salahkan kita pulak?

satu malam, kawan saya yang kejap timbul kejap tenggelam ada hantar mesej. lepas sesi bertanya khabar, dia tanya saya satu perkara:
kawan: beb, hari tu kau pergi wedding kiki?
oshinz: oh tak, aku tak dapat kad jemputan rasanya.
kawan: aku ingat dia jemput kau. aku tak dapat pergi sebab aku takde kat Johor.
oshinz: aku tak kesah pun. maybe dia buat majlis kecil-kecilan je kot.
kawan: aku pun dia jemput kat FB. camne nak jemput kau, sebab diorang cari kau kat FB, tapi tak jumpa.
oshinz: hehe.. (-_____-")
saya faham, zaman sekarang ni zaman internet di hujung jari. lagi-lagi bila mampu miliki telefon jenis canggih-canggih. dapat makan tempat best atau menu supersedap, mesti jadi bahan update di laman sosial. kalau rasa rajin, snap pic dan share dalam facebook. kalau mahu simple sikit, update kat twitter, lepas tu boleh chatting sikit-sikit. kalau kawan-kawan suka, mereka boleh retweet. kalau yang jenis suka tulis panjang-panjang, cipta satu entri dalam blog. benda-benda macam ni, kadang-kadang boleh jadi perantaraan untuk kita share satu-satu info. untung di situ.

tapi kalau saya tiada akaun FB, kenapa saya perlu dipersalahkan? seriously, saya betul-betul tak kisah kalau ada diantara kawan-kawan sekelas saya sepanjang di sekolah atau di universiti tidak memanjangkan jemputan mereka kepada saya. saya tidak akan berkecil hati. saya faham tidak semua orang punya duit ribu-ribu untuk jemput semua kawan-kawan pada hari perkahwinan kan? dan kalau bakal pengantin itu sendiri betul-betul mahu jemput, saya pasti si empunya diri akan berusaha untuk spread the invitation through phone atau card. tapi kalau tidak dapat buat begitu, saya bukannya kisah pun. saya fleksibel. kalau tidak dapat kad jemputan kahwin pun, saya tetap doakan kawan-kawan saya bahagia dunia akhirat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments :

Aty Fared said...

saye jugak.. tak berape kesah tentang jemputan..kalau dijemput satu penghormatan..tapi kalau tidak..saye pon tak amik hati atau berpikir yg bukan2..:)

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

chill bebeh..haha..i xrasa dia salahkan u xde fb tu..cuma the thing yg dia shud buat is hantar kad kat rumah..or wakilkan pada kawan yang lain..xbermakna xde fb xyah jemput..tp mungkin dia buat biasa2 ja tu ha..