testimonial


kadang-kadang rasa kelakar bila tertengok testimoni dari pelanggan yang membeli produk kecantikan ni. tak kisahlah sabun cuci muka ke atau ubat yang nak bagi kulit jadi putih ke atau apa-apa je ah yang berkaitan dengan kulit. fokusnya di sini adalah kulit muka. kalau dulu tu tengok gambar-gambar tersebut, rasa tergoda jugalah nak membeli. mudah terpedaya kekdahnya uols. maklumlah, nak juga cantik macam orang-orang dalam gambar tu. kulit muka flawless dah macam artis sangat. hihihi.

tapi sekarang, bila tengok satu-satu gambar tu, saya suka tilik lama-lama. sambil dalam otak dok fikir sama ada betul atau tidak apa yang ada dalam gambar tersebut. sebab selalu juga tengok gambar yang ada 'before' and 'after' penggunaan tu kan, yang 'before' tu kemain jelas lagi gambarnya, tapi yang gambar 'after' tu macam nak blur tak blur, nak terang pun tak berapa nak terang. kenapa tak ambil gambar dalam keadaan yang lebih kurang sama ya? maksud saya, kalau yang gambar 'before' tu snap guna camera dslr, gambar 'after' pun gunalah juga dslr. kalau gambar 'before' tu dalam kereta, gambar 'after' janganlah pula duduk tepi tingkap rumah. mana sama pencahayaan tu. at least, bagilah nampak gambar tu jujur sikit. takkanlah produk kulit boleh menjadikan warna bibir pun jadi colour lain kot. logik kah? confuse den. haih.. tak fahamlah.

apa-apa pun, bergantung kepada individu.. sama ada mahu percaya dan mencuba ataupun tidak. kalau saya, saya mahu testimoni yang boleh membuatkan saya yakin. sekurang-kurangnya, enampuluhsembilan peratus. baru akan dipertimbangkan sama ada mahu beli ataupun tidak. oh ini cuma segmen mengutarakan pendapat sahaja, jangan ada yang sentap. #senyum.

p/s: putih-putih sangat tu best ke? tak takut nanti kena kanser kulit?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments :

Unknown said...

Hahahaha Kan?? Memang la cantik kalau putih tapi depa tak takut ka dia punya side effect? Mana la nak tau la ni tak nampak lagi kan? Tapi mana nak tau tua2 nanti baru nampak side effect dia kan? Tapi apa2 pun KakWan suka transformasi Fazura. Canteekkkk sangat. Kan? Dulu kulit dia pun tak la putih sangat, tapi la ni- WOW! Takes time la nak cantik kan? She really nurture her beauty from within. Cantik luaq dalam. Haih! Rasa macam nak copy paste comment ni buat entry kat blog sendiri sebab panjang gila bileh buat 1 entry. Bahaha! Bye!

Anonymous said...

huhua...

strategi perniagaan paling klakar bg aku...

Huda Luna said...

hahaha huda annoying tgk jenama2 yg promote kulit putih ni

blerghhh!
syukur je la dgn ape yg ada
kang muka putih tangan perut kaki hitam
lolss

[az azhari]™ said...

awak dah cukup putih pun cik puan oshin..hehee