perkahwinan: penyatuan atau prestige

bercakap pasal perkahwinan, satu hal penting diantara yang terpenting adalah berkaitan mas kahwin dan wang hantaran. macam kawan saya cakap masa kami lepak together aritu-"aku dah cakap dengan pakwe aku, hantaran sepuluhribu, takde diskaun-diskaun.. so die kena kerja kerasla sekarang." respon saya? eemmmm.. angkat kening tengok dia tergelak sambil dalam hati: "kalau takde sepuluhribu dalam tempoh lima tahun dari sekarang.. andartu kah?" saya sebenarnya jatuh kasihan pada pakwe kawan saya tu. punca pendapatannya cuma di bengkel kereta.. selagi takde sepuluhribu maknenye tak boleh kawen la kan? *sigh*

kisah hantaran bukan setakat satu versi saja, kawan-kawan.. ada lagi satu versi.

tapi kisah kedua adalah antara mak dengan anak:
anak dara: mak, nanti time orang nak kawen.. duit hantaran tak yah mahal-mahal. hantaran dengan mas kawen campur-campur paling maksimumpun 10ribu je la ye mak.
mak dara: eh.. ko tu belajar sampai masuk universiti. takkan hantaran 10ribu je..
anak dara: ala.. yang wajib tu kan mas kawen..
mak dara: anak makcik ujung kampung yang jual kuih tepi jalan tu pun hantaran 10ribu tau.
anak dara: alahai.. anak makcik tu kan kawen dengan orang lagi tua dari dia.
mak dara: nantila mak fikirkan..
anak dara: *diam*

Bekas Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar berkata:

"Perkara pokoknya, mas kahwin ialah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah, sementara nilai wang hantaran adalah adat dalam istilah perkahwinan orang Melayu... Kita perlu ingat dalam Islam, mas kahwin adalah hak isteri sepenuhnya, sementara wang hantaran adalah duit yang diberikan kepada keluarga pihak perempuan sebagai belanja untuk mengadakan kenduri kahwin"-sumber
kadang-kadang saya terfikir, adakah belajar tinggi-tinggi sampai peringkat ijazah ke master ke phd ke ataupun belajar kat oversea tu satu lesen untuk demand duit hantaran mahal-mahal? kita kan orang biasa. bukannya selebriti.  duit hantaran berapa ribu pun bukan digebang dalam media massa. kalau mampu takpela. takkan kerana mahu menjaga prestige sampai terpaksa memulakan kehidupan lepas kawen dengan membayar hutang-piutang di bank? parents tak kasihan pada anak menantu kah?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments :

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

haha sile ambik iktibar di sini yer..
buat yang wajib saje..
kenduri doa selamat pon da cukup..
xpayah majlis gilang gemilang n baju bling2..no silau fotografer sane sini..haha...terbaek!
jimat utk kehidupan lepas kawen beb!
hik3

oshinz said...

haha.. kan? kenduri kesyukuran. panggil orang kampung ramai-ramai. pastu settle. tapi i rase baju ngan fotographer tu penting u. kang nak update kat blog ke kat FB ke. kasi hebah satu dunia yang kita dah kawen.. haha. gambar penting. takboleh tidak. kah3.

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

haha..taw dah..masalahnya sanggup ka weh?
choiii! kah3..
kenduri kesyukuran kalu tingat ja (zarifah)..hehe..cantik la die waktu kawen..nampak lain skit la:)

oshinz said...

i no hal.. asalkan boleh kawen. ehehe. gatai.. =P

| CikMatahari | said...

ai ni yg tak sekolah tinggi nak letak hantaran pun tak tau bape haih.. nak letak sikit barang barang makin mahal, nak letak byk kang kata demand melampau.

elymzz said...

kalau ada niat suatu hari nak berpasangan(beristeri)dari niat itu...mesti lah buat simpanan dari awal awal....bukan kata nak kahwin tahun depan atau 2 tahun lagi....baru terhegeh hegeh nak buat simpanan.....
kalau dah tahu dalam simpanan baru ada 2k ke...3k....jangan nak gatal gatal buka mulut kata nak kahwin ya....
PERHATIAN PADA KAUM LELAKI.....

farahfatihah said...

syukur xda mak yg macam tu huhuhuhu apa2 pun dalam islam, mas kahwen yg paling mudah adalah yg lebih diberkati....

Cik Yanie (",) said...

heheh cu punye ayat mcm xmo itu semua,skli statement kena ad fotog tu xbleh bla jgk..hehe..btween,
berpada2 la kan,klu time kawin smpai beribu riban maka mau survive lepas kawin 2-2 mkn pasir jwbnya kot..
hehe...

said...

bersederhana sudah...

.::WaNiE::. said...

hehe buat secara sederhana

lepas kawen byk pakai duit

CPM honey_nurhaliza said...

Salam dear,ni email sis ya...honey_nurhaliza@yahoo.com...:)

Unknown said...

ntah la.. aku sbg laki pening citer pasal duit nih.. berpada2 sudah la kan.. jgn nk wat kenduri grand2.. riak tu kan haram..

oshinz said...

| RoziAhmad |:
ahaha.. u da keje mesti ada simpanan kan sikit-sikit. so guna la duit simpanan tu. orait tak cadangan i ni?

elymzz:
ha... dengar tu kaum lelaki. dont play play ahhh.

farahfatihah:
ye betul tu sis. saya setuju 111%. ehehe.

dafFodiLs (",):
hahaha. well u know me. ehehe. btul-btul. tapi sekarang ni semua pun mahal. Tsk.. nanges tau.

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿:
yeap..

.::WaNiE::.:
ye la. btul tu.

~CPM honey_nurhaliza~:
yeay.. thanks sis. will email u.

Heidi Shafiq:
a.ah.. tapi standard sekarang memang dorg akan minta rm10k la.