog terfaktab.
dalam belog ni ada banyak penulis.
malas nak cakap banyak, korang terjah sini kalau nak baca entri lain.
ok bai..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sebelas sebelas dan sebelas lagi

11.11.11 dan Jumaat.
Selamat Pengantin Baru kepada sesiapa yang melangsungkan pernikahan pada hari ini.
saya doakan semoga bahagia mengiringi kamu semua sehingga syurga.
*senyum*

i am here just want to share zahiril's entry with u guys:
Andai ada seorang manusia yang melakukan dosa dengan Allah, lalu kita kutuk. Hina, caci. Kita lemparkan kata - kata kesat padanya dan kemudian, kita ajak manusia lain untuk bersekutu dengan kita untuk mencacinya.

Kita keji, dari rupa paras fizikalnya, sehinggalah ke peribadi serta keluarganya. Kita betul - betul jelek melihat dia bangga melakukan dosa dengan Allah.
(sedih aku tengok)

Dan sekarang, semakin lama semakin ramai yang bersetuju untuk mengkeji manusia itu. Keji berjemaah. Sekali lagi, kerana kita jelek dan tak tahan melihat dia bangga dengan dosanya.

Sampai suatu hari, manusia yang dikeji itu, bertaubat dan memohon ampun dari Allah Ta'ala. Jika dia benar - benar insaf, dan mahu bertaubat, kemungkinan besar, taubat dan ampunnya diterima Allah. Maka selesai sudah, dan dia sudah insaf, sudah berubah. Bukan kerana dikeji, tetapi kerana dia mendapat hidayah. Alhamdulillah.

Apa yang tak selesai.

Dosa kita dengan dia, yang selama ini kita maki caci, keji. Juga mengajak manusia lain untuk mengkeji dia.

'Kalau berdosa dengan manusia, kita kena mintak ampun dari manusia"

Habis.

Manusia tadi sudah bertaubat dan insyaallah Tuhan ampunkan doa. Tapi kita akan terus berdosa dengan manusia itu.

Ada terfikir?

p/s: mari kita bersama-sama kurangkan percakapan yang sia-sia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

oh so damn sweet


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...