bersanding: perlu atau tidak?

sebenarnya, entri ini sudah lama terperam. sangat lama. hari ini baru decide nak share. sebab masa saya post entri terfaktab bulan lepas, ada hamba Allah tinggalkan komen tanpa nama. dia kata bersanding tu hukumnya "haram". kalau mahu baca komennya boleh tekan gambar di bawah:

klik image untuk view

saya pun tidak pasti sama ada hukumnya haram atau tidak. sebabnya, bila sebut perkahwinan orang melayu je, automatik dalam otak sudah tahu ada majlis pernikahan dan ada majlis persandingan. adat orang melayu begitulah. so hukum bersanding ni bagaimana sebenarnya? haram atau tidak?
 

hasil dari pembacaan saya, hukum bersanding adalah HARUS jika:
1. tiada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
2. tiada pembaziran dan tiada aktiviti yang melalaikan sehingga meninggalkan solat.
3. istiadat merenjis dilakukan dengan niat untuk meriah dan menyerikan majlis semata-mata.
4. kedua-dua mempelai menutup aurat di hadapan orang yang boleh dikahwininya.
etika pemakaian:
1. Pakaian yang tidak nipis dan ketat.
2. Pakaian yang menutup keseluruhan aurat kedua-dua mempelai.
3. Menghias wajah sekadarnya.
hukum bersanding boleh menjadi HARAM jika:
1. guna beras kunyit, jampi mentera semasa berandam atau ketika mendirikan pelamin.
2. melakukan larangan Allah seperti membuang bulu kening dan mengikir gigi.
3. berlaku percampuran bebas antara lelaki dan wanita
4. melakukan pembaziran dalam menyediakan kelengkapan untuk persandingan seperti pelamin yang mahal.
5. menghias diri berlebih-lebihan sehingga melanggar batasan syara’ seperti pengantin lelaki memakai emas dan sutera, pengantin perempuan berpakaian membuka aurat dan bertabarruj.
nota tambahan:
menurut Utusan Malaysia, "persandingan hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja." namun, penjelasan di dalam Halaqah pula, "tujuan persandingan mengikut adat ialah untuk memperkenalkan kedua-dua pengantin kepada ahli keluarga dan orang ramai. maka kita katakan, tiadalah masalah jika kita ingin memperkenalkan kedua-dua pengantin kepada orang yang hadir dengan syarat ia perlu diraikan mengikut adab-adab yang telah dijelaskan."

wallahu 'alam.

setakat ini saja yang saya dapat share. sebenarnya artikelnya tersangat panjang dan penerangan yang diberikan amat terperinci. tapi saya lebih suka buat point form mengikut pemahaman saya. kalau kamu mahu baca lebih lanjut, sila tekan sini dan sini. lepas ini bolehlah pertimbangkan majlis persandingan yang bagaimana kamu mahukan. *senyum*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments :

Ainee Cumi said...

Tak payahlah berpelamin ni AI. Bazir! Serius cakap..

::Aja:: said...

ayah aja memang xbagi berpelamin..kata bukan ada dlm ajaran Islam..yepp.ia cume adat sbb dulu melayu beragama hindu (sejarah)..so bnda tu dah mcm tradisi.tp.macam aja.nakkan ada pelamin as tempt bergambr..so kene DIY la sebb ayah dah xbagi kebenran..:)

enyheartsdiamond said...

saya macam malu je nak bersanding.. nanti semua orang tengok.. hehe :)

cha said...

once in a lifetime. so fikir yg terbaik ye :)