let's talk about C!NT4


Permulaan cinta adalah

membiarkan orang yang kamu cintai
menjadi dirinya sendiri
dan
tidak merubahnya
menjadi gambaran yang kamu inginkan
jika tidak
kamu hanya mencintai
pantulan diri sendiri
yang kamu temukan di dalam dirinya

*******

Jika ia sebuah cinta
ia tidak hadir dengan permintaan
namun ia hadir kerana ketentuannya
jika ia sebuah cinta
ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan
namun
ia hadir kerana
pengorbanan dan kesetiaan

*******

Cinta perempuan itu
diibaratkan seperti layang-layang
bila dikejar ia lari
bila ditunggu ia menanti
manakala cinta lelaki
adalah seperti cermin
walaupun ia tidak berbohong
namun sukar untuk dipercayai
sedangkan cinta itu sendiri
adalah seperti sang rembulan
yang menerangi kegelapan malam yang gelita
tetapi sampai hati
membiarkan pungguk merinduinya

*******

Jangan simpan kata-kata cinta
pada orang yang tersayang
sehingga dia meninggal dunia
lantaran akhirnya
kamu terpaksa
catatkan kata-kata cinta itu
pada pusaranya
sebaliknya
ucapkan kata-kata cinta
yang tersimpan dibenakmu itu
sekarang
selagi ada hayatnya..

:: S.E.L.A.M.A.T B.E.R.C.I.N.T.A YA!! ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments :