sebelum tidur di waktu malam.. anda pernah terfikir untuk memaafkan orang?
sejujurnya, saya pun tidak punya waktu untuk itu sebelum tidur.
sebab perkara itu bukan sebahagian daripada rutin saya.
lazimnya, saya cuma baca doa tidur dan tarik selimut.
lantas lena melayang mencari mimpi.
tapi pernahkah anda berfikir sejenak..
dalam satu bulan berapa kali anda memaafkan orang di sekeliling?
maaf tu tak mudah macam kita melemparkan senyuman.
setuju?
perlakuan memaafkan tu kadang-kadang boleh jadi mudah.
dan kadang-kadang tu boleh jadi susah.
bila kesalahan yang kecil berlaku secara konsisten,
makin lama makin berat hati untuk memaafkan.
atau bila sampai satu kesalahan yang tak boleh diterima dek akal,
hati kita ragu-ragu mahu memaafkan,
malah berdendam.
kadang-kadang, kita memaafkan dengan syarat.
contohnya begini:
hati kita ragu-ragu mahu memaafkan,
malah berdendam.
kadang-kadang, kita memaafkan dengan syarat.
contohnya begini:
makwe: kenapa lambat?pakwe: tadi masa nak keluar, mak minta tolong hantar pergi bandar.makwe: kenapa tak inform?pakwe: terlupa nak inform, tergesa-gesa tadi. sorry ya.makwe: awak lambat bukan sekali dua.pakwe: ye saya tahu. saya minta maaf. kali ni bukan sengaja.makwe: ye la tu. okay, dimaafkan. tapi lain kali jangan buat lagi.
pakwe: ye baik.
makwe: kalau buat lagi. siaplah awak.
hahaha. dialog di atas cuma contoh. bukan ada kaitan dengan sesiapa. nampak tak si makwe mengenakan syarat semasa memaafkan? biasalah, manusia. perbuatan memaafkan itu adalah kerana sayang. sayang dan tidak mahu kehilangan. tidak mahu ada yang terpisah. sebab kadang-kadang, perbuatan tidak memaafkan itu membuat orang yang tinggal satu bumbung pun terpisah. suami isteri tidak bertegur sapa. berselisih faham dengan kawan-kawan, masing-masing tidak mahu mengalah. sampai sanggup putus kawan. kalau masa kecik-kecik dulu, siapa yang mengalah tu akan cakap: 'kita kawan dengan awak olok-olok je tau.' eleh.. padahal nak je kawan. kalau tak kawan, macammane nak pergi rehat same-same. mula-mula kawan olok-olok pastu nanti lama-lama geng balik. masa sekolah rendah, berapa lama sangatlah kita boleh bertahan tidak bermain dan tidak bercakap dengan kawan kiri kanan kita, kan?
jangan jadikan alasan kita manusia biasa..
tak punya upaya maafkan manusia lain tanpa syarat.
cuba bayangkan kalau Allah mengenakan syarat untuk memaafkan kita..
=)
sedarilah bahawa jika hari ini kita susah mahu memaafkan orang, mungkin esok lusa akan sampai masa orang juga susah mahu memaafkan kita. entri saya bukan bertujuan mahu tunjuk bagus. kerana saya juga manusia biasa. saya juga mahu belajar memaafkan orang lain tanpa syarat. menerima semua yang terjadi itu adalah Qada' dan Qadar Allah. meminta maaf dan memaafkan selagi belum terlambat. selagi belum wujudnya perpisahan yang tidak berganti. selagi punya upaya menyedut oksigen dengan sempurna.
till then, take care guys..
3 comments :
u..i nak mintak maaf ngn u kalau i ada salah silap ya..halalkan segalanya bole?hope u maafkan i :)
SyAfaWaNi ♥‿♥:
nanti i bagi duit raye eh.. hahaha. weh mane ade silap ape2. i okeh je ngan u. u sentiasa behave.
hye oshin///suka entry nie/..
tp mkn mase utk memaafkn sesorg...kan...
hmm..i nk mintak izin nk save kata2 yg kedua tu boleh? nk buat profile pic..hehe
Post a Comment