kadang-kadang rasa kelakar bila tertengok testimoni dari pelanggan yang membeli produk kecantikan ni. tak kisahlah sabun cuci muka ke atau ubat yang nak bagi kulit jadi putih ke atau apa-apa je ah yang berkaitan dengan kulit. fokusnya di sini adalah kulit muka. kalau dulu tu tengok gambar-gambar tersebut, rasa tergoda jugalah nak membeli. mudah terpedaya kekdahnya uols. maklumlah, nak juga cantik macam orang-orang dalam gambar tu. kulit muka flawless dah macam artis sangat. hihihi.
tapi sekarang, bila tengok satu-satu gambar tu, saya suka tilik lama-lama. sambil dalam otak dok fikir sama ada betul atau tidak apa yang ada dalam gambar tersebut. sebab selalu juga tengok gambar yang ada 'before' and 'after' penggunaan tu kan, yang 'before' tu kemain jelas lagi gambarnya, tapi yang gambar 'after' tu macam nak blur tak blur, nak terang pun tak berapa nak terang. kenapa tak ambil gambar dalam keadaan yang lebih kurang sama ya? maksud saya, kalau yang gambar 'before' tu snap guna camera dslr, gambar 'after' pun gunalah juga dslr. kalau gambar 'before' tu dalam kereta, gambar 'after' janganlah pula duduk tepi tingkap rumah. mana sama pencahayaan tu. at least, bagilah nampak gambar tu jujur sikit. takkanlah produk kulit boleh menjadikan warna bibir pun jadi colour lain kot. logik kah? confuse den. haih.. tak fahamlah.
apa-apa pun, bergantung kepada individu.. sama ada mahu percaya dan mencuba ataupun tidak. kalau saya, saya mahu testimoni yang boleh membuatkan saya yakin. sekurang-kurangnya, enampuluhsembilan peratus. baru akan dipertimbangkan sama ada mahu beli ataupun tidak. oh ini cuma segmen mengutarakan pendapat sahaja, jangan ada yang sentap. #senyum.
p/s: putih-putih sangat tu best ke? tak takut nanti kena kanser kulit?