penangan multicooker

selama lima tahun menjadi student di universiti banyak monyet ni, saya teringin sangat nak bawa toaster. kalau bawa toaster, bolehlah kenduri roti bakar bersama geng. tapi.. emmmm.. tapi macam takut nak bawa, sebab dekat kolej mana boleh bawa benda macam tu. duduk kolej memang banyak sangat rules, sampai rasa menyampah dah nak ingat segala mak nenek rules tu. kalau kantoi, sila redha bayar saman. kalau tak redha, sila duduk rumah sewa. boleh buat suka hati. ha.. kesudahannya, sampai semester ke-4 tahun kedua master pun, masih termimpi-mimpi toaster. haiihhh.. susah betul jadi orang penakut ni. bila teringat toaster, otak ni automatik memproses andaian serupa ini:
kalau dah namanya spotcheck, mestilah dibuat secara tiba-tiba..
time tu, haruslah blur tak tahu menahu kegiatan spotcheck berlaku.
makanya, tak tahu nak sorok dekat mana benda alah toaster ni.
lepas tu, kantoi.. dan lepas tu lagi, muka ni juga yang kena saman.
Ohhhhh tttiiiddaaaaakkkkkkkkkk!!!
duit terbang melayang hanya kerana toaster?!! hhheeellll NO!!
tapi kan.. tapi kan.. sekarang kite dah ada multicooker. ha puas hati! ini semua angkara cafe ditutup. dahla susah nak dapat bas time cuti macam ni, pastu cafe tutup.. macammane nak dapat makanan?!!! lepas tu, jiran sebelah tiap-tiap hari masak. hari ini dia masak cekodok pisang, esok dia masak nasi lemak, lusa dia goreng nasi. haaaa.. kite ni tiap-tiap hari dapat hidu bau je. tergugat keimanan sungguh. dahla iman pun tak berapa nak kuat. haiiihhhh.. tergoda tau tak?

time-time puasa ni, tak keluar pergi bazar ramadhan pun takde hal. sebab dekat bilik dah boleh memasak.. yeayyyy!! dengan barang yang sedikit ni pun rumate dan saya boleh makan macam-macam. menu memang tahap limited edition, tapi takpelah, asalkan perut dua manusia ni kenyang pun dah alhamdulillah. kalau time rajin, asal lapar je, masak.. asal nak makan je, sorang capai sudip, sorang capai pisau. dan semalam, mood rajin tu datang. maka, kitorang makan secara berperingkat..

meh nak bagi sikit kronologi kat uolss:
[harap maaf, takde gambar sebab bila dah licin, baru teringat. hehe..]
tujuhsetengah malam:
nasi goreng dan epal potong

sembilansetengah malam:
agar-agar nescafe

sebelas setengah malam:
lempeng garing

ye lah, tahu dah mesti korang tak teruja tengok kronologi pemakanan kitorang.. tunggulah nanti kitorang pergi beli peti sejuk pulak. time tu cheese cake pun boleh jadi kot?!! kihkihkih.. ok bai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments :

Lovely Emy said...

multicooker tu camne.? besar ke kecik.? hebat la boleh masak nasi lemak dalam bilik, hehehehe..

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

hahaha
stok2 perut buaya ka apa u n ur rumate ni? kahkahkah *buat2 muka blurr! muahaha

weh mana taw kot2 jadi plak cheese cake kita..biskut mazola pon okayy..tggu kita bawak oven pulak naaa :D

farahfatihah said...

dulu akk siap ada rice cooker tau...agak2 nak ada sportcheck, simpan rice cooker tu dalam baldi yg ada baju kotor then simpan kat dalam toilet baldi tu hehehehe

~ NANA ~ said...

selama i jd student dulu pn, multicooker la yg byk mmbantu...bkn apa, kdg2 mls nk kua mkn...lgpon masak sendiri lg best :)

Encik Psychopath said...

seronok dia memasak kan.

oshinz said...

Lovely Emy:
yang sederhana je saiz die emy. hehehehe. biasa la tu.

SyAfaWaNi ♥‿♥:
bile kite punye cornflakes nak jadi ni weh?

farahfatihah:
wah.. very the bijak tau sis ni. curlassss gitu.

~ NANA ~:
kan??? baru ade feel nak bagi perabis semua masakan. hehehe.

Encik Psychopath:
praktis praktis!!! hehehe.