bestfriend


kalau suatu masa dulu, awak dan dia pernah berkongsi macam-macam cerita. pernah berjanji untuk menjadi bestfriend forever. janji itu sepertinya hanya tersimpan dalam sejarah mudamudi sahaja. awak dan dia pernah bersengketa. salahfaham bukan sekali dua. berkali-kali juga. tapi masih boleh berbaik. masih boleh jadi geng bila ada cara untuk aman kembali. bila perang tamat, bertepuktampar kembali seperti sengketa itu cuma dalam mimpi. tapi itu dulu.

ada satu saat tu, tiba-tiba dia menjauhkan diri daripada awak. awak dan dia bawa haluan. haluan yang berbeza arah. awak tahu citarasa awak dan dia tidak pernah lari jauh. awak tunggu dia berkongsi cerita. awak rindu saat dia minta awak beri idea. tapi dia tidak kembali pada awak. dulu dimana adanya awak, pasti ada dia. setiap cerita dia, dia tidak lupa update pada awak. tapi saat ini, bila awak mendekat, dia semacam tidak mahu. ternyata, dia sudah lain. antara kamu berdua seperti ada jurang. setiap cerita dia ada limitnya.

awak kata awak terkilan. dia tahu, tapi dia membatu begitu.

kalau dia sendiri yang mahu tembok sempadan itu wujud diantara awak dan dia, awak perlu hormati dia. jangan ceroboh sempadan privasi itu. khuatir, awak dicop kurang adap.

apa yang terjadi ini pasti ada sebab. mungkin sebab itu datang dari diri awak sendiri. mungkin sikap awak yang teruk. atau mungkin bukan awak, tapi dia? entahlah. saya rasa tiba masa untuk masing-masing muhasabah diri. sama-sama cari panduan bagaimana cara menjadi sahabat yang baik, disenangi dan disayangi.

semoga berjaya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments :

Liyaa Mf said...

Kdg2 kawan yg terlalu rapat ni, bila gaduh dah susah nak baek cam dulu. Err maybe boleh berbaek, tp serapat dulu tu mungkin susah sket. Kdg2 taktau kat mana silapnya. Puncanya maybe cuma salah paham je. Tp sbb antara mereka sgt saling sayang, tu yg jadinya luka tu terasa sgt dalam. Then, agak sukar nak maafkan. Maafkan boleh, tapi lupakan susah kut :D

4feet8 said...

sy byk kali terkena dgn kwn baik sendiri.. dari zaman sekolah sampailah kerja. sy je duk fikirkan kebaikannya, rahsianya. tapi bg dia, rahsia sy adalah untuk pengetahuan semua org.. sedih sgt.. bestfriend lelaki juga best. tapi, susah bermula bila salah seorang simpan hati..dan mula menjauh..

Cik Yanie (",) said...

u make me miss uols more sis isk isk...