terapi sebelum mula goreng

susah kalau dapat lecturer yang tak reti nak faham mood student. die tak tahu ke bile tibe ramadhan ke-17 ni maknenye lagi 13 ari je lagi nak raye? mane ade mood nak buat assignment.

time-time macam ni kan.. jiwa student tu dah terbang balik kampung. tubuh badan je ade kat universiti. otak dah melayang teringat moment indah melayan budak kecik dalam family main bunga api. sebab ape indah? sebab boleh la tumpang sekaki join main bunga api. tak yah tolong menguli tepung menjaga oven kat dapur. haha. time camni teringat pulak betapa ributnya suasana malam kat kampung dengan letupan mercun sane sini. hish.. walaupun gugur jantung dork dengar dumdamdumdam. tapi takpe, setahun sekali. time camni mood nak beli tiket bus balik kampung menduduki carta teratas dalam jiwa. lagi-lagi bile dengar lagu raye. pastu nak pulak dapat adik-beradik kat kampung tak reti bahase.

tiap-tiap hari kalau boleh nak update:
-weh, aku dah beli barang buat kuih.
-weh, langsir dah nak siap.
-weh, raye taun ni aku nak buat biskut ini, ini dan ini, bile ko nak balik? cepat la balik weh.-

*pertanyaan bile balik tu memang dah sah sengaje membakar. time camni boleh pulak la buat-buat ilang ingatan. dah sah-sah minggu lepas dah bagitau balik bile. Tsk..*

haa.. memang takde idea tros la nak goreng ape nak bagi assignment ni siap. terhegehs la nak bagi cukup page macam yang lecturer nak tu. ohhh.. sangat dugaan la macamni. hee.. sah sah la tak reti nak buat camne. tak boleh jadi ni..

nak tak nak kena gak pegi cari mood dulu kat jalan .T.A.R. kot ni. buat terapi mata dan jiwa dulu. baru boleh goreng habes-habesan. haha.. angan-angan tinggi okeh. kite tengok la nanti.

till then, take care taw korang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments :

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

kahkahkah...ye soklan bertubi2 oleh sedara mara yg suka nak kasik kita lg berdebar dup dap dup dap nak balik tu memang xtahan eh! hehe..wehh cup2! dah stat wat esemen ke?kate nak tggu i!!!?

[z@ck] said...

hahaha..mujur aku duduk kat sini..esaimen mmg banyak tapi mood nak raya tu memang tadak sebab jauh dari Msia..

Anonymous said...

sapa ek adik beradik yang tak reti bahasa tu ek.....takpe aku baik....aku ngaku awal awal....hahahahahahahahahahahahahahahaa.........aku lah tuh....
;p
ko balik lambat sangat....tak sampai 24 jam jumpa ko...aku dah nak gerak balik kg weiii..

alif said...

sbr2...blk kg hati2 ok

Linglung said...

lecturer tu sambut raya tak nanti? ke sbb nnt raya dia raya sorang2?...gua rasa dia bosan raya nnt, so boleh la mark assignment korang tuu

cik helena said...

teringat masa belaja dulu.1st ramadhan jek memang dah takde mood langsung..boleh?hahaha

hentakbelipat said...

mood da kelaut skang ni lect ckp ape pu xmasuk pale dah kot..hehe..jalan TAR next wek ai pegi serang

oshinz said...

to all:
mood raye mengatasi segalanye. tak dapat dinafikan betul tak? hehe. =)