kalian

selamat hari raya aldilfitri

maafkan segala kekhilafan saya sepanjang saya menulis di belog ini ya..


sila patuhi had laju jalan raya tau.

till then, take care.. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sentiasa berterima kasih padaMu

Allah yang Maha Pemurah,
Terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan ku dengannya,
Terima kasih untuk saat-saat yang indah yang boleh kami nikmati bersama,
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama,
Terima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu,
Aku datang bersujud di hadapan-Mu,
Sucikan hatiku Ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.

Ya Allah,
Jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya,
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya,
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku dan usirlah dia dari relung hatiku,
Gantikan damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
Dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni,
Tolonglah agar aku dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Tetapi jika Kau ciptakan dia untukku Ya Allah,
Tolonglah satukan hati kami,
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerimanya seutuhnya,
Berikanku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya,
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerimaku,
Dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana aku telah Engkau ciptakan,
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.

Ya Allah yang Maha Pengasih, dengarlah doaku ini,
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.

Allah yang Maha Kekal,
Aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya,
Pergelutan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada-Mu,
Untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju terang-Mu,
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.

Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang jadi dalam setiap bahagian hidupku Ya Allah,
Amin..


p/s: thanks for sharing this doa shea
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

which one?

which one are you?

tak semua perangai kawan baik kita tu kita suka

kepada kawan-kawan baik saya,
saya minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

striped garments fever

STICKY POST ALERT
please scroll down for latest entry but please read this entry first. =)

ini stok siapsedia.
hari ini order, bayar sebelum tiga petang esok, lusa atau tulat dapat barang.

tapi sangat limited. siapa cepat dia dapat. 

32hinggit

30hinggit

24hinggit

29hinggit

grab cepat-cepat kat FANTASTICPIECES guys~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lain


sepertimana berbezanya cap jari kita

seperti itu juga berbezanya cerita hidup kita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HATI

Andai buruk daging itu, buruklah seluruh jasadnya.
Andai baik daging itu, maka baiklah seluruh jasadnya.
Dan ketahuilah bahawa sekeping daging itu adalah hati.
Baik hati kita, baiklah seluruh jasad kita.

there is a story behind every person.
there must be a reason why they are the way they are.
they are not like that because they want to.
so do not easily judge others if you do not know them closely.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kawan saya punya rasa

kawan saya pernah putus cinta bersama seorang jejaka
semua berpunca kerana orang ketiga
dia cuba membenci si jejaka
tapi.. hasratnya itu tidak pernah berjaya.

selepas terputusnya hubungan mereka
mereka pernah terjumpa
sekali dua
mereka berbual tanpa ada rasa
itu pun secara tidak sengaja.

dan sekarang
mereka kembali berbicara
mesra sebagai kawan biasa
tapi masing-masing hanya menyimpan rasa.

kawan saya pernah berkata;
"kalau kita betul-betul sayang si dia
kita tak dapat hidup bersama si dia pun tidak mengapa
asalkan kita tahu si dia bahagia
tapi kalau diizinkan-NYA
saya mahu dia menjadi suami saya
walaupun peluang itu sekejapan cuma"

haiiihhh.. saya rindu kawan saya.
harap-harap cinta itu milik dia..
=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

life is short


entah esok atau lusa nafas kita akan terhenti
andai usia kita dipanjangkan Allah
Alhamdulillah!!
saya berharap saya sempat buat apa yang saya suka
dan habiskan segala benda yang saya tak suka..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pending


reject atau accept?

it is simple.. sesuai untuk raya tahun ini atau kahwin tahun depan.
kahkahkah.
part kahwin tahun depan tu tipu je.
tapi kalau kamu tolong ulang cakap 44 kali, mane tahu jadi kan?
tapi sebelum tu tolong doakan saya dapat simpan duit banyak-banyak dulu eh.. hehehe.

kasut tu tinggi tiga inci, that's why hati berbelah bagi.
takut hanya excited nak pakai pada hari raya pertama je.
pelik betulla, kenapa majoriti kasut cantik tumit mesti nak tinggi-tinggi?
susahlah kalau orang tinggi yang spesis kurus kering ni nak pakai.
tak balance tau tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cardigan and maxi

hello wanita seantero malaysia!

jika kamu sedang mencari cardigan..

di FANTASTICPIECES, kamu boleh dapatkan cardigan yang simple seperti ini:

atau yang smart begini:

lepas tu bolehlah dipadankan dengan maxi macam ni:


saya bet, FANTASTICPIECES menawarkan harga yang paling murah untuk kamu semua. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jalan tuanku abdul rahman


agenda esok selepas mentari menunjukkan diri

hai penjual baju raya
hai penjual kuih raya
hai penjual mercun raya

hihihihi..
rindu nak main mercun
rindu nak dengar bunyi meriam kampung
 oh rindu!!

selamat malam semua..


p/s: kalau travel masa raya pertama nanti aci tak?!!
hahahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

beg

heeeeyyyyhhhhooooo readers!!

sekali lagi entri pasal beg. maaf ya.. al-maklumlah, nak raya ni mesti semua benda pun nak baru. baju baru, kasut baru, tudung baru, beg tangan pun kena lah baru. baru namanya raya kan? kalau time kecik-kecik dulu, masa pergi raya bolehlah melenggang. dapat duit raya je sumbat dalam kocek. bila kocek dah penuh, beg tangan mak lah jadi mangsa, kan? hehe. tapi zaman sekarang, tailor selalu lupa nak buatkan kocek untuk baju kurung. lagi pun tak cool la dah besar-besar semua benda nak sumbat dalam kocek baju. kocek gedoboh penuh barang, dah hilang cun. bawa beg tanganlah baru cool!! boleh sumbat macam-macam.. peralatan mekap untuk sesi touch-up, mobile phone, camera, purse, tisu, tupperware nak tapau kuih raya, novel dan map dan emmmm.. aaa... duit rayaa!! yeay.. duit raya! okeh.. part map tu tipu je.

ha nampak tak berapa pentingnya beg tangan bagi seorang wanita?!! ehem.. lebih-lebih lagi bila time raya. oleh itu, pada sesiapa yang tengah mencari tu.. meh sini saya nak memperkenalkan satu blogshop. ehem ehem.. mempersembahkan:

antara item yang ada ialah:

beg semalam tu.. *wink* bolehlah kita pakai sama-sama nanti.
RM 40 sahaja.
tak mahal kan?

kalau tak suka stail yang besar gedabak, beg yang comel lote pun ada.
contohnya macam ni:

[satu]

[dua]
putih

atau

kuning

kalau yang muda remaja, pilihlah yang macam ni:
smart kan?!!

kalau nak nampak sophisticated sikit, bawalah yang macam ni:
lepas raya boleh gunapakai buat pergi kerja pulak.

jangan risau sebab beg-beg ini semua dijual pada harga yang anda mampu miliki!! majoriti beg adalah dalam harga kurang daripada 50hinggit. ulang suara.. ehem kurang daripada 50hinggit!! murah tak? murah tak? dah lah senang nak beli. tak perlu susah nak membazir petrol, tak perlu nak menempuh kesesakan lalulintas, tak perlu nak pening-pening cari parking. hei, semua itu tidak perlulah. kamu, kamu dan kamu cuma perlu tekan sini, pilih yang mana suka, isi order form, buat bayaran dan tunggu saja pakcik posmen.. senang kan?

fantastic pieces in da house yaawwww!!
macam-macam ada.. =)

terima kasih kerana membaca iklan ini.
eh tapi jangan baca ja, tolonglah beli sekali.
haha. ok bai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

penangan multicooker

selama lima tahun menjadi student di universiti banyak monyet ni, saya teringin sangat nak bawa toaster. kalau bawa toaster, bolehlah kenduri roti bakar bersama geng. tapi.. emmmm.. tapi macam takut nak bawa, sebab dekat kolej mana boleh bawa benda macam tu. duduk kolej memang banyak sangat rules, sampai rasa menyampah dah nak ingat segala mak nenek rules tu. kalau kantoi, sila redha bayar saman. kalau tak redha, sila duduk rumah sewa. boleh buat suka hati. ha.. kesudahannya, sampai semester ke-4 tahun kedua master pun, masih termimpi-mimpi toaster. haiihhh.. susah betul jadi orang penakut ni. bila teringat toaster, otak ni automatik memproses andaian serupa ini:
kalau dah namanya spotcheck, mestilah dibuat secara tiba-tiba..
time tu, haruslah blur tak tahu menahu kegiatan spotcheck berlaku.
makanya, tak tahu nak sorok dekat mana benda alah toaster ni.
lepas tu, kantoi.. dan lepas tu lagi, muka ni juga yang kena saman.
Ohhhhh tttiiiddaaaaakkkkkkkkkk!!!
duit terbang melayang hanya kerana toaster?!! hhheeellll NO!!
tapi kan.. tapi kan.. sekarang kite dah ada multicooker. ha puas hati! ini semua angkara cafe ditutup. dahla susah nak dapat bas time cuti macam ni, pastu cafe tutup.. macammane nak dapat makanan?!!! lepas tu, jiran sebelah tiap-tiap hari masak. hari ini dia masak cekodok pisang, esok dia masak nasi lemak, lusa dia goreng nasi. haaaa.. kite ni tiap-tiap hari dapat hidu bau je. tergugat keimanan sungguh. dahla iman pun tak berapa nak kuat. haiiihhhh.. tergoda tau tak?

time-time puasa ni, tak keluar pergi bazar ramadhan pun takde hal. sebab dekat bilik dah boleh memasak.. yeayyyy!! dengan barang yang sedikit ni pun rumate dan saya boleh makan macam-macam. menu memang tahap limited edition, tapi takpelah, asalkan perut dua manusia ni kenyang pun dah alhamdulillah. kalau time rajin, asal lapar je, masak.. asal nak makan je, sorang capai sudip, sorang capai pisau. dan semalam, mood rajin tu datang. maka, kitorang makan secara berperingkat..

meh nak bagi sikit kronologi kat uolss:
[harap maaf, takde gambar sebab bila dah licin, baru teringat. hehe..]
tujuhsetengah malam:
nasi goreng dan epal potong

sembilansetengah malam:
agar-agar nescafe

sebelas setengah malam:
lempeng garing

ye lah, tahu dah mesti korang tak teruja tengok kronologi pemakanan kitorang.. tunggulah nanti kitorang pergi beli peti sejuk pulak. time tu cheese cake pun boleh jadi kot?!! kihkihkih.. ok bai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

love this!!

sumber: marryme2u

nice.. but expensive! haha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kipas-susah-mati

kalaulah saya reti menjahit..
dah lama saya pergi mintak kerja dengan mr. rizalman.
hahaha.. ade sesiapa mahu upah saya jadi tukang sembat tak?
 *berdarah hidung*

sumber: rizalman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

=)

kepingin sangat!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

beg raya?!!!!

hehehe.. ape ke semangat benar cerita pasal beg raya ni?!!

agak-agak kalau angkut beg besar macam ni, boleh dapat banyak duit raya tak?

yes

NO

YES

no





zzZZzZZZzz


emmmppphhhhh.. layak lagi ke dapat duit raya dik non?!!

ok bai~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ramadhan

berbuka puasa bersama dinding
bisu tapi nyaman
senyap tanpa kata
tapi tidak mengapa
sebab aku suka

air kosong
sebiji kurma
sepinggan nasi putih berduet sama itu telur mata
emm inilah nikmat hidup bujang
tak payah susah-susah
=)

harap tahun depan ada yang teman
bolehlah terawih bersama

p/s: selamat berpuasa ye kawan-kawan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...