tarian ayam

hari ini, saya mahu ber-chicken dance guys.
jom sama-sama buat nak tak?
tapi sebelum tu, kite hafal step dulu.
step dia, alahai sangat kacang mak enon weh.
jom hafal dulu:
1. apabila muzik tarian ayam bermula, bersedia untuk memulakan langkah hoi.
2. bila dengar muzik nanana.. angkat tangan ke hadapan-separas-bahu. gunakan jari untuk buat bentuk paruh. buka dan tutup paruh empat kali.
3. letakkan ibu jari di ketiak, kepakkan siku empat kali.
4. goyangkan pinggul ke kiri ke kanan sambil bengkokkan lutut. goyangkan pinggul empat kali.
5. berdiri tegak dan tepuk tangan empat kali.
6. ulang langkah 2-5 sebanyak empat kali.
7. buat gerakan bebas. angkat tangan ke atas dan berpusing-pusing sambil pusingkan tangan. atau hayunkan tangan dan perpusing-pusing. atau buat macam video kat bawah ni:

okay settle dah.
kalau kamu orang mahu muzik yang full version, google ya.

sebenarnya, saya gembira sebab follower saya mencecah lima ratus.
akhirnya!! hasil empat tahun berblogging.
dear my follwers,

terima kasih. saya tahu, followers saya kebanyakannya lebih suka menjadi silent readers. saya tahu, followers saya ada yang follow je tapi tak bace pun. saya tahu, followers saya adalah newbies. saya tahu, followers saya adalah blogger yang follow saya setelah saya jadi sebahagian daripada followers dia. saya tahu, followers saya adalah terdiri daripada kawan-kawan real life saya. saya tahu, followers saya ada yang dah tak aktif berblogging lagi. dan saya tahu, ada yang link-kan saya tapi tidak follow. never mind, never mind.. terima kasih banyak-banyak kerana follow saya.

saya emosi. jadi saya perlukan tempat untuk meluahkan. saya juga kuat lupa. jadi saya perlukan tempat untuk menyimpan memori tersebut. saya suka berkongsi maklumat. apa yang saya rasa maklumat itu penting untuk  semua orang dan untuk saya rujuk di kemudian hari, saya akan simpan di sini. sebab tu entri saya ade je yang copy dan paste. hehe. saya tahu saya comot. sebab tu saya tidak publish gambar saya di blog. life saya biasa saja. tidak reti mencari fun. fun pada saya, tidak bererti fun pada semua orang. sebab tu saya jarang cerita pasal kehidupan saya di blog. kadang-kadang tulis. kadang-kadang tidak. kadang-kadang tulis tapi tak jelas. haha. saya menulis ikut suka hati. maaf ya kalau gaya penulisan saya seperti syok sendiri. saya tidak reti menulis. saya tidak reti buat kelakar. maaf kalau ada yang tidak suka membaca apa yang saya tulis di blog ini.

sekian saja untuk kali ini. terima kasih sudi baca.

yang benar;
penulis chomot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments :

Cik Yanie (",) said...

alala comot tapi comel..ha ok,da bole mtk upah,bak!hihi

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

eh eh tarian pebret i lah..buat kat bilik jom weh!! haha..miss daff join jomm!