gusar tambah gementar

masa mula-mula tahu macammane nak bercinta secara serius dulu kan, first anniversary je timbul satu perasaan suka. suka lah weh. berjaya mempertahankan hubungan kononnye. hubungan baru setahun jagung tu dah kire hebat oh. macam hebat sebab time tu masih bawah umur. walaupun setahun tu jumpe satu kali dua kali.. emm berapa kali eh jumpe? haha. tak hengat. rase tak sampai lima kali lah perjumpaan tu. awal-awal bercinta kan tengah malu-malu. tak yah jumpe pun takpe. nanti nervous je lebih. kehkehkeh.

pastu bile dah nak masuk dua tahun, ade pulak kawan satu geng kat kelas tu clash ngan pakwe die. tambah haru bile kite tanye kat die dah berapa lama mereka couple, die jawab dua tahun. aisehman.. macam rase baru lepas dengar cerita hantu real khamis malam jumaat la pulak. fuh.. berdebar okeh. cuak. dah la hubungan jarak jauh. susah hati juga. otak dah fikir kalau tiba-tiba pakwe kite tu ade perempuan lain macammane eh. ape nak buat? ala takpe kot kalau clash pun. baru dua tahun. macam cool je. macam redha je bunyi. macam perempuan hot je. padahal?

tapi nasib baiklah semuanya selamat. eceeeehhh. ayat nak best. ayat skema bajet budak nerd. bluuweekk! tapi dugaan tu tetaplah ade. mane ade cinta yang indah selalu kan? pastu masuk tahun ketiga keempat kerap gaduh. ini tak kena. itu tak kena. ini salah. itu salah. masing-masing nak menang. masing-masing tak nak kalah. masing-masing masuk air agaknye. kehkeh. dua kepala. dua hati. dua dunia. bukan senang nak faham. nak clash tapi rase macam sayangkan hubungan. risau juga bayangkan kalau dia dah tak nak kat kite. tapi nasib baik masing-masing masih ade kesabaran. masih nak teruskan. fuh selamat!

tahun kelima.. lain pulak cerita. tibe-tibe ade huru-hara. bukan kami punya angkara tapi keadaan sekeliling. dugaan datang lagi. khuatir tu tak usah cakaplah. roomate pulak cerita anak lelaki yang pertama kepada isteri kepada ayah die tu dah couple dengan awek die lima tahun. family masing-masing pun dah berkenan. sekali tu, takde angin takde taufan si lelaki tinggalkan kekasih hati dan lebih kurang setahun macam tu decide nak kahwin dengan kekasih hati baru. gulp! kite yang dengar ni dah telan air liur terkulat-kulat. lima tahun, pastu tak jadi? apekah? ha.. mampos. tak selamat juga.

masuk anniversary keenam tahun. gaduh tahap perang dunia tu masih ada. cume jarang-jarang. alhamdulillah.. dengan izin Allah, setakat ini jodoh tu masih panjang. kerana peluang itu la budak berdua ni masih belajar untuk menerima dan memberi. *eceehh.. budak ke?* ehem! menilai dan mengkritik. menambah ape yang kurang. dan mengekalkan ape yang patut. cinta kena realistik. jangan plastik. kalau kentut tu bau busuk cakap je la busuk. kalau kentut tu wangi mane cool. nanti orang tak beli minyak wangi dah. kentut je. nanti jadi wangi. ah merepek!

kalau panjang umur, bulan mac 2011 anniversary ketujuh. hati kecil masih gusar. harap hubungan akan terus baik-baik saja. harap semuanye akan selamat. harap tidak akan ada tragedi. saya takut saya tidak kuat untuk hadapi situasi begitu. haha. sekarang, perempuan ini sudah tidak cool. sebab tu saya kagum pada mereka yang kembali pulih bila cintanya tak kesampaian. walaupun dah bercinta bagai nak rak selama empat tahun, lima tahun, enam tahun. tapi bila terputus, boleh move on. tabik spring toink toink ini untuk anda. fuhh! sampai sini dulu. saya nak pergi teguhkan hati. bubbye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments :

Cik Yanie (",) said...

haish lately entry kamu byk kawin2 jiwang2,adakah itu petanda serumu bakal tiba tidak lama lagi???anyway,always pray d best for u....muah!

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

hoyeah! komen sama mcm miss daff..boleh gitu? haha

Miss daff i tiru u je ye! hik3

| CikMatahari | said...

nak tiru jugak komen di atas.. hahaha

psss.. kalau encik pakwe buat hal rodger i.. meh i sebat dia.. lalala

farahfatihah said...

wahh 7 tahun...hebat!
apa2 pun jika kita menyerahkan jodoh itu pd Nya, insya'allah xperlu takut dengan semua tu....

kalau dah jodoh mmg xkemana..

cheers!

zazahashim said...

insyaAllah..everything will be fine dear..aminnn

oshinz said...

dafFodiLs (",):
entry ini jiwangkah? untuk sampai sejauh ini bukan mudah sayang. that's why entry ni wujud. sebelum i terlupe. kehkehkeh. thanks babe!!

SyAfaWaNi ♥‿♥:
mane boleh tiru. tolak markah 20 peratus! cannot meh.

| RoziAhmad |:
mane aci maen tiru-tiru ni?! potong 40 markah. hihihi. tapi cincai kire 30 markahla i tolak sebab u nak tolong sebat en. pakwe i. kihkihkih.

farahfatihah:
hehe.. tak hebatlah kak. akak lagi hebat, dah kawin tapi PJJ. ha.. lagi perkasa gitu. insyaAllah kak. tapi kadang-kadang rasa takut tu memang ade. tak boleh nak padam. hehe.

♥z@z@♥:
ammmmiiiinnnnnnn!!! i hope so. =')

B said...

sy pon ade pengalaman mcm ni..6tahun bercinta bagai nak rak..last2..putus..pastu setahun kenal ngan en.tunang,terus tunang n nk tawen...hee..jodoh kot...mcm mak sy ckp, 'kalau tak dengan keizinanNYA, nak mcmane sekali pun kita kat sesuatu tetap takkan jadi ;)

oshinz said...

Ini Raha:
alhamdulillah dah jumpe pengganti. tahniah beb!