Prementrual Syndrome

pakwe: awak ni kenape?
makwe: kenape ape? [grrr..]
pakwe: tadi okeh je. saye ni tengah merajuk, bukannye nak pujuk. tibe-tibe saye plak yang kena marah. awak da tak reti nak pujuk saye ke?
makwe: saye takde mood la nak pujuk. kan da say sori td. awak nak ape lagi? dah la, saye nak balik.
pakwe: ha?! kan kite baru je keluar ni..
makwe: saye kate saye nak balik.. saye nak balik la. awak hantar saye balik sekarang.
pakwe: [-_-"]

kesian la si pakwe tu. baru nak merajuk. kunun niat dalam hati tu nak manje-manje ngan awek. tapi malang sunggoh naseb badan bile awek plak yang merajuk. dahla merajuk.. hangin lagi tu. emm.. anda yang lelaki tu sabar la sikit. mungkin dah sampai waktu die nak naik bendera merah. orang perempuan ni, kadang-kadang sakit tu bukan time period je. dua tiga ari sblom period pun ade sakit-sakit juge.. sakit yang termasuk dalam Sindrom Pra-Haid.

Sindrom Pra-Haid (SPH) tu ape eh?

Sindrom Pra-Haid atau dikenali sebagai Sindrom Premenstrual adalah gejala-gejala yang dialami oleh wanita sebelum kedatangan haid & ia akan berlaku berulangkali. Kajian menunjukkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 150 jenis gejala yang pernah dilaporkan oleh para wanita yang mempunyai kaitan dengan sindrom ini. Terdapat 85% daripada para wanita pernah mengalami satu atau kombinasi dari gejala-gejala SPH. Tapi, jangan khuatir, kebanyakan gejala adalah bersifat ringan dan tak memudaratkan. So awek anda takkan bleh bertukar jadi HULK punye. Don't worry!! 

Untuk pengetahuan anda...
SPH boleh berlaku seawal dua minggu sebelum kedatangan haid dan boleh berakhir tidak lewat dari tiga hingga empat hari sebelum perdarahan haid. Bile dah period tu, semua gejala yang dialami akan beransur  pulih dan hilang.

Apakah gejala-gejala SPH tu?

Gejala SPH terbahagi kepada:

1. Gejala tingkahlaku
  • Kelesuan dan hilang fokus
  • Kesukaran tidur (insomnia)
  • Kurang nafsu seks
  • Pening
  • Mengidam makanan-makanan tertentu
  • Makan secara berlebihan
2. Gejala psikologi:
  • Mudah marah
  • Kemurungan
  • Mudah menangis
  • Keliru
  • Pelupa
  • Kemurungan
  • Mengalami tekanan perasaan
  • Gelisah
  • Terasa kesunyian
  • Kurang keyakinan diri
3. Gejala Fizikal
  • Sakit Kepala
  • Sakit dan ketegangan pada payudara
  • Sakit belakang
  • Perut kembong
  • Kenaikan berat badan
  • Bengkak pada kaki dan tangan
  • Loya
  • Sakit otot dan sendi-sendi
kredit to: [Dr.Rushdan Noor]

para lelaki sekalian,
anda sudah faham sekarang kenape awek anda tu kadang-kadang berangin tak tentu pasal? so.. pendek kate, kena la banyak-banyak bersabar ye.. hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

terbang tinggi..

andai peristiwa semalam mudah untuk dipadam
andai perasaan semalam mudah untuk dipendam
andai hati mudah untuk melupakan

ingin aku terbang tinggi
meninggalkan cinta di bumi
meninggalkan hati di bawa pergi
meninggalkan kenangan ditenggelami
meninggalkan impian terkubur sepi
ini bukan kisah nak jadi pramugari
tapi ini perihal hati

kawan pernah berkata;
biarlah siapa pun dia,
yang penting hati kita,
diri kita..

T____T
ni la die perempuan, sikit2 menanges.. lembik betul!

~selamat mencari c.i.n.t.a.~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

school oliday sudah tibe!

school oliday suda start satu ari.. dua ari.. emm.. empat ari lepas kan? teringat time kat primary school dolu-dolu. saat paling heaven time hingusan adalah cuti sekolah. melompat melompat dan melompat tinggi tak hengat.. yess.. tak perlu bangun pagi-pagi subuh dan tak perlu mandi air-tahap-sejuk-beku-otak untuk perah keringat mengayuh beskal ke sekolah. time cuti ni gak la akan selalu kena marah sebab selalu akan bermain dengan geng seblah umah macam takde ari esok. hari-hari bermain macam esok tak sempat nak jumpe. haha.. tiap-tiap ari pun akan ade idea baru nak main ape. kalo takde idea pun, tak akan ade rase jemu nak main permainan yang same walaupun diulangmain ntah ke berapa ratus kali. pastu tak ingat nak makan nasi.. tak ingat nak balik umah bile cukup waktu. dan bile balik umah comot comot.. emm.. get ready tadah tangan kena rotan. padan muke! sape suro blek time tok imam da ready nak azan maghrib?! thehe.. time tu kecik lagi. kena rotan pun lusa buat lagi. cube kena rotan sekarang? sentap woh sentap!!

tapi.. bile dah besar sket sekarang ni. time cuti sekolah je.. da menggedik nak g majlis kawen orang. haha.. memang tau dah. time cuti sekolah ni la orang semua sebok nak wat keje kawen. kadang-kadang tu.. satu ari  sampai empat lima jemputan. perut kenyang makan nasi minyak je la. tak payah masak nasi kat umah. bleh la jimat sket gas tu. haha..  bleh gitu?

ahad lepas.. oshinz kena attend dua majlis kawen. kawan-kawan satu kelas time sekolah menengah kawen, rase bersalah lak kalo tak hadir.. *~congratulation to nurul liyana and sharifah farah!!~* fuh.. naseb baek en. pakwe sanggop teman.  ni semua salah sendri. busy sampai terlupe nak set time ngan kawan-kawan lain untuk pegi sesame. walaupun dah tau mesti akan kekok nak pegi berdua camtu. tapi takpe takpe.. kite practice eh. thanks taw en. pakwe. kalo takde die jadi peneman.. menangesla i segan silu nak g majlis kawen sorang-sorang. haha.. en. pakwe, sabtu ni ade lagi satu wedding invitation la.. mao teman saye tak? hehe..

okeh la okeh la.. since semua orang pun sebok cerita pasal wedding day kawan sane, wedding day sedara belah mak, wedding day jiran seblah umah.. mari kite ubah sket topic. sebab school oliday bukan time nak makan nasi minyak sajork.. ade gak orang yang plan nak berjalan. berjalan mencari ketenangan mungkin.. meninggalkan segala keserabutan minda di tempat keje atau kekacauan jiwa di rumah untuk menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan. hidup ni bukannye sentiasa kena-keje-cari-harta-untuk-bahagia tapi hidup ni juga berkaitan dengan tinggal-keje-untuk-bahagia. sesekali.. tak salah kan? jomla ajak family tu pergi bercuti..

dan kepada pencinta alam sekitar.. yang suke pantai.. yang suke laut. atau yang belum lagi naik firefly tu.. nak try test naik itu belon dan bercuti tiga ari dua malam di pulau pangkor dengan pakej yang terbaik dari ladang sile tekan sini. mestila terbaik sebab dapat tido kat otel lima bintang, siap dengan breakfast dua kali dengan hanya perlu bayar RM 380 untuk full package. memang sangat WOW!! it's summer break guys~  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...