foto by razali

haih.. dah lama gila tak bercerita about photographer. since bulan tujuh kalau tak silap. have no time to do so. sebenarnya rasa bersalah sebab macam jarang gila provide info pasal perkahwinan macam sebelum-sebelum ni. sorry eh korang, terutama kepada bakal pengantin yang follow belog. belum follow nampak macam berguna. lepas follow kenapa rasa macam hampeh je belog ni.. ye tak? hehehe. kepada yang belum sampai seru tu, jangan pulak bosan. sebab satu hari nanti, kalau diizinkan Allah, kamu pasti akan sampai ke fasa ini juga. *senyum*

without futher ado, i would like to present to you mr mohd razali from foto by razali..

*
*
*
*

tadddaaaaaaaaaaaaaa....
 eh.. silap! ini anak dia lah.


antara hasil kerja beliau yang paling saya suka adalah:

 [pertama]
say hi to daun kering dan cincin. pic ini milik sis rai bitbitterbutter

[kedua]
shall we dance? pemilik pic ini adalah preggy mom: sis lyana mk

[ketiga]
cintamu muzik dihatiku!!

[keempat]
hai beras kunyit di tabur, disiram si air mawar.. lalala~

[kelima]
cuba cari persamaan antara maya karin dengan sis lyana mk ni.. kalau dapat kamu terer!

[keenam]
rasa macam nak print pic ni sebesar pintu ohhh....

ha bakal pengantin Johor kenal tak dengan beliau? kalau tak kenal, klik sini dan view saja website beliau okeh. nak terjah facebook pun boleh, sila klik sini plak. lepas ni kalau hati dah berkenan, sila bertindak lekas oi.. booking tarikh kamu sebelum kalendar beliau full. if i am not mistaken, untuk one day event + outdoor photoshoot on the same day will cost you around rm2000++. masih mampu dimiliki lagi bukan? lagi pun tak payah nak import photographer dari kL dah.. hehe. till then, take care guys~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

last call

hai jelitawans,
pre-order di FANTASTIC PIECES akan ditutup pada pukul 5 petang esok ye.
kepada kamu yang tak minat nak tunggu lama-lama tu.
isi order form malam ni, buat pembayaran.
dan tunggu barang kamu sampai pada 4hb nanti.
wallah.. easy peasy kan?

till then,
happy shopping!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

meh order cepat!!

ehem!! updates from fantasticpieces are back guys..

long cardigans yang cover bahagian punggung anda.
ada tiga pilihan:

[pertama]

[kedua]

[ketiga]
RM 42.00

ada lagi satu cardigan. yang ni disertakan dengan belt tau.

RM 39.00

tops yang longgar. so yang bertudung tu tak perlu risau terketat ke ape ke.
so boleh melangkah dengan selesa yaww!!

[pertama]
RM 30.00

[kedua]
RM 32.00

[ketiga]
RM 32.00

ada juga dress comel-comel yang sesuai dipadankan dengan seluar atau skirt.

[pertama]
RM 31.00

[kedua]
RM 39.00

gambar-gambar diatas cuma sebahagian je.
kalau berminat, sila terjah fantasticpieces sekarang.

kenapa perlu bertindak sekarang?
sebab pakaian ni semua adalah pre-order.
tempahan dibuka sampai 27/10/2011.
dan posmen datang ke rumah anda pada 4/11/2011.
jika kami kehabisan stok, duit anda akan kami pulangkan.
kami takkan tipu duit anda. itu pasti!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salahkan kita pulak?

satu malam, kawan saya yang kejap timbul kejap tenggelam ada hantar mesej. lepas sesi bertanya khabar, dia tanya saya satu perkara:
kawan: beb, hari tu kau pergi wedding kiki?
oshinz: oh tak, aku tak dapat kad jemputan rasanya.
kawan: aku ingat dia jemput kau. aku tak dapat pergi sebab aku takde kat Johor.
oshinz: aku tak kesah pun. maybe dia buat majlis kecil-kecilan je kot.
kawan: aku pun dia jemput kat FB. camne nak jemput kau, sebab diorang cari kau kat FB, tapi tak jumpa.
oshinz: hehe.. (-_____-")
saya faham, zaman sekarang ni zaman internet di hujung jari. lagi-lagi bila mampu miliki telefon jenis canggih-canggih. dapat makan tempat best atau menu supersedap, mesti jadi bahan update di laman sosial. kalau rasa rajin, snap pic dan share dalam facebook. kalau mahu simple sikit, update kat twitter, lepas tu boleh chatting sikit-sikit. kalau kawan-kawan suka, mereka boleh retweet. kalau yang jenis suka tulis panjang-panjang, cipta satu entri dalam blog. benda-benda macam ni, kadang-kadang boleh jadi perantaraan untuk kita share satu-satu info. untung di situ.

tapi kalau saya tiada akaun FB, kenapa saya perlu dipersalahkan? seriously, saya betul-betul tak kisah kalau ada diantara kawan-kawan sekelas saya sepanjang di sekolah atau di universiti tidak memanjangkan jemputan mereka kepada saya. saya tidak akan berkecil hati. saya faham tidak semua orang punya duit ribu-ribu untuk jemput semua kawan-kawan pada hari perkahwinan kan? dan kalau bakal pengantin itu sendiri betul-betul mahu jemput, saya pasti si empunya diri akan berusaha untuk spread the invitation through phone atau card. tapi kalau tidak dapat buat begitu, saya bukannya kisah pun. saya fleksibel. kalau tidak dapat kad jemputan kahwin pun, saya tetap doakan kawan-kawan saya bahagia dunia akhirat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

senyum =)


saya selalu kagum dengan orang yang boleh rapping.
bukan senang nak bercakap laju-laju ikut rhyme lagu.
tengok saja lah artis yang perform kat APM ni, lirik lagu pun tersasul-sasul.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

real steel: max kenton & atom

yeay.. berakhir satu penantian untuk movie bulan oktober. real steel in da house yaww!!! thanks to you-know-who-are sebab sudi temankan saya. *sengih sampai telinga* pendek kata, movie ni best. kalau tengok midnight pun, saya confirm kamu takkan terlelap punya. hehe. sebab movie ni penuh dengan excitement dan bermain dengan emosi. ia bukan berkenaan robot tinju semata-mata but berkisar tentang how a daddy deals with his 11-years-old son yang keras kepala dan tahu apa yang dia buat. gabungan pasukan si bapa dan anak ini dikenali selepas si anak terjumpa robot bertinju generasi kedua bernama Atom. best part pertama-bila max dan atom menari sebelum perlawanan bermula. best part kedua-masa perlawanan antara atom dengan robot-juara-bertahan-saya-tak-ingat-apebenda yang bernama zeus. anda boleh bayangkan tak macammane keadaan robot generasi kedua yang hanya layak dibuat sebagai robot untuk latihan berlawan dengan robot generasi ketiga yang dilengkapi sistem kawalan superhebat? gila cool okeh robot bertinju ni.

this is max kenton. anak charlie kenton. budak ni pandai dan keras kepala.

time ni max baru lepas program atom dan dia minta charlie set pergerakan tinju untuk atom.

charlie kenton & atom

ni time kemuncak sebab dorang berlawan dengan robot paling power bernama zeus

oleh kerana saya suka watak max kenton & robotnya atom, saya bagi 4.8/5 bintang for this film.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

something different

gigih tak nak tebuk buku serupa ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

guess who?


lelaki dan bunga ros itu bukan saya yang punya.
siapa mahu angkat tangan cepat!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

rabu-lah


for those who are married;
let your better half smile with this quotation.
=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

bajet 2012

senyum lebar sampai telinga for this:
Kerajaan akan menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi kanser serviks.
senyum pahit for this:
 The Government will extend the compulsory retirement age from 58 to 60 years old to optimise civil servants’ contribution.

macam kena lupakan je hajat nak kerja kerajaan.
time saya gigih apply kerja kerajaan ni, SPA nak bekukan pengambilan oranglah, pencen naik sampai umur 60 tahunlah.. haish macam-macam sungguh. tension tau tak?!!
ni yang rasa macam nak pergi apply kerja lap cermin kat universal studio kota singa la camni.
jadi nanny kat united kingdom pun okeh jugak kot.
haha.. berangan!
ok la bai..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pilihannya dan saya terkesan

source: nikaizu

Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

"Seganlah. Nanti orang kata apa."

"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.
sumber : iluvislam
saya terkesan membaca artikel ini. mudah sungguh proses mereka berkahwin. tidak perlu benda yang tidak penting. simple dan senang. apa komen anda?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

somebody's me

first time dengar lagu ni terus jatuh hati.
oleh kerana video dia sangat emmmm sangat tidak bermoral.
so layan cover je la ye..
walaupun lagu ni bukan lagu baru. tapi saya tidak peduli.. hehe.

somebody's me [enrique iglesias]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...