serius tidak faham kenape lelaki dalam elevator tu pegang pisang.
ade sesiapa boleh kasi tahu tak kenapa?
and life makes love look hard. don't you worry your pretty little mind. people throw rocks at things that shine. but they can't take what's ours. they can't take what's ours. the stakes are high, the water's rough. but this love is ours. -taylor swift-
sejak dulu lagi saya bukan penggemar nescafe.. sebab utama tak suka minum nescafe adalah malas nak ke bilik air banyak kali. serius! once dah minum nescafe, mesti rasa nak buang air kecil secara pukal. sampai toilet tu pun dah menyampah tengok asyik-asyik muka yang sama je bertandang. haih.. bibir pun jadi kering. dah tak seksi macam angelina jolie. kehkehkeh..
masa jadi student universiti ni, baru mencuba macam-macam jenis minuman yang boleh tahan ngantuk. saya ingat lagi, masa semester pertama saya cuba minum red bull. sekali minum, terus bantai dua tin. telan dua tin bukan sebab minat, tapi sebab kawan cakap red bull ni boleh jadi teman sejati time study week. dia cakap; "ko telan dia, ko boleh bertahan sepetang mengadap nota segala mak nenek ni." haha. red bull tak sedap. tapi telan juga sebab pengaruh rakan sebaya.
lepas tu, bila dah pandai sikit mencari minuman lain. saya cuba minum pearl kacip fatimah pula. rasa dia best! dan berkesan. sampai ada satu kali tu, saya jadi mangsa keadaan. mengulangkaji dari tengah malam ke subuh. time tu exam pagi. dan sebelum pergi exam tu, minum pearl. sebab takut mengantuk masa tengah dalam dewan exam kononnya. bila balik dari exam tu, badan letih, mata letih, otak pun letih. terus decide to have a short nap. tapi mata tidak mahu memberi kerjasama hoi.. mengantuk yang tersangat-sangat tapi tak boleh tidur. merana gila tahu? masa tu rasa macam mahu tanggalkan biji mata dan letak dalam peti ais. hee.. scary kot.
eh sebenarnya mahu cakap pasal tak bagus sangat minum nescafe ni. sebab nescafe boleh merosakkan buah pinggang dan membuatkan jantung bermasalah juga. tapi bukan setakat nescafe je kawan-kawan. makanan sedap yang lain juga perlu diberi perhatian. jadi mari kita sama-sama amalkan beberapa tips dibawah untuk memastikan jantung kita dapat berfungsi dengan baik. jantung sihat, kita pun turut gembira. hoyeahh!!
cuba elakkan:
1. minum nescafe dan ambil krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. ambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi
4. susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu
5. makan sebarang makanan yang mengandungi marjerin
6. makan burger, nudget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. mandi selepas makan
8. makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.
#aiskrim pun kena elakkan juga? h*sk%c@!!lemah perut. =___=
cuba amalkan:
1. beli jintan hitam atau nama popularnya habbatussauda dan makan setiap hari.
2. makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam.
3. ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit, selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
your time is limited, so don't waste it living someone else's life. don't be trapped by dogma -- which is living with the results of other people's thinking. don't let the noise of others' opinions drown out your own inner voice. and most important, have the courage to follow your heart and intuition. they somehow already know what you truly want to become. everything else is secondary. -Steve Jobs-
filem ini membuatkan saya mahu terjah pawagam sekali lagi.
tak puas tengok abang pendek ini panjat burj khalifa macam cicak man.
dan aksi jane menendang satu perempuan assassin keluar dari menara dubai itu.
dan aksi-aksi lain yang superbest gila!
ada anil kapoor hoi.
sumpah tak menyesal walaupun kena ubah plan berfoya dari oneutama ke cineleisure dan ikea.
sebab utama plan berubah: mission impossible ghost protocol di oneutama full house.
gadis:ha awak.. hari tu awak cakap dengan saya, awak nak pakai braces kan? kawan saya dah pakai braces, lepas tu dia cakap dia kena korbankan gigi dia. tapi tak banyaklah. cuma empat batang gigi je.
jejaka: ha.. empat batang gigi? kenapa kena cabut banyak sangat nih?!
gadis:entah. kawan saya cakap, doktor kata sebab nak tarik gigi-gigi yang terkeluar dari landasan tu berada di atas landasan yang sebenar. so bila dah cabut empat batang gigi tu, barulah ada ruang untuk gigi yang ditarik tu.
jejaka: tapi kenapa sampai empat? banyak kot. kalau tak cabut tak boleh ke?
gadis:kalau tak cabut, macammane nanti susunan gigi tu nak cantik?
jejaka: yelah, tapi saya tetap tak faham kenapa kena cabut gigi banyak-banyak macam tu. (-_-")
gadis: (-_-") nanti awak pergi klinik tu, tanya doktor tu sendiri ya. consultation lima hinggit je pun.
jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu. tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu. jika engkau minta satu dunia akan aku coba. ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia. hati ini bukan milik ku lagi. seribu tahun pun akan ku nanti kan kamu. sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku. terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu. -yuna-
gambar paling kegemaran!! sebab pertama: jatuh cinta sama backdropnya. sebab kedua: pasangan ini comel dan pandai bergaya dan fotogenik. maksud saya pandai bergaya tu macam pandai kawal ekspresi muka supaya gambar tu nampak macam candid yang cantik. cuba kalau suruh saya buat-buat macam betul-betulkan cermin mata dan sengih tayang gigi macam kakak comel di atas, heeemmmm sumpah buruk gila. dan mesti nampak macam tak natural. tau dah.. ok bai! eh lupa nak cakap, sebenarnya saya sangat suka kesemua shoot couple ni. mereka jamming sama-sama. *sengih*
comel lah adik kecik ni. phewitt phewwittt.. hai adik comel, boleh kita berkenalan? *senyum paling lebar sambil hulur tangan* hehe. bila saya tengok gambar ni. saya senyum sorang-sorang. sebab saya terasa gembira tengok gambar ni. die punya kegembiraan tu terus zaasss masuk dalam hati saya. sekali pandang macam mereka ni tengah lumba lari, siapa sampai dulu dia lah juara. lepas tu, yang pakai baju kurung tu cuba main ngelat. lepas tu adik kecik ni tak kisah pun. dan dia gigih berlari. lari cepat lari cepat adik kecik! ape saya melalut ni? *padah kerana terlebih daya imaginasi*
sooo suuuwwwiiiittt!! walau pun cuma meja, cupcake dan lantai.. boleh simpan gambar ini untuk buat wordless wednesday. haha. saya pun tak tahu kenapa saya suka gambar ni. mungkin sebab gambar ni simple dan melalui gambar pun kita tahu yang ada sesuatu terjadi dan semestinya ia berkaitan cinta. ala ala macam lagu alyah tu: hati ku hati mu menjadi satu cinta. u got what i mean? okeh next..
yeay.. maternity shoot! comel kan anak patung tu.. dan baju baby tu pun super comel. mommy and daddy-to-be pun comel juga. sangat caring oh. gambar black and white yang santai dan candid. saya memang suka tengok gambar candid. undeniable!
gambar ni macam kat gurun sahara. eh pandai-pandai pulak saya ni. tapi gurun sahara yang tanah dia warna merah. haha.. boleh? gambar ni patutnya letak caption macam ni: kemana pun dikau pergi, kita akan tetap bersama. like, u jump i jump!
romantik habis dah ni.. konsepnya macam poster drama cinta elysa slot lestari tivitiga. yang ade botak dengan fasha sanda tu kan? tapi fasha sanda dengan botak tak boleh posing macam ini maaa... kalau posing macam ni mesti kena kamehameha lagi teruk kot. bukan setakat ex-girlfriend botak marah, satu malaysia kutuk. emm ke tak eh? rugi rugi. itu lah untungnya jadi suami isteri, boleh peluk-peluk dan posing macam ni kat atas kerusi pun takde siapa kesah. *senyum*
yang pic last paling suka juga. photographer dan pasangan. enam tahun bersama. masih teguh cintanya. ouccchhhh!! gambar ini ada soul. kalau gambar ini milik saya, mesti saya akan cuci gambar ni paling besar dan tampal kat dinding bilik. hari-hari mesti tengok. gambar pemberi semangat positif. pendek kata, gambar pembakar semangat. kalau takde semangat, buat ape pun tak boleh.
sebenarnya, entri ini sudah lama terperam. sangat lama. hari ini baru decide nak share. sebab masa saya post entri terfaktab bulan lepas, ada hamba Allah tinggalkan komen tanpa nama. dia kata bersanding tu hukumnya "haram". kalau mahu baca komennya boleh tekan gambar di bawah:
klik image untuk view
saya pun tidak pasti sama ada hukumnya haram atau tidak. sebabnya, bila sebut perkahwinan orang melayu je, automatik dalam otak sudah tahu ada majlis pernikahan dan ada majlis persandingan. adat orang melayu begitulah. so hukum bersanding ni bagaimana sebenarnya? haram atau tidak?
hasil dari pembacaan saya, hukum bersanding adalah HARUS jika:
1. tiada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
2. tiada pembaziran dan tiada aktiviti yang melalaikan sehingga meninggalkan solat.
3. istiadat merenjis dilakukan dengan niat untuk meriah dan menyerikan majlis semata-mata.
4. kedua-dua mempelai menutup aurat di hadapan orang yang boleh dikahwininya.
etika pemakaian:
1. Pakaian yang tidak nipis dan ketat.
2. Pakaian yang menutup keseluruhan aurat kedua-dua mempelai.
3. Menghias wajah sekadarnya.
hukum bersanding boleh menjadi HARAM jika:
1. guna beras kunyit, jampi mentera semasa berandam atau ketika mendirikan pelamin.
2. melakukan larangan Allah seperti membuang bulu kening dan mengikir gigi.
3. berlaku percampuran bebas antara lelaki dan wanita
4. melakukan pembaziran dalam menyediakan kelengkapan untuk persandingan seperti pelamin yang mahal.
5. menghias diri berlebih-lebihan sehingga melanggar batasan syara’ seperti pengantin lelaki memakai emas dan sutera, pengantin perempuan berpakaian membuka aurat dan bertabarruj.
nota tambahan:
menurut Utusan Malaysia, "persandingan hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja." namun, penjelasan di dalam Halaqah pula, "tujuan persandingan mengikut adat ialah untuk memperkenalkan kedua-dua pengantin kepada ahli keluarga dan orang ramai. maka kita katakan, tiadalah masalah jika kita ingin memperkenalkan kedua-dua pengantin kepada orang yang hadir dengan syarat ia perlu diraikan mengikut adab-adab yang telah dijelaskan."
wallahu 'alam.
setakat ini saja yang saya dapat share. sebenarnya artikelnya tersangat panjang dan penerangan yang diberikan amat terperinci. tapi saya lebih suka buat point form mengikut pemahaman saya. kalau kamu mahu baca lebih lanjut, sila tekan sini dan sini. lepas ini bolehlah pertimbangkan majlis persandingan yang bagaimana kamu mahukan. *senyum*
jom sama-sama buat nak tak?
tapi sebelum tu, kite hafal step dulu.
step dia, alahai sangat kacang mak enon weh.
jom hafal dulu:
1. apabila muzik tarian ayam bermula, bersedia untuk memulakan langkah hoi.
2. bila dengar muzik nanana.. angkat tangan ke hadapan-separas-bahu. gunakan jari untuk buat bentuk paruh. buka dan tutup paruh empat kali.
3. letakkan ibu jari di ketiak, kepakkan siku empat kali.
4. goyangkan pinggul ke kiri ke kanan sambil bengkokkan lutut. goyangkan pinggul empat kali.
5. berdiri tegak dan tepuk tangan empat kali.
6. ulang langkah 2-5 sebanyak empat kali.
7. buat gerakan bebas. angkat tangan ke atas dan berpusing-pusing sambil pusingkan tangan. atau hayunkan tangan dan perpusing-pusing. atau buat macam video kat bawah ni:
okay settle dah.
kalau kamu orang mahu muzik yang full version, google ya.
sebenarnya, saya gembira sebab follower saya mencecah lima ratus.
akhirnya!! hasil empat tahun berblogging.
dear my follwers,
terima kasih. saya tahu, followers saya kebanyakannya lebih suka menjadi silent readers. saya tahu, followers saya ada yang follow je tapi tak bace pun. saya tahu, followers saya adalah newbies. saya tahu, followers saya adalah blogger yang follow saya setelah saya jadi sebahagian daripada followers dia. saya tahu, followers saya adalah terdiri daripada kawan-kawan real life saya. saya tahu, followers saya ada yang dah tak aktif berblogging lagi. dan saya tahu, ada yang link-kan saya tapi tidak follow. never mind, never mind.. terima kasih banyak-banyak kerana follow saya.
saya emosi. jadi saya perlukan tempat untuk meluahkan. saya juga kuat lupa. jadi saya perlukan tempat untuk menyimpan memori tersebut. saya suka berkongsi maklumat. apa yang saya rasa maklumat itu penting untuk semua orang dan untuk saya rujuk di kemudian hari, saya akan simpan di sini. sebab tu entri saya ade je yang copy dan paste. hehe. saya tahu saya comot. sebab tu saya tidak publish gambar saya di blog. life saya biasa saja. tidak reti mencari fun. fun pada saya, tidak bererti fun pada semua orang. sebab tu saya jarang cerita pasal kehidupan saya di blog. kadang-kadang tulis. kadang-kadang tidak. kadang-kadang tulis tapi tak jelas. haha. saya menulis ikut suka hati. maaf ya kalau gaya penulisan saya seperti syok sendiri. saya tidak reti menulis. saya tidak reti buat kelakar. maaf kalau ada yang tidak suka membaca apa yang saya tulis di blog ini.
sekian saja untuk kali ini. terima kasih sudi baca.
sudah hujung tahun ini, baru saya perasan. hampir majoriti kawan-kawan bloggers yang ada dalam list "bakal ratu" sudah selamat menjadi ratu di hati husband masing-masing. *senyum* setelah selesai segala fasa stress pening kepala dan drama, akhirnya selesai diijabkabul. tahniah sekali lagi!
saya belum ada kesempatan untuk mengemaskini list "bakal ratu" itu. rasa macam sayang pula nak pindahkan ke list lain. hehe. so kepada "bakal ratu" yang lain, tinggalkan link kamu di ruangan komen ya. bolehlah saya mengikuti perkembangan kamu pula.
siapa sudah tengok twilight? saya belum berkesempatan lagi. ombak rindu pun belum sempat tengok. padahal filem ombak rindu itulah cerita yang paling ditunggu-tunggu. haih.. saya bukan peminat cerita twilight tu pun. tapi lagu christina perri - a thousand years, sangat membuai perasaan. ha yang tu saya minat. dan saya suka.. ehehe.
one step closer. .i have died everyday waiting for you. .darling don't be afraid I have loved you. .for a thousand years. .i'll love you for a thousand more. .time stands still. .beauty in all she is. .i will be brave. .i will not let anything take away. .what's standing in front of me. .every breath. .every hour has come to this.
dan saya rasa lagu ini sesuai untuk majlis perkahwinan, betul tak?
"persefahaman ini di mana kita mencari sesuatu titik. titik yang benar. titik yang elok. titik yang baik. persefahaman hanya akan wujud bila kita dua dua pegang teguh dengan ajaran agama. sebab, hanya agama yang mampu mengajar seseorang sesuatu yang perlu dilakukan dan sesuatu yang perlu di tinggalkan. persefahaman akan wujud bila kita faham dan menerima/akur sesuatu itu betul atau sesuatu itu salah. tapi macam mana kita nak faham tu? hanya dengan tahu nya agama Islam, berpegang nya dengan hukum Allah. dan kita akan tahu hak kita, limit kita dan peranan kita masing masing. sebelum kita nak laksana kan, kita kena faham, nak faham kena tahu, hanya dengan ada nya ilmu dan pegangan, kita tahu. tapi jangan pernah lupa, kita berusaha yang menentukan semua nya juga hanya Allah SWT. kejar lah berkat dalam setiap usaha kita. InsyaAllah."