duapuluhempat dan duapuluhempat

hari ini
duapuluhempat haribulan duabelas duaribusepuluh
saya sudah berjaya mengharungi ranjau kehidupan
selama duapuluhempat tahun
yeay.. dah boleh buat macam hari ini dalam sejarah lah
nice number to be more mature ha?
okeh.. nak pegi kutip hadiah sekarang.
bai!!

take care guys~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kalau saya diizinkan..

yeay.. kalau saya diizinkan berkahwin.. perkara pertama saya akan survey adalah tukang gambar. yang lain-lain punya hal tu nanti dulu la. kasi baris belakang sikit. ahaha. 

kenapa mesti tukang gambar menjadi yang pertama?

bukannye sebab saya suka bergambar. tapi saya punya satu impian iaitu biarlah perkahwinan saya macam parents saya. cuma sekali sahaja seumur hidup. so.. saya mahu bergambar secara banyak. mengabadikan kenangan yang banyak-banyak. sebab bukan setiap hari pun saya cantik. untuk satu hari ini saja saya bercantik-cantik. baju cantik. mekap cantik. suasana cantik. bersama sang suami yang cantik. haha. hari lain, saya comot. sungguh.. saya tak tipu.

bukan setiap hari ada fresh flower secara banyak macamni kat rumah kan?

pakai kasut cantik dan tinggi macam ni setiap hari membuatkan anda derita je.

berbalik kepada perkara pasal tukang gambar. saya sangat suka tengok gambar pengantin yang cantik dan unik. yang ada seni. yang bila kita tengok gambar tu, kita pun rasa kegembiraannya. dan kalau pengantin tu nangis pun die masih nampak jelita. dan kalau pose yang romantik tu, sekali pandang je rasa macam nak gugur jantung dan boleh buat kita nak tatap picture tu berkali-kali. dan tak lupa juga dengan gambar yang kita tengok  tu pun kita terasa macam-eh, nak kawen esok la. haha.. okeh. ayat drama. sebenarnya nak tulis macam ni-eh, nak cup dia ni as my official photographer la. tapi selalunya.. yang ada berdozen-dozen gambar macamtu  yang berpengalaman. yang satu hari dia capture gambar kita, kita kena sedia emm.. duit yang banyak. kalau takde duit yang banyak.. jawapannye takde la. sangat menghampakan. so kawan-kawan, sila kumpul duit sebaik sahaja anda sudah pandai bercinta.

pendek kate, tukang gambar menjadi perkara pertama yang saya akan cari sebab tak perlu snap pic sendiri macam selalu. tak perlu susah-susah set self timer 10second ke 20second ke pastu kena berlari-lari ke posisi asal sebelum gambar di-snap. dah la selalu akan rasa penat bila kena posing yang sama pastu bila tengok gambar, macam hampeh.. sengetla. tak ready la. asyik tak jadi je. stress woh. haha.. ape saya merepek ni? ok la.. bai~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

perkara yang paling dungu

antara banyak-banyak perkara dalam kehidupan saya, satu bab yang paling saya dungu adalah pasal mekap. sumpah saya paling tak lulus bab ni. kalau setakat nak sebut jenama barang-barang mekap tu saya reti la. tu pun sikit-sikit. sikit sangatla. lebih sikit dari sikit.. haha. bunyi macam-eh kau ni takde nafsu nak cantik kah? hep hep.. mestila saya ade rasa nak cantik. tapi malangnya saya akan rasa awkward bila kena calit macam-macam kat muka. camane ntah nak buat. failed. totally tak reti tahap gaban. kadang-kadang eyeliner dengan eyeshadow pun tersasul-sasul. selalu terbalik-balik. ngeng betul. eh tapi takpe la.. yang penting, saya suka tengok perempuan cantik. dan saya masih boleh membezakan mekap mana yang cantik super gorgeous atau mekap tahap makcik joyah nak pegi mengumpat tepi tangga. haha.. boleh gitu? tak percaya ke? meh sini tengok bukti:

bukti satu:
elyana in da house!

bukti dua:
elyana lagi la..

bukti tiga:
elyana jugak..

cukupla tiga bukti mekap elyana buat hati saya cair.
nanti letak banyak-banyak, saya pulak makan hati.
nak hire saidatulnisa? wah.. dalam mimpi.
nak pujuk en. pakwe sedia duit berkati-kati.
harusla die tak sampai hati.
nanti dia say sorry, kita kawin lain hari.
saya jugak yang gigit jari.
kahkahkah..

akhir kata:
baju ni cantik.

bai~

pictures taken from mukhriz latif
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

lili

instead of white lily..

mari cuba beralih kepada yang ini..

nice kan?!

pictures from qippy & flore etc
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

bersama kamu


bersama kamu itu pilihanku
sedetik hatiku tahu
untuk aku itu adalah kamu
tidak pernah terlintas kesal
yang ada cuma sayang
eh.. kadang-kadang tu ada juga benci
tapi aku mahu kamu tahu
keputusanku untuk memilihmu
adalah kerana
kamu yang akan ku cintai setiap hari
sehingga mati

kejayaan kepada sesebuah perkahwinan itu memerlukan anda jatuh cinta,
banyak-banyak kali,
dengan orang yang sama.
[Mignon McLaughlin]

kita dah semuanya bersama
dah senang bersama, dah susah pun bersama
ketawa bersama, menangis bersama
kubersumpah harap kita mati pun bersama
ke akhirnya
-malique ft najwa-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nasib baik

alhamdulillah..
sem depan cuma tinggal siapkan thesis.
i am free from classes and assignments..
hope everything will be fine.

p/s: tak sabar nak habes studi okeh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

perkahwinan: penyatuan atau prestige

bercakap pasal perkahwinan, satu hal penting diantara yang terpenting adalah berkaitan mas kahwin dan wang hantaran. macam kawan saya cakap masa kami lepak together aritu-"aku dah cakap dengan pakwe aku, hantaran sepuluhribu, takde diskaun-diskaun.. so die kena kerja kerasla sekarang." respon saya? eemmmm.. angkat kening tengok dia tergelak sambil dalam hati: "kalau takde sepuluhribu dalam tempoh lima tahun dari sekarang.. andartu kah?" saya sebenarnya jatuh kasihan pada pakwe kawan saya tu. punca pendapatannya cuma di bengkel kereta.. selagi takde sepuluhribu maknenye tak boleh kawen la kan? *sigh*

kisah hantaran bukan setakat satu versi saja, kawan-kawan.. ada lagi satu versi.

tapi kisah kedua adalah antara mak dengan anak:
anak dara: mak, nanti time orang nak kawen.. duit hantaran tak yah mahal-mahal. hantaran dengan mas kawen campur-campur paling maksimumpun 10ribu je la ye mak.
mak dara: eh.. ko tu belajar sampai masuk universiti. takkan hantaran 10ribu je..
anak dara: ala.. yang wajib tu kan mas kawen..
mak dara: anak makcik ujung kampung yang jual kuih tepi jalan tu pun hantaran 10ribu tau.
anak dara: alahai.. anak makcik tu kan kawen dengan orang lagi tua dari dia.
mak dara: nantila mak fikirkan..
anak dara: *diam*

Bekas Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar berkata:

"Perkara pokoknya, mas kahwin ialah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah, sementara nilai wang hantaran adalah adat dalam istilah perkahwinan orang Melayu... Kita perlu ingat dalam Islam, mas kahwin adalah hak isteri sepenuhnya, sementara wang hantaran adalah duit yang diberikan kepada keluarga pihak perempuan sebagai belanja untuk mengadakan kenduri kahwin"-sumber
kadang-kadang saya terfikir, adakah belajar tinggi-tinggi sampai peringkat ijazah ke master ke phd ke ataupun belajar kat oversea tu satu lesen untuk demand duit hantaran mahal-mahal? kita kan orang biasa. bukannya selebriti.  duit hantaran berapa ribu pun bukan digebang dalam media massa. kalau mampu takpela. takkan kerana mahu menjaga prestige sampai terpaksa memulakan kehidupan lepas kawen dengan membayar hutang-piutang di bank? parents tak kasihan pada anak menantu kah?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jumaat: appetizer kelima

appetizer kali ni banyak warna. satu kek tapi banyak warna. kek ni kek kegemaran kakak saya. dia suka  buat sebab mungkin boleh tukar-tukar warna dan rasa. minggu ni buat rasa pandan dengan coklat. minggu depan buat coklat dan strawberi pulak. bukan setakat dua rasa je. kadang-kadang ade tiga rasa. hish.. kadang-kadang bile dah meriah dengan rasa tu macam konpius la plak. tapi takpe la kite belasah je ye.

name kek kali ni adalah kek marble kawan-kawan..

ni masa dalam oven.

ni pulak masa nak masuk dalam mulut.
cantik kan warna kek ni? meriah gitu.. hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khamis: appetizer keempat

untuk appetizer kali ni, saya terlupe nak capture gambar la. ahaha. sebab setiap kali nak ngap, mesti  akan bertindak secara gelojoh. hish.. anak dara sape la ni?! haha.. dan bila piring dah bersih.. baru teringat nak ambil gambar. sangat ngeng!! tapi nasib baik ade satu gambar. kire orait la tu. hehe..

memperkenalkan appetizer keempat saya:

puding marble coklat!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

rabu: appetizer ketiga

appetizer ni paling kegemaran. kalo dipaksa hadap kek ni 24/7 pun takpe. sanggup makan kek ni sampai badan jadi bolat. ehehe. sebabtu setiap kali bila jengah secret recipe, mesti rasa macam nak beli kek ni. hampir setiap kali okeh. dan bila terpaksa berpaling tadah daripada kek keju oreo, terus rase macam blur je nak pilih kek keju lain. hahaha. over tulla. tapi takpe.. lepas ni tak payah terjah secret recipe lagi. sebab boleh minta kakak kesayangan saya buatkan. ehehe.

mula-mula kite kasi zoom sket..

pastu zoom out lagi sikit..

dan gambar keseluruhan sebagai hidangan terakhir..
haha.. comot la pulak!

takpe takpe..
yang penting kek sedap. lalalala~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...