Allah lebih menyayangi dirinya..

[3 april 2001]

HUKM:
bila tiba saat nyawanya ditarik.. tiada siapa2 disisi. dia pergi dalam kedinginan pagi. tanpa siapa2 sedar. bukan kerana dia itu diabaikan keluarga. malah anaknya setia menemani setiap masa.. dia pergi disaat anaknya terlelap sekejapan cuma.

JOHOR:
diri ini kaku melihat wajahnya yang tenang setenang air di kali. air mata mengalir tanpa henti.. kesedihan itu tidak mahu pergi walaupun hati merelakan rohnya menghadap Ilahi.

di saat tubuhnya bersemadi abadi.. diri ini perlu tabah dan kuat menghadapi hari esok yang belum pasti. cemburu melihat insan lain lengkap berfamili itu tidak sekali-kali. terus tegar menunaikan impiannya menjadi realiti.. mahu anaknya yang ini belajar tinggi2. supaya hidup senang suatu hari nanti. supaya pandai berdikari sendiri. tak perlu susahkan sesiapa lagi.

dan hari ini..
hari bapa datang lagi. lapan tahun dia pergi.. rindu dihati tak pernah sepi. doa untuknya tak pernah henti. pusara dikunjungi dengan seikhlas hati.

dear abah,
selamat hari bapa!
wajah kesayangan hamba..
setiap masa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments :

ejan said...

huhuhu =(

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

sentiasa mendoakannya ya miss oshinz ya..
beliau pasti berbangga punya seorang anak sepertimu:)

ely said...

3/4/01 hari selasa..pukul 5.30 pagi pergi nya insan yang paling paling aku sayangi...pergi untuk selama lamanya...
DiSaat itulah beralihnya tanggungjawab yang di amanah kan untuk aku pikul...

nrhfzhmsb said...

be strong sis..
him will proud of u lau tgk sis skg..
keep smiling yahhh(:

Blogger said...

alfatihah for him. insyaAllah dia bersama orang baik

nisadaud said...

Al-fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat. Kasih bapa tiada penghujung.

oshinz said...

to all:
thanks for the al-fatihah..
semoga rohnya dicucuri rahmat.
please appreciate ur parents selagi nyawanya masih ada ya..
hidup mesti diteruskan walau apepun yg berlaku..
right?