being matured


hoyeaahh.. belog dapat baju baru untuk tahun 2013. hikhik. sebab utama penukaran ini terjadi adalah:

pertama: bosan dengan keseragaman warna kelabu-putih-pink-oren yang dulu. saya rasa macam terlalu stereotype sangat untuk golongan perempuan. asal perempuan je, main color nak pinkish. maksud saya, bukan semua. tapi kebanyakan. hehheh. pandai-pandai buat observation.

kedua: saya mahu something yang bersifat plain tapi colorful. taknak putih. sebab too plain. nampak suci sangat. oh.. baju belog yang dulu tu sarat. tarikh nak stripes, sidebar punya header pun nak seragam juga dengan background. semak woi! sendiri rasa macam sakit mata. kahkah. kali ni, saya combinekan warna-warna saya suka iaitu chartreuse, orange, light grey, sky blue, black, pink, dusty aqua dan sedikit grey, juga sedikit brown. al-maklumlah, selalu sangat surf pasal wedding theme sebelum ni. terus ter-suka macam-macam colour. tamak. eh?

ketiga: no more robot-hati. no more. no more. nampak budak-budak. tapi sebenarnya sayang gambar robot-hati tu.. sebab saya rasa comel macam bumblebee. oh tak sabar nak tunggu filem transformers 4. hero baru mungkin. tiada lagi shia labeouf. so, header yang baru lebih simple. bubuh nama belog. bubuh nama pemilik belog. walaupun setakat pseudonym je. saje nak letak penegasan. padahal bukan rajin pun nak mengarang panjang-panjang. padahal lagi satu, selalu je share info copy paste. lagi-lagi time hari jumaat. hehe.

keempat: nak nampak maturedla sikit kan. dah jadi woman katanya. aritu gegirl lagi. hehe. woman dalam ertikata 'a man's wife'. gegirl dalam ertikata 'bujang senang'. jadi, ada juga elemen yang masih dikekalkan. seperti icon loncat-loncat pink kat 'older' dan 'newer post'. 'profile photo' pun masih kekal gambar 'enakei' [nama korean anime]. cuma tukar gambar sebab ada tersama dengan blogger lain. dari segi penulisan, sama tingtong jugak. belum ada rasa nak buat perubahan lagi.

 sekarang punya.

dolu punya.

kelima: sebab stress. jadi kita cari benda yang kita suka nak buat. hehe. lagi pun, sekarang ni senang je nak edit baju belog. ting.. ting.. tingg!! dah siap. tak sampai empat lima jam dah cantik. tak perlu gigih tengok coding sampai juling biji mata. maksud saya, tekan je lah colour ape-ape yang kita suka kat customize template tu. cuma perlu tengok coding time buat blockquote dan kalau gedik nak buat minor changes.
 

 ceh.. being matured la sangat kan?!
basically, major changes dah siap. cuma bahagian footer tu ada nak ubah sikit. itu fikir kemudian.

satu kepelikan saya adalah, kenapa saya punya bahagian komen tu tak boleh tukar daripada 'comment' kepada perkataan lain. jenuh click 'save' kat 'configure blog posts' tapi totap begitu. ketegaq! cubit dia. rasa macam skema benor je guna perkataan tu. hudaluna boleh tolong explain tak? hehe. pesanan kepada huda, sila updet belog still counting. lama tunggu dah ni.

dan untuk sis 4feet8 yang tanya pasal camne nak buat blockquote, sila tekan linkni. saya tak reti nak explain sendiri. hehe. kalau takdapat sis email kite la eh.

terima kasih kepada yang perasan perubahan baju belog ni. muuaahhh sekali. kihkih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments :

Liyaa Mf said...

Rajennyaaa Oshinz! Dah lama dah rasa nak ubah baju belog jugak, beserta ngan header2nya skali. Sng cite salin baju sume. Hehe. Tapi until skang tak kesampaian. Sbb malas agaknya. Sbb b4 ni tak penah nak puas hati 100% ngan template sedia ada yg tinggal uploadkan je. Mesti gatal2 nak ubah coding sume tu. Pastu apa yg dah ubah skang, takut kat template baru tak camtu. Jenuh nak igt semula apa yg penah ubah dulu.

Eh? Entry panjang komen pun kena r panjang kan? :P

aida-myasara said...

tulisan jd kecik..sakit mata mau baca.. harap dapat tukar...

nice blog :)

cha said...

weewit dh rumah baru. samala akak pun dh bosan layout lama tu tuka tu hehe. btw yg skrg much better. less is more :D

Huda Luna said...

wakakakak patut la tersedak

kalau customize template mmg payah tukau comments tu sbb ade dlm coding yg html jela2 tu. mcm dh set. tu sbb tak leh tukauuu



hauauahauahua
nnt la i apdet. pemalas ngadap dashboard. tp kena update selagi tak basi haha

Unknown said...

Sama la. Nk tukaq kayout jugak. Tapi tak daaaannnnn Stressed mak nak!

Jna marcello said...

Na prefer yg dlu laaa ;D

oshinz said...

Liyaa Mf:
amboi.. semangat kemain dia komen ya. ehehe. tapi bagus juga komen panjang-panjang ni. sebab kite suka nak baca..

terjadi rajin sebab stress dengan kerja. so gode belog la pulak. lagipun dah boring dengan baju yang lama tu. hehehe.

masa mula-mula blogging je guna template yang sedia ada. tapi bila dah lama skit, baru reti usik sana-sini. tu pun selalu je tak jadi. kihkih.

aida-myasara:
oh sorry. tulisan dalam entry post masih macam dulu. tulisan yang sama dan saiz pun sama juga. mungkin jadi kecik tu sebab tak abis loading kot. atau internet slow.

thanks.

cha:
hehehe.. thanks akak.

Huda Luna:
ececeh.. tersedak eh? cian dia..

oh ye ke.. emm takpe la benda kecik je pun. cuma macam pelik sikitla. heheh. sebab sblom ni tak pernah jadi camtu.

ha cepat update okeh..

wawan:
hehehe. tak dan la sebab dah ade hannah. nanti hannah tolong tukar sekali kang.

Jna marcello:
la.. ye ke Na? takpelah eh. biarkan layout dulu jadi kenangan.