women abusement


sape yang kena pukul tu? la.. tak kenal da ke? die adalah rihanna.. tetibe je rihanna in da house plakkan.. actually, baru2 ni oshinz terkejut bile terdengar berita rihanna dibelasah teruk oleh pakwe kesayangannya-chris brown tu.. ingatkan rumours je. rupe2nye betul kena pukul. tak tahula sape yang salah sebenarnye. salah rihanna yang kuat cemburu sampai sanggup mengupah pengintip untuk mengekori chris brown ataupun salah chris brown yang mabuk tak sedar diri telah memukul rihanna.. ntahla.. tak tau sebab ape chris brown tu sampai ati nak pukul rihanna..

oshinz memang tak suke lelaki kaki pukul ni. dahla kaki pukul pastu panas baran pastu sesuke ati nak maki hamun.. maki macam die je yang bagus. senarai name lelaki yg bersifat camtu confirm awal2 da masuk dalam tong sampah. REJECT!! haa.. kalo rase diri tu da bagus sgt p la cari org laen. senang cerita.. sesape yang tahan dengan lelaki yang macamtu, mmg oshinz bagi tabik spring la wa cakap same lu!! sangat kebal btul.. kalo oshinz berada di tempat anda yang kuat-mampu-bertahan tu, da lame oshinz lariks~~ angkat kaki.. blah laju2. seriousla weh.. mane bley tahan!! sblm ade ikatan yang kukuh pun lelaki tu dah berani nak angkat tangan, dah lelame nnt jgn terkejutla kalo die berani nak tolak anda daripada bangunan yang setinggi KLCC tu. ha.. tak takut ke? hehe.. if i'm not mistaken, berdasarkan schemata oshinz.. lelaki yang memang dari saat perkenalan da tunjukkan kebuasannya tu susah nak berubah. so jgnla nak bermimpi keajaiban berlaku di kemudian hari.. tapi tak tau gak kan.. so, kat bawah ni oshinz ade sediakan skit info pasal penganiayaan terhadap wanita sebagai rujukan kepada sesiapa yang kurang jelas terhadap pentakrifan isu tersebut. check it out!!

*info dicilok drpd Pertubuhan Pertolongan Wanita [WAO]*

Penganiayaan terhadap wanita berlaku apabila lelaki menganggap wanita mempunyai taraf yang lebih rendah daripada mereka. Keganasan terhadap wanita merupakan jenayah kerana perbuatan ini telah melanggar hak2 asasi manusia.

  • Kuasa dan kawalan merupakan faktor keganasan.
  • Wanita mempunyai hak untuk merasa selamat dan lelaki tidak berhak sama sekali memukul wanita.
  • Lelaki mesti bertanggungjawab terhadap setiap perlakuan ganas mereka.
  • Keganasan terhadap wanita tidak dijustifikasikan sama ada dari aspek sosial, budaya atau ekonomi.
  • Setiap individu mesti peka tentang keganasan terhadap wanita ini-tidak boleh bertoleransi!

KATEGORI UTAMA KEGANASAN TERHADAP WANITA

1. PENDERAAN PSIKOLOGI & EMOSI
  • ugutan
  • penganiayaan
  • menjatuhkan maruah wanita
2. PENDERAAN FIZIKAL
  • pukul, tumbuk, tampar, gigit, tendang, lukakan, patahkan tulang, baling barang & bersenjata
  • halang keperluan harian-makan, minum, tidur & tempat perlindungan
3. PENDERAAN SEKSUAL
  • memaksa melakukan atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan wanita tersebut
  • menyakitinya ketika melakukan hubungan seksual
4. PENDERAAN SOSIAL
  • wanita diasingkan dari mendapat sokongan luar dan hanya boleh bergantung kepada pasangan sahaja
5. PENDERAAN KEWANGAN
  • tidak dibenarkan mencari pekerjaan, membuka akaun bank atau simpan pendapatan sendiri
Wahai wanita sekalian,
Jangan butakan mata dan seksakan jiwa hanya kerana anda sayangkan pasangan anda.
Dapatkan bantuan segera..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments :