these kind of hair cuts never ever fail to mesmerize me.
molly and brittani
i love molly's hair more!!
smart okeh..
jimat shampoo!
so you decided to see me out of the blueshould I let you come overI think you’re doing finethat girl in your armsdoes she know where you come fromalmost made me move out of townyou don’t want me to be aroundbut I stayed anywayjust in casefinding reasons to hate you more than beforelike how you said you would callbut never at allgot rid off your number that I know by heartyou left your things at my placeas if I have all the spacecause you know I don’t mindjust come back when you think it’s timeI’m all black and white insidemonotonous from left to rightI decorate my house with things you lovejust in case you show upin case you show up
Readers tak kira lelaki atau perempuan. Tak kira bangsa apa sekali pon. Kali ini aku nak buat satu entry yang amat berguna untuk korang semua. "BUKAN SALAH PEREMPUAN". Ecehh.. dah macam tajuk drama TV3 kan? Haha. Sebenaqnya aku nak share dekat korang kenapa perempuan suka buat hal, suka buat perangai, suka merajuk tak tentu pasal bila tiba masanya dan keadaanya. Kadang-kadang tengah happy-happy dia nak buat perangai lah pulak! Ini bukan salah kaum hawa. Habis tu salah siapa? Salah kaum adam? Tak jugak! Ini salah ESTROGEN! Kenapa nak salahkan estrogen? Apa benda estrogen itu? Apa kene mengene perempuan-marah-estrogen? Ni aku nak cerita lah ni, sabar boleh tak?
Estrogen merupakan satu binaan atau hormon yang membezakan hangpa ni lelaki or perempuan. If hangpa perempuan hangpa mesti banyak estrogen dalam badan hangpa dan sekiranya hangpa lelaki hangpa kurang bende alah ni, hangpa lagi banyak hormon testosteron. If hangpa kunsar? Hangpa boleh pikir lah mana satu ada dalam badan hangpa.
Menstrual Cycle
Tau pasal menstrual cycle? Kitar haid? If kaum hawa tak tahu aku rasa better korang tak payah jadi kaum hawa. Better korang jadi alien pon lagi bagus. Haha. Dan aku yakin tak ramai kaum adam yang nak amik tahu pasal ni. Bukan kerja diorang pon kan. Bukan ada keluaq darah pon dekat kemaluan diorang nih. Takde point pon diorang nak amik tau. Ye dok? Tapi kali ini aku nak suruh korang semua amik tahu pasal nih. Bende ini terjadi kat adik beradik perempuan hang termasuk mak hang and nenek hang dan kawan-kawan perempuan hang dan jugak awek hang.. HARUS ambil tahu!
Menstrual cycle ini merupakan satu perubahan physical yang berlaku terhadap kaum hawa yang subur. If tak subur susah sikit dia nak berlaku dengan betol cycle ini. Menstual cycle ini lah yang menyebabkan berlakunya haid pada kaum hawa. Keluaq darah dekat bawah sana. Tau kan? Aku nak explain details-details kang aku takut kene kutuk dengan budak-budak blajaq medic. Tapi aku nak tekankan lah. Bila nak berlakunya ovulation masa menstrual cycle ini, hormon estrogen akan dirembeskan dengan banyak masa ini. Hangpa tengok diagram yang aku kasi tu, ada satu peringkat dimana hormon estrogen graf dia menaik. Ha!! kat situ lah selalunya perempuan akan buat ragam kerana hormon estrogen ini lah yang mempengaruhi mood kaum hawa ini. Hangpa lelaki susah nak faham sebab hangpa kurang hormon ini. Seriously hormon estrogen ini lah yang membuatkan kaum hawa selalu nak beremosi. Diorang bukan sengaja nak beremosi pon. So hangpa jangan lah salahkan dia. Nak buat camna bila tuhan dah kasi kaum hawa ini dengan banyak hormon estrogen ini. Bukan depa nak pon.
Apa pulak kene mengene kacang soya dengan hormon estrogen pulak ni? Ha! ini lah aku nak kabar kat hangpa semua. Kacang soya yang orang selalu duk kata baguih sangat ni takda lah baguih mana pon. Hangpa tahu tak kacang soya ini merupakan salah satu makanan yang tinggi kandungan hormon estrogen dalam ini? Hangpa tau tak hormon estrogen yang berlebihan dalam badan hangpa boleh menyebabkan hangpa lemah? Boleh mendatangkan pelbagai penyakit termasuk kanser payudara? Hangpa tahu tak? Hangpa tahu tak kenapa matsaleh galakkan kita minum sangat air kacang soya keluaran diorang ini? Depa nak kita ni lemah! depa nak kita ni sakit! Depa nak bunuh kita. Hang tau tak walaupon depa duk galak-galakkan kita duk minum air kacang soya ini sebaliknya depa sikit pon tak sentuh air kacang soya ni? Hang tahu tak? Hang tahu tak depa duk minum coffee! depa duk minum teh! tapi duk canang satu dunia teh and coffee tak baguih untuk kesihatan? Hang penah fikir dak kenapa?
Mak-mak hangpa mesti cakap if mengandung elok minum kacang soya ni. Nanti anak kulit putih macam matsaleh? Itu semua bohonglah belaka. Hang tahu tak bayi yang mak depa minum banyak kacang soya ini selalunya akan mengalami masalah kulit? Hormon terlebih dalam badan. Sekarang hang tau tak kenapa banyak lelaki bersifat macam wanita? Hang tau tak? Sebab mak-mak menggalakan anak depa minum air kacang soya masa anak depa mengandung. Hebat betol matsaleh musnahkan benih-benih manusia akan datang. Hang tak percaya apa aku tulih ni, hang boleh google and hang research. TRY lah!
Dah melalut pulak aku rasa sekarang ini. tapi takpa lah. Aku nak kasi hangpa sekalian sedaq sikit tentang bahayanya hormon estrogen ini. Makin banyak hormon estrogen dalam badan kaum hawa makin ladies dia and makin sensitive. Makin kurang, makin ganaslah dia umpama tomboi. Ini betol. Aku tak tipu.
makwe: kenapa lambat?pakwe: tadi masa nak keluar, mak minta tolong hantar pergi bandar.makwe: kenapa tak inform?pakwe: terlupa nak inform, tergesa-gesa tadi. sorry ya.makwe: awak lambat bukan sekali dua.pakwe: ye saya tahu. saya minta maaf. kali ni bukan sengaja.makwe: ye la tu. okay, dimaafkan. tapi lain kali jangan buat lagi.
pakwe: ye baik.
makwe: kalau buat lagi. siaplah awak.
1. Berusaha menyediakan diri sebagai produk solehah yang diidam-idamkan. Kalau dulu selalu solat bersendirian, belajarlah untuk solat berjemaah pula. Supaya nanti boleh mengimamkan anak-anak di rumah. Kalau dulu kurang pandai memasak, rajin-rajinkan diri untuk turun membantu ibu di dapur. Kalau dulu bangun setelah matahari tegak di atas kepala, belajarlah untuk tidak tidur selepas subuh. Biasanya produk solehah yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya akan mendapat sambutan tinggi di pasaran dunia dan akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serahkanlah kesediaan hati anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.
2. Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya mudah dimiliki oleh lelaki yang kurang berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki(hanya dengan sedikit SMS, call dan puji-pujian), senang pula untuk dipersia-siakan. Fitrahnya, sesuatu yang sukar untuk dimiliki akan lebih dihargai dan dipelihara dengan baik. Begitu jua hati dan dirimu wahai saudariku. Serahkanlah kepada yang benar-benar layak sahaja.
3. Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin di kalangan abang mereka, saudara mereka, dan sebagainya yang soleh-soleh juga. Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat, hanyalah sekadar wasilah semata-mata. Bila kita menghampiri penjual minyak wangi, tempias wanginya mengharumi kita. Sebaliknya pula bila kita rapat dengan tukang besi, baju kita mungkin terbakar terkena tempias api yang membakar besinya. Begitulah kesannya pemilihan kawan yang betul dalam membentuk peribadi diri kita.
4. Jika anda terpikat dengan agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan ‘malu’ anda di matanya.
5. Minta ibu bapa, abang atau saudara-mara yang mencarikan jodoh untuk anda. Pengalaman dan restu mereka insyaAllah menjamin kesinambungan keluarga bahagia yang anda impikan.
6. Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik ,mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia, iaitu terus melibatkan ibubapa atau orang tengah.